Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Dari 1 Februari 2021

SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (SKIP)

Berita baik kepada semua pelajar IPMA, termasuk KKTM, MJII & IKM yang ingin membuat pembelian komputer untuk kegunaan pengajian, terutamanya situasi ketika ini memerlukan para pelajar mengikuti pengajian secara dalam talian, namun mempunyai kekangan kewangan.

Skim ini disediakan untuk pelajar memiiki komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Berikut disertakan info lanjut bagi para pelajar yang berminat untuk membuat permohonan.

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Skim Pinjaman Komputer IPMA (SKIP) ini adalah bagi membiayai pembelian komputer oleh pelajar IPMA dengan menggunakan konsep pembiayaan Islam al-Murabahah.

Pinjaman ini terhad untuk pembelian komputer riba sahaja.

Insititusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terlibat di bawah skim ini adalah:

  • Kolej MARA
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)
  • Kolej PolyTech MARA (KPTM)
  • German Malaysian Institute (GMI)

Permohonan boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing bermula 1 Februari 2021.

Baca juga: Inisiatif Belia Berniaga: Bantuan Modal RM15,000 Oleh Majlis Belia Malaysia

Syarat Kelayakan

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut:
    • Persediaan / Pra Universiti
    • Sijil
    • Diploma
    • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)
  2. Had umur bagi pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut:
    • Persediaan / Pra Universiti: Tidak melebihi 20 tahun
    • Sijil / Diploma: Tidak melebihi 35 tahun
    • Ijazah Sarjana Mudah: Tidak melebihi 45 tahun
  3. Pelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
  4. Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
  5. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja / pihak lain.

Amaun Pinjaman

Amaun maksimum Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA adalah sebanyak RM3000 sahaja.

Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.

Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.

Baca juga: SPiM IPTS MARA 2021 (Penjana): Bantuan Usahawan IPTS Bumiputera

Borang Permohonan Online

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan > aplikasi.mara.gov.my/skip

Maklumat Lanjut Tentang Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat siaran MARA melalui posting INI.

skim pinjaman komputer pelajar SKIP mara
skim pinjaman komputer pelajar SKIP mara
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!