Semakan Kelayakan Skim Perubatan MADANI & Cara Dapatkan Rawatan Percuma Di Klinik Swasta
Berita baik! Untuk makluman semua, Skim Perubatan MADANI (SPM) kini telah diperluas ke seluruh Malaysia dan program ini dilanjutkan bagi tahun 2024.
Skim ini bertujuan untuk membantu rakyat, khususnya kumpulan B40, bagi mendapatkan rawatan pesakit luar bagi kes-kesi akut di klinik perubatan swasta (GP) secara percuma.
Ia merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Jadi, yang masih belum sempat dapatkan rawatan percuma pada tahun 2023 tempoh hari, anda bolehlah datang ke klinik swasta mengikut terma dan syarat dan ditetapkan. Bagi yang telah mendapat rawatan, skim ini juga telah diperbaharui pada tahun 2024.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.
Pengenalan
Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)
Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Ini bermaksud, anda yang layak boleh pergi ke klinik swasta dan mendapatkan rawatan PERCUMA melalui skim ini – Cuma perlu bawa IC je!
*(Tertakluk kepada rawatan pesakit luar ringan seperti demam, cirit-birit, muntah, luka ringan, dan sebagainya. Rujuk jadual jenis rawatan di bawah)
Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani
- Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
- Rawatan yang tidak termasuk adalah:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah) | Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM250 |
Warga Emas (tanpa pasangan) – 60 tahun ke atas | RM125 |
Bujang – 21-59 tahun – 19-59 tahun (bujang berstatus OKU) | RM75 |
Syarat Kelayakan
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang adalah layak secara automatik.
Kelayakan untuk penyertaan dalam Skim Perubatan MADANI adalah automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar. Tiada pendaftaran diperlukan.
Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Semakan Kelayakan
KAEDAH SEMAKAN 1 – MELALUI LAMAN WEB PROTECT HEALTH
Semak kelayakan anda melalui laman sesawang berikut: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
KAEDAH SEMAKAN 2 – MELALUI MYSEJAHTERA
Bagi pengguna MySejahtera, anda juga boleh terus membuat semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.
Paparan seperti di bawah akan muncul pada HOME page MySejahtera anda:
Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.
Sila rujuk senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini melalui carian berikut:
Lokasi Klinik Skim Perubatan Madani
Senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini kini telah diperluaskan di seluruh Malaysia.
Anda boleh membuat carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI terdekat dengan anda dengan mengikuti langkah berikut:
- Layari pautan laman web rasmi ProtectHealth : https://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
- Tekan butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan Madani’
- Masukkan maklumat Negeri, Daerah dan Bandar. Tekan butang ‘Cari’
- Senarai nama klinik panel Skim Perubatan Madani akan tertera di skrin
Sila tekan Carian Klinik untuk semakan.
Semakan kelayakan secara online juga boleh dibuat melalui pautan berikut : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
Cara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani
- Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
- Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Cari Klinik
- Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara PERCUMA.
- Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.
LANGKAH-LANGKAH PENGESAHAN IDENTITI PENGGUNA MELALUI FUNGSI OTP :
Berikut dikongsikan juga beberapa perkongsian daripada pengguna media sosial yang telah berjaya mendapatkan rawatan percuma di klinik swasta dengan menggunakan manfaat skim ini.
Cara Semakan Baki
Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.
- Semakan boleh dibuat secara online melalui aplikasi Skim_Perubatan_Madani
- Mesej/SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.
- Boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.
Muat turun aplikasi SkimPerubatanMadani di Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.protecthealth.spmadani&hl=ms
Muat turun aplikasi SkimPerubatanMadani di Apple Store: https://apps.apple.com/no/app/skimperubatanmadani/id6469766597
Tempoh Sah Laku
Inisiatif ini bermula pada 15 Jun 2023 dan skim ini masih diteruskan lagi bagi tahun 2024, namun hanya di 10 daerah berikut:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Gombak, Selangor
- Hulu Langat, Selangor
- Petaling, Selangor
- Klang, Selangor
- Johor Bahru, Johor
- Kinta, Perak
- Timur Laur, Pulau Pinang
- Kota Kinabali, Sabah
- Kuching, Sarawak
TERKINI : Skim Perubatan Madani Ditamatkan / Ditambahbaik
Skim Perubatan Madani merupakan adalah inisiatif berperingkat bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan membolehkan pesakit mendapatkan rawatan di klinik swasta dengan kos ditampung kerajaan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan bermula 26 Februari 2024 perlaksanaan SPM dikecilkan kembali kepada skala asal di 10 daerah rintis yang masih mengalami kesesakan kritikal bagi melicinkan operasi dan memastikan pembiayaan kewangan kerajaan dalam keadaan yang baik.
Fasa pertama bermula pada 15 Jun 2023 melibatkan 10 daerah rintis iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Klang (Selangor), Johor Bahru (Johor), Kinta (Perak), kawasan Timur Laut Pulau Pinang, Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).
Fasa kedua dimulakan pada Ogos 2023 dengan penambahan 11 daerah di Kedah, Terengganu, Perlis, Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Rujuk kenyataan media berikut:
Maklumat Lanjut
Layari laman sesawang di bawah untuk maklumat lanjut