Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (20 April 2026)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 20 April 2026.

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Bantuan Khas Sarawak, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor, Pengumuman Dividen Bank Rakyat, BUDI Sabah, dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Pengumuman Bantuan Khas Sarawak

Kerajaan Sarawak terus komited membantu rakyat melalui pelaksanaan Bantuan Khas Sarawak 2026, yang diumumkan pada 16 April 2026. Inisiatif ini merangkumi peningkatan bantuan kewangan di bawah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), diskaun bil elektrik, serta pengurangan kos sewaan untuk peniaga kecil.

i) Kenaikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

Kerajaan Sarawak telah meningkatkan kadar bantuan di bawah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sebagai langkah proaktif menangani kos hidup yang semakin tinggi.

Peningkatan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan asas rakyat seperti makanan, perbelanjaan harian, dan keperluan isi rumah. Kadar baharu ini memberi impak lebih besar kepada penerima berbanding tahun sebelumnya.

Untuk makluman, bayaran fasa 2 akan dikreditkan pada 15 Mei 2026 nanti.

bantuan khas sarawak
Rujuk : SKAS 2026 – Semakan Jumlah Bayaran Setiap Kategori

ii) Diskaun Bil Elektrik 25%

Selain bantuan tunai, kerajaan turut memperkenalkan diskaun khas bil elektrik bagi pengguna domestik.

Langkah ini membantu rakyat mengurangkan komitmen bulanan, terutama bagi isi rumah yang menggunakan elektrik secara konsisten. Ia juga memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Butiran Diskaun

  • Diskaun: 25% bil elektrik
  • Kategori: Pengguna domestik
  • Tempoh: April hingga Disember 2026
bantuan khas sarawak

Rujuk : Diskaun Bil Elektrik Sarawak 25% – April Hingga Disember

iii) Diskaun 50% Sewaan untuk Peniaga Kecil

Kerajaan Sarawak turut memberi perhatian kepada golongan usahawan kecil melalui pengurangan kos sewaan premis.

Diskaun ini membantu peniaga kecil mengurangkan kos operasi bulanan seperti sewa gerai dan kedai. Ia secara tidak langsung membantu mereka mengekalkan perniagaan serta meningkatkan daya saing.

Butiran Diskaun

  • Diskaun: 50% sewaan
  • Melibatkan:
    • Pasar milik pihak berkuasa tempatan (PBT)
    • Gerai PBT
    • Premis perniagaan milik kerajaan / badan berkanun

2. Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu rakyat dan industri dalam menghadapi krisis bekalan tenaga.

Terdapat 7 bantuan utama dalam pakej iaitu;

  • Jelajah Ehsan Rahmah,
  • Gudang Makanan Selangor,
  • Baucar Kita Selangor,
  • Subsidi tambang pengangkutan awam,
  • Bantuan sarapan percuma pelajar sekolah,
  • Bantuan sektor pertanian, dan
  • Pemerkasaan usahawan koperasi Selangor

Fasa pertama akan bermula pada JUN 2026.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor – 7 Bantuan Untuk Rakyat!

3. Kemaskini STR 2026

Sila kemas kini maklumat asas sekiranya atau kemukakan Rayuan sekiranya paparan Dashboard MySTR anda wujud mesej peringatan. 

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
  • Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
  • Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
  • Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
  • Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.

Permohonan Baharu STR 2026 FASA 3 boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ATAU melalui Borang Permohonan STR (BK-01).

rayuan str

4. Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI)

Kerajaan Negeri Sabah menawarkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) untuk pelajar Sabah yang layak yang boleh dipohon menerusi https://budi.sabah.gov.my/.

Insentif khas ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan pelajar sekolah yang berkelayakan. Pemberian yang melibatkan bertujuan untuk meringankan beban pelajar Sabah bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off pada kadar berikut :

  • Diploma/Foundation/Matrikulasi : RM1500
  • Ijazah Sarjana Muda : RM2000

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off dibuka mulai 20 April 2026 (Isnin) kepada pemohon yang layak.

5. Diskaun KTM 30%

Diskaun KTM sebanyak 30% boleh dinikmati melalui pembelian tiket ETS untuk semua sektor serta Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral bermula 15 April 2026 sehingga 30 April 2026.

Dapatkan tiket di aplikasi KITS Style atau di https://bit.ly/47J3W1w dan semua medium pembelian tiket KTMB dan masukkan kod promo.

Diskaun ini sah untuk tempoh perjalanan 15 April 2026 hingga 14 Oktober 2026 (ETS), 15 April 2026 sehingga 30 Jun 2026 (ERT), pada Isnin hingga Khamis sahaja serta tidak termasuk cuti sekolah & cuti umum.

diskaun ktm
Rujuk : Diskaun KTM 30% Mulai 15 April – Terma & Syarat

6. Bantuan SME-UP 2026

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah berpeluang untuk mendapatkan geran Program Bantuan SME-UP menerusi pautan https://smedidr.com.my/.

Tujuan utama bantuan ini diwujudkan adalah untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan melalui bantuan geran.

Dengan adanya bantuan geran ini, usahawan IKS di Negeri Sabah akan mendapat mengembangkan perniagaan mereka.

Tarikh permohonan program bantuan ini dibuka sehingga 16 Mei 2026 (Sabtu).

Rujuk: Bantuan SME-UP: Permohonan Geran IKS Sabah 2026

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut