Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 14 April 2026.
Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri yang telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya permohonan Bantuan Bayi Baru Lahir Negeri Sembilan, Bantuan Rumah Pertama Johor, dana eSukan KBS dan BRJohor Niaga dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. Bantuan Bayi Baru Lahir Negeri Sembilan
Bantuan Bayi Baru Lahir ialah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu ibu bapa memulakan simpanan pendidikan anak sejak lahir.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk caruman RM100 ke akaun SSPN untuk bayi yang layak, sebagai langkah awal menjamin masa depan pendidikan mereka.
Syarat permohonan :
- Permohonan dibuka bermula 1 Januari 2026
- Permohonan mesti dibuat dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelahiran bayi
- Ibu atau bapa merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan
- Bayi lahir di Negeri Sembilan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
Ibu bapa yang layak boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan.
Layari laman sesawang: https://www.n9.digital/

2. Bantuan Rumah Pertama Johor
Bantuan Rumah Pertama Johor merupakan antara inisiatif yang diketengahkan dalam Segmen JOHOR 01 minggu ini di bawah program Perumahan Kasih Johor.
Ia merangkumi Bantuan Beli Rumah Pertama dan Bantuan Masuk Rumah Pertama bagi membantu rakyat Johor memiliki kediaman idaman masing-masing.
Bantuan secara one-off ini bertujuan meringankan beban kewangan pembeli rumah pertama, termasuk kos deposit, guaman serta keperluan asas, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk bayaran sekali sahaja (one-off) dengan jumlah seperti berikut:
- Bantuan Beli Rumah Pertama: RM5,000
- Bantuan Masuk Rumah Pertama: RM2,000 (peningkatan daripada RM1,000)
Bantuan ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan pembeli rumah pertama, terutama dalam fasa awal pemilikan.
Sila rujuk lampiran di bawah :
BANTUAN MASUK RUMAH PERTAMA 2026




BANTUAN BELI RUMAH PERTAMA 2026

Kaedah permohonan adalah secara manual melalui borang yang perlu diisi oleh pemohon. Borang tersebut boleh diperoleh melalui imbasan kod QR yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk : https://ecentral.my/bantuan-rumah-pertama-johor/
3. Rayuan STR 2026
Rayuan STR boleh dilakukan jika permohonan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) anda berstatus TIDAK LULUS / TIDAK LAYAK.
Rayuan STR bagi kelayakan Fasa 3 boleh dilakukan sebelum tarikh tutup, 30 JUN 2026. Semakan dan rayuan STR boleh dilakukan melalui pautan Portal Rasmi STR.
Untuk penerima STR yang dah LULUS, tapi nak kemaskini maklumat seperti kahwin / cerai, pendapatan, tambah anak dan sebagainya, anda juga boleh buat rayuan bermula April – Jun 2026 untuk kelayakan STR Fasa 3.
Permohonan Baharu STR 2026 FASA 3 boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ATAU melalui Borang Permohonan STR (BK-01).

4. BRJohor Niaga
Usahawan di Negeri Johor berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan sehingga RM500,000 menerusi BRJohor Niaga yang boleh dipohon dengan mendaftar sebagai usahawan di pautan https://padu.pujb.my.
Had pembiayaan bagi usahawan mikro adalah sebanyak daripada RM 5,000 – RM 50,000 manakala untuk usahawan kecil dan sederhana pula adalah daripada RM 50,001 – RM 500,000.

Kadar faedah untuk usahawan mikro adalah sebanyak 9.50% dengan kadar rata setahun pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Johor manakala bagi usahawan kecil dan sederhana, kadar faedah sebanyak 3.58% yang ditanggung oleh Kerajaan Johor manakala usahawan menanggung faedah mengikut kadar semasa.

5. Dana esukan KBS
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menawarkan peruntukan antara RM5,000 hingga RM20,000 menerusi Dana esukan KBS bagi setiap projek terpilih yang menyokong pembangunan ekosistem e-sukan di Malaysia yang boleh dipohon menerusi pautan https://www.esportsintegrated.com/danaesukankbs.
Jenis projek yang dibiayai adalah seperti berikut:
i- Acara dan Kejohanan
Kejohanan esukan kompetitif dan acara penglibatan awam yang:
- Menyediakan platform untuk pemain amatur dan separa profesional.
- Memupuk budaya dan komuniti esukan melalui aktiviti seperti festival, pameran, dan pesta tontonan.
- Menggalakkan penyertaan dan keterlibatan awam.
Sub-kategori / Aktiviti Yang Layak:
- Kejohanan esukan
- Pesta Tontonan
- Festival & Pameran esukan
Permohonan dana bermula daripada RM5,000 sehingga RM20,000.00

ii- Penciptaan Kandungan
Sokongan untuk penghasilan dan penyebaran kandungan digital berkaitan esukan. Ini termasuk penstriman langsung, video pendidikan, dan dokumentari permainan.
Sasaran (KPI) setiap projek:
- 300 peserta bagi setiap acara
- 15,000 tontonan bagi setiap acara
Pendaftaran melalui permohonan dan pengisian borang penyertaan secara atas talian di laman sesawang www.esportsintegrated.com/danaesukankbs.
Permohonan dibuka mulai 12 Mac sehingga 26 April 2026.
Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




