Semakan Slip MUET (MUET/D) & Mohon Pertukaran Pusat Ujian 2022

SEMAKAN SLIP DAFTAR MUET/D DAN PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT UJIAN MUET SESI 1 TAHUN 2022

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa Slip_Daftar MUET (MUET/D) Sesi 1 Tahun 2022 boleh disemak mulai jam 10.00 pagi, 16 Februari 2022.

Semakan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Selain itu, permohonan pertukaran pusat ujian MUET juga boleh dilakukan secara dalam talian pada tarikh dan masa yang sama.

Berikut dikongsikan pautan dan cara membuat semakan serta permohonan pertukaran online.

slip muet

Baca juga: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM (Kemasukan September 2022)

Semakan Slip Daftar MUET (MUET/D)

Untuk membuat semakan MUET/D, sila ikuti langkah berikut:

  1. Klik pautan Portal Rasmi MPM (http://webmpm.mpm.edu.my/)
  2. Pilih Semak Pendaftaran MUET (Cetak MUET/D)
  3. Tekan CETAK untuk mencetak slip tersebut.

Permohonan Pertukaran Pusat Ujian MUET

  1. Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini.
  2. Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui url http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.
  3. Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS sahaja (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).
  4. Bayaran perpindahan pusat ujian MUET ialah RM25.00 dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.
  5. Tarikh permohonan pertukaran pusat ujian secara dalam talian ialah pada 
    • 16 hingga 22 Februari 2022 bagi MUET Sesi 1 tahun 2022,
    • 10 hingga 17 Mei 2022 bagi MUET Sesi 2 tahun 2022,
    • 30 Ogos hingga 5 September 2022 bagi ujian MUET Sesi 3 tahun 2022
  6. Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.
  7. Rujuk Arahan https://www.mpm.edu.my/muet/perpindahan-pusat-ujian dan Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM atau pautan terus di https://www.mpm.edu.my/muet/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon untuk maklumat lanjut.

Baca juga: Jadual Tarikh Peperiksaan MUET 2022 Terkini

Maklumat Lanjut

Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!