Keputusan SPM 2024 – Cara Semakan Mulai 24 April 2025

keputusan spm 2024 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN SPM 2024 & CARA SEMAKAN ONLINE (2025)

SPM 2024 | Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bakal diumumkan pada 24 April 2025. Calon yang menduduki peperiksaan itu di sekolah boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 pada tahun 2025 ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis).

Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki  peperiksaan SPM Tahun 2024
di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan
keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.myuntuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul
6.00 petang pada 30 April 2025; dan/atau

ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan
SPM Tahun 2024.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin
untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2024

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada Khamis, 24 April 2025, mulai jam 10.00 pagi.

Calon sekolah boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing manakala calon persendirian boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri.

Calon juga boleh menyemak keputusan SPM Tahun 2024 masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Baca juga:

Kaedah Semakan Keputusan SPM

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:

keputusan spm 2024 2025

Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan pada 24 April 2025.

KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025.

Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.

KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 24 April 2025, pukul 10.00 pagi.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2024 mulai 10 pagi pada 24 April 2025.

KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS

Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
( Contoh: SPM 000527031234 WY189A123 )

Sistem ini akan diaktifkan mulai 24 April 2025, pukul 10.00 pagi.

Baca juga:

Takrifan Gred SPM / UPBA

Berikut dikongsikan juga takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk makluman bersama.

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM

  • A+ : Cemerlang Tertinggi
  • A : Cemerlang Tinggi
  • A- : Cemerlang
  • B+ : Kepujian Tertinggi
  • B : Kepujian Tinggi
  • B : Kepujian Atas
  • C : Kepujian
  • D : Lulus Atas
  • E : Lulus
  • G : Gagal
  1. Keputusan ditahan / dibatalkan
    • Catatan “Digantung” menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
    • Catatan “Dibatalkan” menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
  2. Keputusan “T”
    • Catatan “T” menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPBA (UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA) & PERNYATAAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia

Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:

  1. Semakan semula keputusan akan dibuka selepas keputusan diumumkan (30 hari)
  2. Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
  3. Klik pada permohonan semakan semula keputusan
  4. Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
  5. Selesai.
    • Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
    • Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut