Semakan Status i-Sinar Kategori 2 & Tarikh Bayaran Terkini 2021

Untuk makluman, semakan iSinar Kategori 2 (status pengeluaran Akaun 1 KWSP) boleh dibuat bermula 8 Februari 2021, mulai jam 8 pagi ini.

Terbaru, tengah malam tadi KWSP memaklumkan terdapat kesalahan teknikal berhubung paparan status iSinar.

Baca juga: Semakan Tarikh Pembayaran Pengeluaran iSinar Tanpa Syarat 2021

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan pemohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status iSinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.my

Cara Semakan Status iSinar Kategori 2 Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my

Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Sila cari butang SEMAK STATUS
  3. Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021.
cara semakan isinar kategori 1

Cara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP

Untuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
  3. Klik pada peti mesej atau inbox
  4. Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan
semakan isinar

Tarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2

Jangkaan tarikh bayaran iSinar Kategori 2 adalah mulai 25 Februari ini secara berperingkat.

  1. Bagi kategori 2, pembayaran pendahuluan i-Sinar telah dibuat awal melalui bayaran interim yang telah bermula pada 25 Januari lalu.
  2. Mengikut makluman yang diperolehi oleh Pegawai KWSP melalui LIVE chat, ia akan mula dilaksanakan mulai 25 Februari ini secara berperingkat.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
  5. Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

Baca juga: Portal DELIMa KPM: Cara Login & Guna Pelbagai Fungsi Untuk PdPR

Rayuan i-Sinar Kategori 2

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Jika anda TIDAK LULUS Kategori 2, permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pegawai KWSP sekiranya ada.

Syarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

*Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

Maklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 2

Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Jika anda masih belum memohon pengeluaran, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut melalui artikel ini i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!