Sakit Belakang Kepala Dan Tengkuk, Ini 9 Punca & Cara Atasinya

sakit belakang kepala
9 punca sakit belakang kepala dan cara hilangkan sakit kepala bahagian belakang.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda sering alami sakit belakang kepala bila tunduk?

Ketika sakit ini menyerang, anda juga mungkin berasakan kesakitan yang menjalar sehingga ke tengkuk atau leher.

Mungkin anda musykil punca kenapa sakit kepala bahagian belakang, adakah ia serius atau tidak.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, ayuh ikuti perkongsian kami tentang punca dan cara hilangkan sakit kepala bahagian belakang.

Apa itu Sakit Kepala Belakang

sakit kepala bahagian belakang
Punca sakit kepala bahagian belakang.

Sakit belakang kepala adalah sejenis sakit kepala yang dirasai di kawasan belakang tengkorak, bermula dari belakang leher (tengkuk) hingga ke pangkal kepala.

Masalah ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau beransur-ansur dan sering mengganggu aktiviti harian.

Ramai yang menganggap sakit kepala jenis ini hanya berpunca daripada keletihan atau tekanan, namun ia juga boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti ketegangan otot, masalah tulang belakang, atau gangguan saraf.

Memahami punca dan gejala sakit kepala amat penting agar rawatan yang sesuai dapat diambil lebih awal sebelum ia menjadi lebih teruk.

9 Punca Sakit Belakang Kepala

Antara punca sakit kepala bahagian belakang secara ringkasnya adalah :

  1. Tension type headache
  2. Postur tubuh yang tidak baik
  3. Sakit kepala kluster
  4. Arthritis
  5. Saraf tersepit
  6. Pendarahan Subarakhnoid
  7. Migrain
  8. Giant Cell Arteritis
  9. Neuralgia Occipital

Baca penjelasan sepenuhnya di bawah:

1. Tension Type Headache

Tension type headache adalah jenis sakit kepala yang biasa berlaku dalam kalangan orang dewasa.

Pesakit biasanya akan alami sakit yang luar biasa di bahagian belakang kepala.

Punca atau ‘trigger’ bagi sakit tension type headache ini mungkin berbeza mengikut individu seperti stres, dehidrasi, dan cahaya.

2. Pendarahan Subarakhnoid

Sesetengah orang juga mungkin alami sakit kepala disebabkan kecederaan atau trauma di bahagian belakang kepala.

Untuk mengesahkan keadaan ini, pesakit perlu melakukan pemeriksaan CT scan kepala.

3. Migrain

Antara gejala atau tanda migrain adalah denyutan di bahagian kiri sehingga ke belakang kepala serta rasa mual dan muntah.

Migrain juga boleh dirasakan lebih kuat seiring dengan peningkatan umur.

Bagi orang dewasa, migrain boleh terjadi beberapa kali dalam tempoh seminggu, terutamanya bagi wanita dalam lingkungan usia antara 35 hingga 45 tahun.

4. Giant Cell Arteritis

Sakit kepala akibat giant cell arteritis ini melibatkan pembuluh darah di bahagian occipital yang terletak di bahagian belakang kepala.

Masalah ini juga boleh merebak hampir seluruh pembuluh darah yang ada di tubuh seperti pembuluh darah bahagian mata dan kepala.

5. Neuralgia Occipital

Neuralgia occipital berlaku apabila saraf yang berada di bahagian belakang leher, tulang belakang sehingga ke paha mengalami iritasi atau kerosakan.

tengkuk
Sakit tengkuk atau belakang leher.

6. Postur Tubuh Yang Tidak Betul

Sekiranya anda mempunyai habit membentuk postur tubuh yang buruk, ia juga boleh menyumbang kepada masalah sakit belakang kepala dan tengkuk.

Postur tubuh yang kurang baik ini boleh meningkatkan tekanan di bahagian belakang, bahu dan leher.

Sekiranya anda mempunyai sakit kepala disebabkan faktor ini, anda mungkin merasakan rasa sakit serta denyutan di tengkorak kepala.  

sakit belakang kepala
Postur tubuh yang salah boleh menjadi punca individu mengalami sakit kepala.

7. Sakit Kepala Kluster

Mungkin sakit kepala jenis ini jarang berlaku, namun ia boleh menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat di bahagian belakang kepala atau di salah satu sisi kepala.

Penyakit ini boleh berlaku pada masa tertentu dan boleh berlaku berkali-kali dalam sehari.

Ia juga boleh berlarutan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

8. Arthritis

Rasa sakit belakang kepala boleh disebabkan oleh arthritis, iaitu masalah yang disebabkan oleh keradangan dan pembengkakan di leher dan kawasan sekitarnya.

Pesakit yang mengalaminya akan merasakan rasa sakit yang lebih teruk jika melakukan sebarang pergerakan.

Kesakitan yang dirasai itu boleh disebabkan oleh rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.

9. Saraf Tersepit

Saraf yang tersepit di tulang belakang boleh menyebabkan rasa sakit dan tekanan di bahagian leher.

Ini boleh menyebabkan sejenis sakit di bahagian kepala yang dikenali sebagai servikogenik.

Pesakit biasanya akan alami rasa sakit bermula dari bahagian belakang kepala sehingga ke bahagian belakang mata.

Antara simptom lain yang mungkin dialami adalah rasa kurang selesa di kawasan bahu serta lengan bahagian atas.

Rasa sakit yang dialami juga boleh meningkat ketika anda berbaring sehingga boleh mengganggu waktu tidur.

Baca juga:

sakit belakang kepala dan tengkuk
Sakit kepala boleh mengganggu tidur.

Cara Hilangkan Sakit Belakang Kepala

Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit ini.

Berikut antara cara hilangkan sakit kepala bahagian belakang yang boleh diamalkan:

🔹 Berehat di tempat yang tenang
Cuba baring atau duduk di tempat yang sunyi dan gelap untuk mengurangkan rangsangan yang boleh memburukkan sakit kepala. Elakkan bunyi bising dan cahaya terang yang boleh menambah tekanan pada kepala.

🔹 Letakkan pek ais atau kain sejuk
Letakkan pek ais atau kain yang direndam air sejuk di belakang kepala atau leher selama 10-15 minit. Sejuk boleh membantu mengecutkan salur darah dan mengurangkan rasa sakit.

🔹 Urutan lembut pada leher dan bahu
Urutan perlahan-lahan pada kawasan leher, bahu, dan belakang kepala boleh membantu merehatkan otot yang tegang dan melancarkan aliran darah.

🔹 Amalkan postur badan yang betul
Pastikan posisi duduk atau berdiri dalam keadaan tegak. Elakkan membongkok atau menunduk terlalu lama kerana ia boleh menambah tekanan pada leher dan kepala.

🔹 Minum air secukupnya
Dehidrasi juga boleh menyebabkan kepala rasa sakit. Minum air dengan cukup sepanjang hari untuk memastikan badan kekal hidrat.

🔹 Senaman ringan dan regangan
Lakukan regangan leher dan bahu secara berkala, terutama jika anda bekerja lama di hadapan komputer. Senaman ringan dapat membantu mengurangkan ketegangan otot.

🔹 Elakkan stres berlebihan
Tekanan mental juga boleh menyebabkan sakit kepala. Cuba teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, meditasi atau mendengar muzik yang menenangkan.

Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, sakit kepala boleh dikurangkan dan dicegah daripada berulang. Jika sakit berterusan atau semakin teruk, dapatkan nasihat doktor.

Kesimpulan

Sekiranya anda alami salah satu daripada punca sakit kepala di atas dan rasa sakit masih belum reda dalam tempoh yang lama biarpun anda telah mencuba cara yang kami cadangkan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan awal juga penting bagi memastikan masalah kesihatan yang dialami tidak menjadi lebih serius pada masa akan datang.

Sumber : Klik Dokter, Hello Doktor

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: