Rakyat Malaysia Hilang Kerja Meningkat – Statistik & Faktor

RAKYAT MALAYSIA HILANG KERJA
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Isu rakyat Malaysia hilang kerja kembali menjadi perhatian apabila jumlah pekerja diberhentikan meningkat secara ketara pada suku pertama tahun 2026.

Situasi ini bukan sekadar isu sementara, tetapi berkait rapat dengan perubahan struktur ekonomi global dan domestik.

Menurut laporan terkini daripada Social Security Organisation (SOCSO) yang dianalisis oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB), kira-kira 24,100 pekerja di Malaysia diberhentikan dalam suku pertama 2026 (Jan-Mac), meningkat sebanyak 47% berbanding kira-kira 16,500 kes pada tempoh sama tahun 2025.

Bagi rakyat biasa, hal ini memberi tekanan kewangan segera seperti ansuran rumah atau keperluan keluarga, terutamanya di bandar besar.

Ringkasan Rakyat Malaysia Hilang Kerja
  • Sebanyak 24,100 pekerja diberhentikan dalam tempoh Januari-Mac 2026.
  • Jumlah ini meningkat 47% jika dibandingkan pada tahun sebelumnya (Jan-Mac 2025: 16,500 kes).
  • Lebih separuh daripada kes pemberhentian kerja tertumpu di Selangor (29.3%) dan Kuala Lumpur (25.6%) disebabkan kepadatan aktiviti industri di Lembah Klang.

Apa Isu Rakyat Malaysia Hilang Kerja?

Rakyat Malaysia hilang kerja meningkat terutamanya disebabkan lonjakan pemberhentian dalam suku pertama 2026, dengan 24,100 pekerja diberhentikan.

Masalah utama datang daripada sektor pembuatan yang paling lemah kerana terdedah kepada ketegangan perdagangan global, kelemahan permintaan eksport dan penstrukturan semula syarikat.

Sektor lain seperti perdagangan borong-runcit serta logistik dan komunikasi turut terjejas, menunjukkan tekanan ekonomi meluas bukan sekadar satu industri.

Walaupun statistik pemberhentian kerja melonjak 47% kepada 24,100 kes pada suku pertama 2026, kadar pengangguran nasional kekal stabil pada 2.9% sejak beberapa bulan lalu kerana pasaran buruh Malaysia sedang mengalami “rotasi pekerja; iaitu pekerja yang diberhentikan daripada satu sektor cepat bergerak ke sektor lain yang masih berkembang.

Ini bermakna bukan semua pekerja yang hilang kerja kekal menganggur.

Ramai yang berjaya mendapatkan kerja baru, menyebabkan jumlah pengangguran keseluruhan tidak naik drastik.

Kekosongan jawatan pula meningkat kepada sekitar 107,000 pada Mac 2026, terutamanya dalam sektor perkhidmatan (seperti hospitaliti, kewangan, dan teknologi) serta pembinaan.

Statistik Terkini

Benarkah Rakyat Malaysia Kehilangan Pekerjaan Meningkat?

Ya, statistik kehilangan pekerjaan di Malaysia memang meningkat pada suku pertama 2026.

Ini berdasarkan data terkini daripada Social Security Organisation (SOCSO) yang dianalisis oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Pada Januari-Mac 2026, sebanyak 24,100 pekerja diberhentikan. Jumlah ini meningkat 47% jika dibandingkan pada tahun sebelumnya (Jan-Mac 2025: 16,500 kes).

  • Januari- 10,700 kes
  • Februari – 7,500 kes
  • Mac – 5,900 kes

Kawasan Paling Terjejas:

  • Selangor: 29.3% daripada kes Mac (hab perindustrian utama).
  • Kuala Lumpur: 25.6% daripada kes Mac (lebih separuh kes di Lembah Klang).
  • Lain-lain: Pulau Pinang (sektor E&E) dan Johor (perdagangan dengan Singapura).

Walaupun angka ini nampak membimbangkan, kadar pengangguran negara masih kekal sekitar 2.9%, menunjukkan pasaran buruh masih stabil secara keseluruhan.

Sumber: Department of Statistics, Malaysia

Sumber: Department of Statistics, Malaysia

Apa Punca Utama Pemberhentian Pekerja Di Malaysia?

Isu pemberhentian pekerja di Malaysia pada tahun 2026 didorong oleh beberapa faktor kritikal yang saling berkait.

Walaupun pasaran buruh secara keseluruhan kelihatan stabil, namun sektor-sektor tertentu menghadapi cabaran besar yang memaksa majikan mengambil langkah drastik.

Berikut adalah antara faktor yang menjadi punca utama pemberhentian pekerja di Malaysia:

1. Kelemahan Permintaan Global (Sektor Pembuatan)

Sektor pembuatan, terutamanya industri berorientasikan eksport seperti elektrik dan elektronik (E&E), adalah yang paling terjejas.

  • Sebab: Ketegangan perdagangan antarabangsa dan kelembapan ekonomi dunia mengurangkan pesanan dari luar negara.
  • Kesan: Apabila pengeluaran berkurangan, syarikat terpaksa mengecilkan saiz tenaga kerja untuk mengimbangi kos.

2. Automasi dan Transformasi Digital (AI)

Teknologi kini bukan lagi pilihan, tetapi keperluan yang menggantikan tenaga manusia dalam tugasan rutin.

  • Sebab: Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan mesin automatik dalam tugasan pejabat serta operasi kilang.
  • Kesan: Berlaku isu “redundancy” atau lebihan pekerja di mana jawatan lama dimansuhkan kerana proses tersebut boleh dilakukan dengan lebih pantas dan murah oleh teknologi.

3. Penstrukturan Semula & Penggabungan Syarikat

Banyak organisasi melakukan perubahan struktur besar-besaran untuk kekal relevan dalam pasaran yang kompetitif.

  • Sebab: Penggabungan antara dua syarikat (mergers) atau pengambilalihan sering mewujudkan pertindihan jawatan.
  • Kesan: Unit atau jabatan yang tidak lagi mendatangkan keuntungan akan ditutup, manakala jawatan yang bertindih akan dikurangkan melalui skim VSS (Pemisahan Sukarela) atau MSS (Pemisahan Bersama).

4. Ketidakpadanan Kemahiran (Skills Mismatch)

Terdapat jurang yang besar antara apa yang pekerja tahu dengan apa yang industri perlukan sekarang.

  • Sebab: Industri kini mencari pakar dalam bidang teknologi hijau, analitik data, dan kejuruteraan canggih.
  • Kesan: Pekerja yang tidak meningkatkan kemahiran (upskilling) berisiko tinggi untuk diberhentikan kerana syarikat lebih cenderung mengambil bakat baharu yang memiliki kemahiran masa hadapan.

5. Kos Operasi dan Tekanan Kewangan Majikan

Kenaikan kos sara hidup bukan sahaja dirasai oleh rakyat, tetapi juga oleh pemilik perniagaan.

  • Sebab: Kenaikan harga bahan mentah, kos utiliti, dan penyelarasan gaji minimum yang lebih tinggi meletakkan tekanan kepada aliran tunai syarikat.
  • Kesan: PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang tidak mampu menampung kos operasi yang tinggi terpaksa menutup perniagaan atau memecat pekerja untuk “survival”.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Diberhentikan Kerja?

Jika anda diberhentikan kerja, kekal tenang dan ikut langkah-langkah dibawah untuk lindungi hak anda mengikut Akta Kerja 1955 dan garis panduan SOCSO/JTK.

Langkah 1: Dapatkan Dokumen Rasmi

  • Minta surat pemberhentian bertulis (sebab, tarikh akhir kerja, amaun pampasan).
  • Semak slip gaji terakhir, baki cuti tahunan, dan kontrak untuk notis period.
  • Bayaran akhir (gaji + cuti + pampasan) mesti dalam 7 hari. Jika lambat, buat aduan JTK.

Langkah 2: Mohon/Daftar Bantuan PERKESO (Dalam masa 60 hari)

Langkah 3: Kira & Tuntut Pampasan Majikan

Pembayaran faedah pemberhentian kerja hendaklah mengikut kontrak perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 iaitu:-

  • 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat kurang daripada 2 tahun;
  • 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau
  • 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih dan dikira pro-rata mengenai tempoh yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.

Pekerja berhak mendapat butir-butir bertulis tentang amaun jumlah faedah penamatan dan cara kiraan dibuat. Faedah penamatan kerja hendaklah dibayar selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.

Gunakan kalkulator JTK (jtksm.mohr.gov.my) untuk buat pengiraan.

Tempoh BerkhidmatFaedah Penamatan (Gaji <RM4,000)
Kurang 2 tahun10 hari gaji setahun 
2-5 tahun15 hari gaji setahun 
Lebih 5 tahun20 hari gaji setahun 
Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Langkah 4: Jika Syak Pemberhentian Tidak Adil – Aduan JPP

Jika anda rasa diberhentikan tanpa sebab munasabah (contoh: tiada siasatan salah laku atau redundancy tak ikut peraturan LIFO “Last In First Out”), anda boleh buat aduan rasmi ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) untuk tuntut hak mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Seksyen 20).

    Langkah 5: Stabilkan Kewangan & Cari Kerja

    • Cari Kerja: Kemas kini LinkedIn/JobStreet, daftar MyFutureJobs dan sebagainya.
    • Upskilling: Sertai kursus percuma PERKESO/HRD Corp

    Bantuan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO – LINDUNG KERJAYA

    Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), yang kini dikenali melalui inisiatif LINDUNG KERJAYA, merupakan satu skim keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).”

    Skim ini bertujuan untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan dengan menyediakan bantuan kewangan sementara serta sokongan penempatan pekerjaan baharu.

    Antara kelayakan akibat kehilangan pekerjaan:

    • Pemberhentian kerja biasa
    • VSS/MSS (Skim Pemisahan Sukarela)
    • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
    • Penutupan perniagaan atau penutupan operasi
    • Pembuangan kerja secara konstruktif

    Antara contoh kehilangan pekerjaan yang tidak layak:

    • Penamatan akibat salah laku pekerja
    • Peletakan jawatan secara sukarela
    • Persaraan wajib

    Antara faedah SIP:

    • Elaun Mencari Pekerjaan (EMP): Penerima faedah yang layak akan menerima elaun selama 3-6 bulan
    • Elaun Pendapatan Berkurang (EPB): Gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan 
    • Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA): 25% insentif bagi pekerja yang kembali bekerja semula lebih awal semasa tempoh EMP
    • Elaun Latihan (EL): kadar harian sebanyak RM10-20 untuk latihan semula
    • Fi Latihan (FL): Pembiayaan yuran latihan yang dibayar terus kepada penyedia latihan pada kadar maksimum sehingga RM4,000

    Maklumat Lanjut

    Untuk dapatkab info terkini dan maklumat lanjut mengenai kehilangan pekerjaan, sila rujuk:

    1. Department of Statistics, Malaysia
    2. PERKESO – Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA)
    3. Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) – Aduan Pemberhentian Tidak Adil
    4. Jabatan Tenaga Kerja (JTK) – Pampasan & Gaji

    Soalan Lazim Rakyat Malaysia Hilang Kerja

    Berapa ramai pekerja Malaysia hilang kerja pada 2026

    Sebanyak 24,100 pekerja diberhentikan Jan-Mac 2026 (Jan: 10,700, Feb: 7,500, Mac: 5,900).

    Adakah kadar pengangguran naik?

    Tidak, kekal stabil 2.9% sejak 4 bulan. Kekosongan jawatan naik ke 107,000 Mac 2026, bermakna ramai dapat kerja baru di perkhidmatan/pembinaan.

    Sektor dan negeri mana paling teruk terjejas?

    Sektor: Pembuatan (elektronik/semikonduktor), perdagangan borong-runcit, logistik
    Negeri: Selangor (29.3%), Kuala Lumpur (25.6%) – lebih 50% kes di Lembah Klang

    Berapa lamakah tempoh masa untuk saya membuat tuntutan PERKESO?

    Tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh terakhir anda bekerja. Jika terlewat, permohonan anda berisiko ditolak.

    Bolehkah saya memohon bantuan jika saya berhenti kerja secara sukarela (Resign)?

    Tidak. Manfaat SIP PERKESO hanya diberikan kepada mereka yang hilang kerja secara luar kawalan (seperti diberhentikan, syarikat tutup, atau VSS/MSS). Meletak jawatan sendiri tidak melayakkan anda mendapat bantuan ini.

    Apakah dokumen utama yang diperlukan untuk tuntutan hilang kerja?

    – Surat Pemberhentian Kerja (Termination Letter).
    – Salinan Kad Pengenalan (IC).
    – Slip gaji (3-6 bulan terakhir).
    – Penyata bank yang aktif untuk pengkreditan bantuan.

    Adakah pekerja gig (Grab, Foodpanda, Freelancer) dilindungi jika hilang pendapatan?

    Kerajaan telah memperkasakan perlindungan sosial bagi pekerja ekonomi gig. Walaupun tidak sama dengan pekerja tetap, skim caruman sukarela di bawah SKSPS PERKESO menyediakan perlindungan jika berlaku kemalangan atau hilang upaya semasa bekerja.

    Adakah saya layak mendapat pampasan jika syarikat muflis?

    Ya, anda masih layak. Walaupun syarikat muflis atau gulung tikar, anda boleh tuntut pampasan daripada majikan (gaji ganti notis + faedah penamatan) DAN bantuan PERKESO. Syarikat muflis/penutupan kilang adalah sebab layak utama untuk Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut