PIL JPA: Program Ijazah Lanjutan 2026

pil jpa
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan bagi Program Ijazah Lanjutan (PIL) JPA Tahun 2026 dibuka mulai 13 Januari 2026 (Selasa) jam 5.00 petang hingga 15 Februari 2026 (Ahad) jam 5.00 petang menerusi pautan https://penajaan.jpa.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Program Ijazah Lanjutan (PIL JPA)

Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2026 merupakan program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana.

Ini memastikan pelajar cemerlang tersebut dapat melanjutkan pengajian mereka di peringkat Sarjana dan dapat memberikan sumbangan kepada negara.

Menerusi program ini, pelajar akan diberi peluang menyambung ke universiti yang tersenarai dalam kedudukan 100 teratas Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings Tahun 2026 dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Syarat Permohonan

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun permohonan.
  3. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon.
  4. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
  5. Ibu dan/ atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA. Bagi tujuan permohonan ini, sila pastikan pemohon/ibu/bapa adalah bebas daripada tindakan undang-undang/disenarai hitam pinjaman JPA. Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang- undang/disenarai hitam, sila hubungi Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi di talian 03-8885 3475/3492 atau e-mel [email protected] (waktu pejabat sahaja) dalam tempoh 12 Januari 2026 hingga 10 Februari 2026 untuk penyelarasan lanjut. Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan.
  6. Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
  7. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana- mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  8. Pemohon telah memiliki transkrip peperiksaan akhir atau skrol Ijazah Pertama. Bagi pemohon yang telah menamatkan pengajian Ijazah Pertama tetapi belum dianugerahkan ijazah tersebut, surat pengesahan tamat pengajian oleh Senat universiti hendaklah dikemukakan bersama selewat-lewatnya pada tarikh tutup permohonan.
  9. Sekiranya ditawarkan penajaan, pelajar tidak dibenarkan bekerja sehingga tamat tempoh penajaan.
  10. Penjawat awam yang dilantik secara tetap atau kontrak tidak dibenarkan memohon.
  11. Bagi pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Pertama, obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa.
  12. Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  13. Pelajar yang telah memulakan pengajian perlu mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan.
  14. Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja.
  15. Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran. Sebagai contoh, Master of Philosophy (MPhil) di University of Cambridge, UK merupakan program persediaan ke Ijazah Kedoktoran bagi bidang yang sama.
  16. Segala urusan dan perbelanjaan berkaitan permohonan ke institusi pengajian berada di bawah tanggungjawab calon sepenuhnya, termasuk pematuhan syarat kemasukan, pengemukaan dokumen sokongan yang lengkap dan pematuhan tarikh tutup permohonan yang ditetapkan oleh institusi. Pihak JPA tidak terlibat dalam sebarang urusan berkenaan.
  17. Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2026.

SYARAT KHUSUS

  1. Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau
  2. Bagi negara pengajian yang mempunyai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) termasuk Australia, kelayakan akademik minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan/Kewangan Islam
  • Kecerdasan Buatan
  • Peralihan Tenaga/Tenaga Boleh Baharu
  • Keselamatan dan Persempadanan Negara
  • Keterjaminan Makanan
  • Pengurusan Bencana
  • Keselamatan Siber
  • Transformasi Digital

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  • Master of Philosophy (MPhil).
  • Program perubatan, pergigian, farmasi dan seni bina.
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program praperkhidmatan.
  • Bidang pendidikan.
  • Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan dan sebagainya.
  • Program-program berkaitan kursus/ sijil profesional seperti ACCA.
  • Program-program berkembar/ ijazah dual/ double degree/ program kerjasama dengan institusi lain.

Senarai Institusi

Senarai institusi bagi program ini adalah seperti berikut:

Cara Memohon

Permohonan dibuka secara dalam talian di portal penajaan JPA https://penajaan.jpa.gov.my bermula 12 Januari 2026 (2.00 petang) hingga 15 Februari 2026 (jam 5.00 petang). Permohonan yang diterima
selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Calon dikehendaki memuat naik dokumen berkaitan seperti senarai di bawah melalui pautan yang disertakan di dalam Sistem e-Permohonan:

  • Kad pengenalan calon yang telah disahkan,
  • Semua transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama yang telah disahkan. Transkrip peperiksaan yang menggunakan bahasa asing perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan Negara.
  • Skrol Ijazah Pertama yang telah disahkan. Bagi pemohon yang telah menamatkan pengajian Ijazah Pertama tetapi belum dianugerahkan ijazah tersebut, surat pengesahan tamat pengajian oleh Senat universiti hendaklah dikemukakan.
  • Bagi calon yang sedang atau bakal mengikuti pengajian secara penyelidikan atau mixed mode, pelajar perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan pembentangan.
  • Bagi calon yang sedang atau bakal mengikuti pengajian secara kerja kursus atau coursework, pelajar perlu mengemukakan pelan pembelajaran yang telah disahkan oleh penyelia untuk rujukan panel.
  • Surat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti di peringkat Sarjana.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan PIL Tahun 2026 ini dijangka akan diumumkan melalui laman portal https://penajaan.jpa.gov.my pada minggu ketiga Mei 2026.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan PIL?

Ia merupakan program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana.

Apakah mekanisme Penguatkuasaan Perjanjian Pinjaman Boleh Ubah?

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Merit Akademik atau apa-apa bentuk penajaan yang ditentukan oleh Kerajaan.

Bilakah tarikh tutup permohonan PIL Tahun 2026?

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Februari 2026 (Ahad) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Saya sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan. Adakah saya akan ditawarkan penajaan secara automatik?

Bidang perubatan, pergigian dan farmasi adalah bidang yang tidak ditaja di bawah Program ini.

Saya telah menerima tawaran penajaan JPA, tetapi pada masa yang sama telah mendapat pinjaman PTPTN, apakah yang perlu saya buat?

Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran penajaan JPA, pelajar perlu menamatkan kemudahan pinjaman PTPTN atau penaja-penaja lain.

Adakah pihak JPA membenarkan saya menukar universiti tanpa membatalkan penajaan saya?

Pihak JPA tidak membenarkan pelajar tajaannya membuat pertukaran universiti tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak JPA terlebih dahulu. Jika pelajar berbuat demikian, penajaan pelajar boleh ditamatkan.

Adakah pelajar yang mendapat penajaan JPA akan diberikan pekerjaan di sektor awam secara automatik selepas menamatkan pengajian?

Tidak. Pelajar perlu memohon sendiri dengan Pihak Berkuasa Melantik bagi tujuan tersebut.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03 – 8885 3297/[email protected].

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut