Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2024 / 2025

SEMAKAN / PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2024/2025 KINI DIBUKA!

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2024/2025 akan dibuka bermula 15 DISEMBER 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara semakan keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, kelebihannya, serta cara membuat permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.

Apakah Program Matrikulasi KPM?

Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Kejuruteraan
  3. Jurusan Perakaunan
  4. Jurusan Perakaunan Profesional

Sila rujuk syarat-syarat dan penerangan melalui infografik di bawah:

semakan matrikulasi PERMOHONAN 2024
permohonan matrikulasi semakan
permohonan matrikulasi semakan

Baca juga: DPLI UM 2022: Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Kelebihan Program Matrikulasi

Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.

Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:

Kelebihan :

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Memperoleh penerpaan soft skill

Risiko :

  • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
  • Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
  • Wajib mengambil MUET
  • Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam

Syarat Permohonan Matrikulasi

Syarat asas permohonan ialah:

i. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
ii. Warganegara Malaysia; dan
iii. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.

Manakala syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:

Syarat kelayakan minimum kemasukan ke Program Matrikulasi ialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM:

i. Jurusan Sains

  • C Bahasa Melayu;
  • C Bahasa Inggeris;
  • B Matematik;
  • C Matematik Tambahan;
  • C Kimia
  • C Fizik atau Biologi dan
  • Lulus Sejarah

ii. Jurusan Kejuruteraan

  • C Bahasa Melayu;
  • C Bahasa Inggeris;
  • B Matematik;
  • C Matematik Tambahan;
  • C Fizik;
  • Lulus Kimia;
  • Lulus Sejarah dan
  • C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
    • Biologi/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
    • Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/
    • Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi
    • Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia.

iii. Jurusan Perakaunan

  • C – Bahasa Melayu;
  • C – Bahasa Inggeris;
  • C – Matematik;
  • Lulus Sejarah dan
  • C dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
    • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
    • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
    • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
    • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
    • Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
    • Matematik Tambahan.

iv. Jurusan Perakaunan Profesional

  • C – Bahasa Melayu;
  • A- Bahasa Inggeris;
  • A – Matematik;
  • C – Matematik Tambahan;
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Ujian aptitud dan termuduga dan A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
    • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
    • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
    • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/
    • Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
    • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
    • Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Senarai Matrikulasi Di Malaysia

Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
 Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
 E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis.
 Tel:04-9868613, 04-9868614, 
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
 E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong, 
09000 Kulim, Kedah.
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap, 
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:http://www.kmkn.edu.my

Cara Permohonan Matrikulasi 2023 / 2024

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my

Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2024 / 2025

Permohonan Fasa 1 dibuka pada tarikh berikut:

  • Tarikh permohonan matrikulasi buka : 15 Disember 2023
  • Tarikh akhir permohonan matrikulasi : 31 Mac 2024

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN / KEMASUKAN SESI 2024 / 2025

  • Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2024)
  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Jun 2024)
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2024)
  • Keputusan (Julai 2024)
  • Semakan Tawaran Fasa 2 (Ogos 2024)

RUJUK : Kalendar Akademik Program Matrikulasi

Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar

Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiap semester.

Pelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.

Perincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi adalah seperti berikut:

permohonan matrikulasi 2023
Sumber: Soalan Lazim Program Matrikulasi KPM 2022

Baca juga: UPUOnline 2022 / 2023: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Tarikh & Cara Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2024/2025

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan matrikulasi secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut:  matrikulasi.moe.gov.my

Calon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2024/2025 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran pelajar
  • Maklumat peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matriks

Calon yang layak boleh mengisi permohonan di link berikut : https://matrikulasi.moe.gov.my

Info Rasmi Program Matrikulasi KPM

Layari Pautan Berikut Untuk Maklumat Lanjut:
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi

Pengenalan Matrikulasi
Senarai Matrikulasi
Maklumat Program dan Syarat Kemasukan
Kalendar Akademik Program Matrikulasi
Soalan Lazim Matrikulasi
Permohonan Kemasukan
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!