Niat Solat Jemaah & Kelebihan Melakukannya

PENTING : NIAT, PANDUAN DAN KELEBIHAN MELAKSANAKAN SOLAT JEMAAH

Tahukah anda pahala yang diperoleh bagi orang yang melakukan solat jemaah adalah berlipat ganda lebih banyak berbanding orang yang solat secara bersendirian.

Berikut kami kongsikan kepada anda tentang cara melakukan solat jemaah ini. Pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.

Apa Itu Solat Jemaah?

Solat jemaah itu secara ringkasnya merupakan solat yang dilakukan bukan secara individu. Solat ini dilakukan dengan adanya Imam yang mengetuai solat dan makmum sebagai pengikut.

Solat secara jemaah ini merupakan satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam kerana ia merupakan amalandi bawah fardhu kifayah, yang bererti jika di sesebuah kawasan penduduk, tidak ada yang melakukan ibadah ini, akan jatuhnya dosa kepada semua penduduk di kawasan tersebut.

Solat berjemaah ini sangat digalakkan juga kerana manfaat atau kelebihan melaksanakan solat berjemaah ini lebih tinggi berbanding solat secara bersendirian, dan Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W, dalam hadis riwayaat dibawah:

وَإِنَّ صَلاَةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ وَحْدَهُ ، وَصَلاَتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ مَعَ الرَّجُلِ ، وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللهِ تَعَالَى

Makna: “Solat seorang lelaki bersama lelaki yang lain lebih baik daripada solat secara bersendirian. Dan solatnya bersama dua orang lelaki lebih baik daripada solat bersama seorang lelaki. Dan lebih banyak itulah yang paling disukai oleh Allah swt”

HR Abu Daud
Solat jemaah
Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Syarat Sah Solat Jemaah

Solat jemaah ini juga mempunyai syarat-syarat tersendiri yang berbeza dengan apabila kita melakukan solat secara bersendirian. Berikut merupakan syarat-syarat sah tersebut:

  • Mempunyai lebih dari seorang individu.
  • Mempunyai Imam (ketua) dan makmum (pengikut)
  • Berniat mengikut (makmum) / menjadi imam.
  • Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
  • Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan penghadang yang sesuai seperti kain.
  • Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
  • Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
  • Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit.
  • Solat yang dilaksanakan makmum harus sama dengan solat yang dilaksanakan oleh imam.
  • Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.

Syarat Menjadi Imam

Berikut pula merupakan syarat yang perlu dilengkapi seseorang yang ingin mengetuai solat berjemaah:

  1. Lelaki (apabila terdapat ahli jemaah lelaki). Perempuan dibolehkan menjadi imam kepada jemaah perempuan. Kanak-kanak lelaki yang sudah mumaiyiz boleh menjadi imam untuk kaum lelaki dan perempuan dewasa, sekiranya bacaannya lebih baik daripada ahli jemaah yang lain.
  2. Mumaiyiz iaitu dapat membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk.
  3. Dipersetujui dan disukai oleh seluruh ahli jemaah.
  4. Fasih dan baik bacaan al-fatihahnya (qari) daripada makmum.
  5. Faham Ilmu agama dan baik amalannya.
  6. Tidak menjadi makmum kepada orang lain dalam masa yang sama.

Syarat Menjadi Makmum

Berikut pula merupakan syarat menjadi makmum dalam solat berjemaah:

  1. Berniat mengikut imam.
  2. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit.
  3. Tidak mendahului pergerakan imam dengan sengaja iaitu mesti kemudian sedikit daripada pergerakan imam.
  4. Tidak terlewat daripada imam melebihi dua rukun fi’li yang panjang. Terlewat dua rukun ini, solat tersebut adalah tidak sah.
  5. Mengetahui pergerakan imam, sama ada dengan melihat imam atau melihat makmum di belakang imam, mendengar suara imam atau suara makmum lain.
  6. Berada bersama-sama imam di satu tempat, sama ada:
    • Berada di dalam satu ruang bangunan walaupun jarak di antara kedua-duanya sangat jauh.
    • Berada di kawasan terbuka seperti padang dengan jarak diantara imam dan makmum tidak melebihi 300 hasta (135 meter).
    • Imam di dalam masjid dan makmum di luar, yang mana mereka dihubungkan oleh makmum lain yang bersambung sehingga sampai kepada imam.

Dapatkan buku “SOLAT JEMAAH: Panduan Imam & Makmum” untuk mengetahui cara pelaksanaan solat jemaah ini

Niat Solat Jemaah Bagi Solat Fardhu

Niat solat jemaah ini berbeza kerana ia mempunyai imam dan makmum di dalamnya. Berikut merupakan senarai niat solat berjemaah bagi kelima-lima solat fardhu, sebagai imam dan makmum:

niat-solat-berjemaah

Jika anda yang mengetuai solat tersebut anda perlu membaca niat sebagai imam dengan menambah perkataan “Imaaman” di dalam niat anda seperti di bawah:

اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى

 Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Rakaatin ImaaMan Lillahi Taala 

Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat sebagai imam tunai kerana Allah Ta’ala.

Manakala jika anda merupakan makmum atau pengikut anda perlu menambah perkataan “makmuman” di dalam niat anda, seperti berikut:

اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Rakaatin Makmuman Lillahi Taala 

Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.

Hikmah & Kelebihannya

Banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi apabila kita melaksanakan solat jemaah ini. Antara hikmah-hikmah melaksanakannya ialah:

  1. Dapat meraih ganjaran pahala secara berkumpulan.
  2. Dapat berkumpul dalam susunan waktu yang tepat.
  3. Dapat mengatur waktu solat di awal waktu.
  4. Menambahkan keakraban dan kasih sayang.
  5. Menghidupkan syiar Islam.
  6. Menampakkan eratnya silaturrahim.
  7. Mendidik ahli keluarga ilmu dan hukum hakam berkaitan solat.
  8. Belajar cara mentaati pemimpin.
  9. Menambahkan semangat untuk beribadah.
  10. Salah satu cara dakwah kepada ahli keluarga.
  11. Menghidupkan sunnah Nabi saw.
  12. Mengikuti generasi awal Islam yang rajin solat secara berjemaah

Baca juga: Sujud Sahwi : Panduan, Makna & Bacaan Dalam Rumi

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!