Sujud Sahwi : Panduan, Makna & Bacaan Dalam Rumi

Sujud sahwi merupakan salah satu ibadah sunat yang dilakukan dalam solat iaitu selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam, bagi menutup kecacatan dalam solat seseorang muslim.

Jadi bagi seseorang muslim, amat penting untuk anda mengetahui tentang sujud ini bagi memastikan solat anda lebih sempurna.

Oleh itu, untuk mengetahui lebih lagi berkenaan sujud ini, pastikan anda bersama artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu Sujud Sahwi?

Dari segi bahasa sahwi bermaksud lupa atau lalai akan sesuatu, manakala dari segi syarak ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.

Sujud sahwi ini dilakukan pada akhir solat sebelum salam dan dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat. Hukum melaksanakan sujud ini adalah sunat apabila terjadi salah satu daripada sebab-sebabnya

Sebab Melakukannya

Berikut merupakan sebab-sebab mengapa anda digalakkan melakukan sujud jenis ini dalam solat anda:

  1. Kerana Kelebihan
    • Jika anda tertambah rukun solat anda perlu melaksanakan sujud sahwi
  2. Kerana Kekurangan
    • Jika anda tertingga salah satu sunat ab’adh di bawah anda perlu melaksanakan sujud sahwi jika anda sudah terlepas melakukannya:
      • Tahiyat Awal
      • Doa Qunut
  3. Kerana Ragu-ragu
    • Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
      • Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
      • Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam

Bacaan Sujud Sahwi

Bagi anda yang baru belajar berkenaan sujud sahwi ini berikut adalah bacaan serta makna bacaan ini:

sujud sahwi
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Bacaan Rumi:

“Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huu

Panduan Pelaksanaan

Bagi anda baru belajar, sujud jenis ini dilaksanakan selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam. Anda perlu melakukan sujud ini dengan cara berikut:

1. NIAT

  • Lafaz niat sujud ini tidaklah ditentukan. Anda boleh berniat dengan “sahaja aku melakukan sujud sahwi” di dalam hati.

2. SUJUD PERTAMA

  • Sujud dan baca bacaan sujud di atas sebanyak tiga kali.

3. DUDUK ANTARA DUA SUJUD

  • Bangun dari sujud untuk duduk antara dua sujud, dan baca bacaan duduk antara dua sujud dibawah:

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

Rumi: Rabbighfirlii , warhamnii , wajburnii , warfa’nii , warzuqnii , wahdinii , wa’aafinii , wa’fuanii

Makna: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.28

4. SUJUD KEDUA

  • Lanjutkan dengan sujud kedua dan ulang bacaan sujud di atas sebanyak tiga kali.

5. SALAM

  • Bangun dari sujud dan beri salam.

Diharapkan panduan ini, dapat membantu kita dalam menyempurnakan ibadah solat kita dengan lebih baik. Anda juga boleh mendapatkan buku Panduan Praktikal Solat Lelaki Dan Perempuan bagi membantu anda dalam memperbaiki ibadah solat ini.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!