MySejahtera: Cara Daftar QR Code & Check-In Untuk Ahli Keluarga

qr code mysejahtera
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ekoran dari wabak COVID-19 yang melanda, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membangunkan aplikasi MySejahtera.

Ia adalah sebuah aplikasi yang amat berguna untuk kita install di telefon bimbit masing-masing.

Malah, kerajaan juga dalam proses mempertimbangkan para peniaga untuk menggunakan aplikasi ini secara mandatori sebagai salah satu langkah kawalan wabak premis mereka.

Jika anda masih belum memuat turun atau ingin menggunakan aplikasi ini untuk mendaftarkan keluarga ketika check-in di premis-premis serta kawasan terbuka, sila baca info ini selanjutnya.

Apakah Aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Baca juga : Permohonan Bantuan NADMA RM100 Sehari Sepanjang PKP

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Cara Daftar MySejahtera Apps

Untuk mendaftar aplikasi MySejahtera di telefon bimbit, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut:
  2. Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu.
  3. Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel).
  4. Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  5. Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel).
  6. Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”.
  7. Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk.
  8. Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”.
  9. Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

Baca juga: eCensus 2020: Cara Daftar & Isi Borang Banci Online Malaysia

Cara Daftar MySejahtera Untuk Ahli Keluarga & Tanggungan

Untuk memudahkan pengguna, anda boleh mendaftarkan ahli keluarga atau individu lain yang tinggal bersama melalui aplikasi MySejahtera yang telah didaftarkan di bawah nama anda.

Kemudian, anda boleh check-in sekali dengan nama yang telah didaftarkan.

Tanggungan yang ditambah mestilah mempunyai hubungan seperti Pasangan, Anak, Saudara Kandung, Ibu, Bapa, Mertua, Nenek, Datuk, dan Penjaga sahaja.

Notis : Tambahan tanggungan adalah bagi kes yang tiada akses kepada telefon pintar sahaja.

Sila rujuk langkah di bawah cara-cara untuk menambah tanggungan dan check-in sekali dengan nama yang telah di daftarkan.

Langkah 1

Klik pada ikon ‘Lain-lain’

Langkah 2

Pilih ikon ‘Tambah Tanggungan’

Langkah 3

Sila tambah tanggungan yang tidak mempunyai akses kepada telefon pintar untuk didaftarkan di bawah nama anda.

daftar mysejahtera

Langkah 4

Masukkan butiran tanggungan anda di ruang yang disediakan.

Tekan butang ‘Tambah Satu Lagi’ jika ingin menambah bilangan tanggungan.

Tekan butang ‘Simpan’ setelah selesai menyenaraikan semua maklumat.

check in mysejahtera

Langkah 5

Kini anda boleh ‘check-in’ untuk ahli keluarga dengan mudah apabila melawati premis-premis.

Klik pada butang ‘Check-in’.

check in mysejahtera

Langkah 6 & 7

Notis berikut akan keluar untuk anda memilih nama ahli keluarga yang bersama anda.

Cara Dapatkan Kod QR MySejahtera Untuk Pemilik Premis

Untuk mendapatkan kod QR MySejahtera bagi pemilik premis, sila ikuti langkah berikut:

  1. Daftarkan premis anda di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/
  2. Masukkan nombor telefon bimbit dan tekan ‘Daftar’.
  3. Masukkan OTP (jika berdaftar dengan nombor telefon) atau klik paytan yang di e-mel (jika berdaftar dengan e-mel).
  4. Isi butiran pendaftaran premis dan tekan butang ‘Hantar’.
  5. Anda akan menerima kod QR MySejahtera Premis untuk dimuat turun dan dicetak.
  6. Kod QR ini perlu ditampal di pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelawat.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi “MySejahtera Helpdesk” dalam aplikasi MySejahtera.

ATAU

Hantarkan e-mel ke [email protected] untuk mendapatkan maklumbalas.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut