Tarikh Surat Tawaran Haji, Kos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1444H / 2023 & Anggaran Kos Bagi 2024
TERKINI
- Kos haji seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas
- Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah tahun ini, akan mula dikeluarkan mulai hari ini (19 Januari 2024)
- Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40
- Kerajaan akan tanggung RM1,000 bagi seorang bakal haji kumpulan B40
Pengumuman Kos Haji 2024 & Surat Tawaran Haji
Trivia dari Pengumuman TH tadi.
1. Kos Haji tahun ini adalah RM33,300. Meningkat 11% (RM2,500) dari tahun lepas.
2. Bayaran Harga Haji Muassasah
- B40 (first time pergi haji) : RM12,356
- M40 : RM14,148
- T20 : full RM33,300
Kerajaan tanggung RM1000 seorang untuk B40. Manakala TH tanggung baki kos haji bagi B40 dan M40.
- Bantuan Haji B40 : RM20,944 (63% dari kos haji)
- Bantuan Haji M40 : RM19,152 (42% dari kos haji)
3. Jemaah yang dapat tawaran haji perlu jawab surat tawaran segera melalui Aplikasi THiJARI, sebelum Rayuan dibuka.
4. Kos Rayuan Haji luar giliran?
Jemaah yang MERAYU perlu bayar full kos haji RM33,300.
Kecuali:
- Rayuan Mahram
- Rayuan Pembantu Jemaah Usia Lanjut
- Rayuan bawa jemaah OKU
5. RAYUAN HAJI 2024 akan dibuka pada 26/1/2024 secara ONLINE
6. Panggilan Haji tahun 2024 ini akan utamakan bakal haji yang masih lagi berbaki (Covid) sehingga tahun 2023 dan sebahagian giliran haji 2024.
7. TH maklumkan ada 4 juta pendeposit TH dan yang telah berdaftar untuk tunaikan haji yang masih menunggu giliran haji.
Semoga yang dapat tawaran haji tahun 2024 ini semuanya mendapat haji yang mabrur. Semoga urusan TH dan jemaah berjalan dengan lancar, Aaamiin.
Semakan Surat Tawaran Haji 2024 / Rayuan
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2024 secara berperingkat mulai Jumaat, 19 Januari 2024.
Rayuan Haji
RAYUAN HAJI 2024 akan dibuka pada 26 Januari 2024 secara ONLINE melalui THIJARI.
Kos Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji TH
BAYARAN / KOS HAJI TH BAGI TAHUN 1445H / 2024 M
- Kos haji seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun 2024 ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun 2023
- Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah tahun ini, akan mula dikeluarkan pada 19 Januari 2024.
- Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40
- Kerajaan akan tanggung RM1,000 bagi seorang bakal haji kumpulan B40
BAYARAN / KOS HAJI TH BAGI TAHUN 1444H / 2023 M
Bayaran Haji bagi musim haji 1444H / 2023 M adalah:
- RM30,850
i) BANTUAN KEWANGAN HAJI UNTUK B40 2023
Pada musim haji tahun ini, kadar Bayaran Haji untuk jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas.
Walaupun ada peningkatan RM1,000 namun Kerajaan Malaysia akan menanggung kenaikan tersebut dan Bakal Haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu.
ii) BANTUAN KEWANGAN HAJI UNTUK M40 2023
Bagi seorang jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji dan dalam kumpulan M40, Bayaran Haji meningkat sebanyak RM3,000 kepada RM15,980 seorang.
iii) TIADA BANTUAN KEWANGAN HAJI UNTUK T20 & RAYUAN LUAR GILIRAN
Manakala bayaran penuh Kos Haji iaitu RM30,850 seorang ditetapkan bagi kumpulan T20.
Mereka yang merayu luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah juga perlu membayar penuh Kos Haji sebanyak RM30,850 seorang, melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji.
Sebagai perbandingan, berikut dikongsikan kos bayaran haji bagi tahun 2022 yang dilaksanakan oleh Tabung Haji pada tahun 2022 di bawah.
Kos Bayaran Haji TH 2022
Kos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1443H/2022M
- RM10,980 bagi jemaah haji kumpulan B40
- RM12,980 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40
Apakah Kos Haji?
Apakah pula Bayaran Haji?
Jom fahami kedua-dua perkara tersebut melalui info tahun 2022 yang dikongsikan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.
Kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan. Kos-kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40-45 hari. Hampir kesemua perkhidmatan ini disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) dan kadar inflasi di sana.
Selain dari kos-kos langsung, TH turut menanggung sepenuhnya kos tidak langsung yang meliputi kursus-kursus persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas-petugas haji.
Apakah Kos Haji?
Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji.
Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.
Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.
Kos Bayaran Haji Jemaah TH 2019
Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi Musim Haji 1440H / 2019M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:
Kategori (Muassasah) | Kos Haji | Bayaran Kos Haji oleh TH | Bayaran Haji Oleh Jemaah |
---|---|---|---|
Warganegara kali pertama menunaikan haji | RM 22,900 | RM 12,920 | RM 9,980 |
Warganegara telah tunai haji | RM 22,900 | Tiada | RM 22,900 |
TH masih terus menanggung bayaran tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:
- Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
- Kursus-kursus haji,
- Petugas haji kebajikan dan perubatan,
- Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
- Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
- Ubat-ubatan.
Data & Statistik Kos Haji 2022 / Terkini Oleh Lembaga Tabung Haji
Tahun | Kos Sebenar (RM) | Bayaran Haji Per Jemaah (RM) | Tanggungan Bantuan Bayaran Haji (HAFIS) TH Perjemaah (RM) | Jumlah Keseluruhan Bantuan Bayaran Haji (HAFIS) TH (RM) |
---|---|---|---|---|
2021M / 1442H | Haji Ditangguhkan | |||
2020M / 1441H | Haji Ditangguhkan | |||
2019M / 1440H | 22,900 | 9,980 | 12,920 | 298 Juta |
2018M / 1439H | 22,450 | 9,980 | 12,470 | 313 Juta |
2017M / 1438H | 19,550 | 9,980 | 9,570 | 298 Juta |
2016M / 1437H | 18,890 | 9,980 | 8,910 | 160 Juta |
2015M / 1436H | 17,270 | 9,980 | 7,290 | 135 Juta |
2014M / 1435H | 16,155 | 9,980 | 6,175 | 106 Juta |
2013M / 1434H | 15,555 | 9,980 | 5,575 | 93 Juta |
Sumber: Lembaga Tabung Haji
Baca juga: Rayuan Haji TH 2023 : Cara Permohonan Online & Soalan Lazim
Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Haji
Untuk makluman, bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.
Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).
Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Ahli KWSP
- Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
- Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
- Berumur kurang 55 tahun
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini dan perincian lebih lanjut tentang kos haji 2024 dan tawaran bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH), sila rujuk pautan di laman web berikut: