Pengumuman terkini berkaitan Kiosk Bantuan MySejahtera yang akan berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur dan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).
Kiosk Bantuan MySejahtera ini menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera KECUALI daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.
Inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan ‘helpdesk’ atau kiosk bantuan secara fizikal bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera mendapat sambutan menggalakkan.
KKM menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, kiosk bantuan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu mula beroperasi hari ini dan mendapat sambutan baik sehingga kehabisan angka giliran.
Berikut adalah info yang anda perlu tahu sebelum pergi ke Kiosk Bantuan berkenaan.
1. Kes Kontak Rapat @ Positif Covid TIDAK DIBENARKAN Hadir
Sila ambil perhatian bagi individu yang mempunyai masalah notis HSO lambat dikeluarkan, untuk kes kontak rapat atau positif COVID-19, tidak dibenarkan hadir ke kiosk bantuan MySejahtera.
2. Lokasi Kiosk Bantuan MySejahtera
Buat masa ini, Kiosk bantuan ini dibuka di 2 lokasi iaitu:
- World Trade Centre (WTC) KL
- Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam
3.Waktu Operasi & Tarikh Pembukaan Kiosk Bantuan MySejahtera
TARIKH OPERASI: SETIAP HARI HINGGA 15 MAC 2022 (WTC KL)
Atas sambutan yang menggalakkan, kiosk bantuan di World Trade Centre (WTC KL) akan DIBUKA SETIAP HARI sehingga 15 Mac 2022.
WAKTU OPERASI : BERMULA 9 PAGI
Untuk mengelakkan kesesakan dan pematuhan SOP, sebanyak 400 tiket akan dikeluarkan setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga habis.
4. Dokumen Yang Perlu Dibawa
Kepada pengunjung yang ingin ke Kiosk Bantuan MySejahtera, jangan lupa untuk bawa bersama dokumen seperti yang disenaraikan di infografik dibawah.
- Kad vaksinasi fizikal
- Kad pengenalan
- Dokumen vaksinasi daripada luar negara
- Passport
- Surat Pengesahan tamat HSO
- Dokumen pelancongan / perjalanan ke luar atau dari luar negara
- Memo berkaitan saringan kesihatan daripada luar negara
- Dokumen VTL (Udara & air)
5. Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut berkaitan MySejahtera, sila rujuk ke bahagian HelpDesk MySejahtera atau rujuk panduan lanjut pada artikel berikut:
- Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In
- Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Majlis Kenduri / Kedai
- PICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 – 11 Tahun Di MySejahtera
- Tak Boleh Login MySejahtera / Lupa Password, Ini Cara Reset Semula
- Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Di MySejahtera
- MySJ Trace: Fungsi, Cara Kemaskini & Maksud Interaksi Di MySejahtera
- Kesilapan Teknikal Status MySejahtera Merah (HSO) / Kuning (PUS). Ini Apa Perlu Buat
- Cara Kemaskini MySejahtera: Gagal Kemaskini Boleh Didenda