Khairy Jamaluddin : Biodata KJ dan Perjalanan Karier

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai KJ merupakan seorang figura politik yang tidak asing lagi di Malaysia.

Setelah mengumumkan berehat dari dunia politik pada tahun 2022, beliau kini bergiat aktif sebagai penyampai radio Hot FM dan pengulas politik menerusi podcast Keluar Sekejap.

Ayuh kita kenali KJ dengan lebih dekat dengan menyemak biodata dan perjalanan kariernya.

Biodata KJ (Khairy Jamaluddin)

Nama : Khairy bin Jamaluddin

Nama Gelaran : KJ

Tarikh Lahir : 10 Januari 1976

Tempat Lahir : Kuwait

Umur : 48 tahun (2024)

Pekerjaan : Penyampai radio, pengulas politik, personaliti TV, bekas ahli politik

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi (University of Oxford), Sarjana Undang-Undang dan Teori Politik (University College of London)

Isteri : Nori Abdullah

Sumber : Mstar

Anak : 3 orang – Timor Abdullah Jamaluddin Abu Bakar, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar, Raif Averroes Jamaluddin Abu Bakar.

Media sosial : @khairykj (Instagram), Khairy Jamaluddin (Facebook), @Khairykj (Twitter/X)

Sumber : Ironwood
Sumber : Mstar

Perjalanan Karier

Sebelum melibatkan diri dalam bidang politik, Khairy Jamaluddin pernah dilantik menjadi hos program ‘Dateline Malaysia’ di NTV7 pada tahun 1998.

Beliau juga pernah menjadi penulis untuk The Economist serta berkhidmat sebagai Penolong Khas bagi Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Setelah menyandang jawatan Penolong Khas Timbalan Perdana Menteri selama empat tahun, beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tun Abdulllah Ahmad Badawi dari tahun 2003 hingga 2004.

Pada tahun 1998, KJ secara rasminya telah menyertai parti UMNO. Sifat kepimpinannya terserlah apabila beliau muncul sebagai Exco Pemuda bermula tahun 2001 hingga 2004.

Pada tahun berikutnya, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda dari tahun 2004 hingga 2009 dan Ketua Pemuda Bahagian Rembau dari tahun 2004 hingga 2013.

Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pemuda selama sembilan tahun iaitu dari tahun 2009 hingga 2018.

Nama KJ mula dikenali ramai apabila beliau menyandang kerusi Parlimen Rembau bermula tahun 2008. Beliau konsisten memegang jawatan ahli parlimen di kawasan tersebut selama hampir 15 tahun iaitu sehingga tahun 2022.

Kerjaya KJ dalam bidang politik mencapai kemuncak apabila beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan selama lima tahun bermula 2013 hingga 2018.

Beliau juga sempat menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Menteri Sains Teknologi dan Inovasi dari 2020 hingga 2021 dan Menteri Kesihatan Malaysia dari 2021 hingga 2022.

khairy jamaluddin

Setelah gagal merebut kerusi bagi kawasan Sungai Buloh dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15) tahun 2022, Khairy telah mengumumkan untuk berehat daripada arena politik negara.

Beliau kemudiannya mengejutkan ramai pihak apabila muncul sebagai DJ atau penyampai radio HotFM bagi segmen Bekpes Hot pada awal 2023.

khairy jamaluddin
Sumber : Berita Harian

Pada tahun yang sama, Khairy bersama seorang lagi bekas ahli politik yang tidak asing lagi iaitu Shahril Hamdan telah membangunkan sebuah podcast bernama Keluar Sekejap.

Kini sudah mencapai lebih 350,000 pengikut dan lebih 100 episod di Youtube, podcast ini kekal popular sebagai platform perbincangan isu politik semasa dengan suasana yang lebih santai.

khairy jamaluddin

Kredibiliti dan kemampuan beliau sebagai penyampai radio juga terbukti apabila dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

khairy jamaluddin

Meskipun berkata kerjaya penyampai radio ini dikatakan sebagai satu ‘persinggahan’, namun Khairy juga pernah menyatakan bahawa beliau masih tidak merancang untuk kembali ke arena politik tanah air pada waktu terdekat.

Penglibatan Lain

  • Pengarah Penasihat Korporat ECM Libra Berhad (2004-2006)
  • Pengerusi Liga Super Malaysia Sdn Bhd (2007)
  • Timbalan Presiden II, Persatuan Bola Sepak Malaysia (2007-2010)
  • Rejimen Askar Wataniah (Briged General) (2010-2018)
  • Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (2012-2013)
  • Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)
  • Ahli Lembaga Pengarah Fischer Medical Ventures Ltd
  • Ahli Lembaga Pengarah Johor Darul Takzim (JDT)
  • Profesor Adjung Universiti UCSI

Walaupun Khairy Jamaluddin kini lebih aktif dalam bidang penyiaran radio, namun jasa beliau sebagai Menteri dan ahli Parlimen cukup besar buat rakyat Malaysia.

Selamat maju jaya diucapkan kepada KJ dalam apa jua bidang yang diceburi.

Untuk ketahui perkembangan beliau, ikuti laman media sosialnya di Facebook, Instagram dan Twitter.

Sumber : Nona, Astro Awani, Facebook Khairy Jamaluddin, parlimen.gov.my

Baca Juga : Biodata DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut