Advertisements

Eco Shop Malaysia Naik Harga Di Semua Rangkaian Mulai 1 Jun 2022

Advertisements

Tak lama lagi harga di Kedai Eco Malaysia akan naik lagi RM 0.20!

Dalam musim ekonomi yang tidak menentu, ramai di antara kita memilih untuk berbelanja dan membeli barang keperluan di kedai harga jimat, contohnya yang menawarkan harga RM2 seperti kedai Ninso, Zon Jimat, dan paling popular, rangkaian Eco Shop Malaysia.

Eco Shop antara lokasi membeli belah pilihan ramai lantaran harganya yang mudah. Bukan sahaja menawarkan barangan pada harga serendah RM2.20, pelbagai jenis produk dijual membuatkan kita rambang mata.

Kedai Eco Umum Naik Harga RM0.20 Di Semua Rangkaian

Eco Shop bakal menaikkan harga baharu RM2.40 di Semenanjung Malaysia, menerusi sekeping gambar yang tular di laman sosial yang berkongsi notis perubahan harga dipamerkan di salah sebuah cawangan di Subang Jaya.

eco naik harga
Sumber gambar: Facebook

Manakala bagi cawangan di Sarawak, harga akan dinaikkan dari RM2.40 kepada RM2.60 mulai tarikh yang sama.

eco naik harga
Sumber gambar: Facebook Nick Nichol

“Kami memaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2022, harga bagi setiap barangan di Eco-Shop akan ditukar daripada RM2.20 kepada RM2.40 disebabkan faktor peningkatan kos.

“Dengan itu, kerja-kerja perubahan harga di semua platform akan dilakukan secara berperingkat,” kata kenyataan dalam poster tersebut.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Rata-rata pengguna berasa kecewa kerana walaupun hanya naik RM0.20 bagi setiap barang, namun kadar itu tetap dapat dirasakan terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Kali terakhir notis perubahan harga Kedai Eco diumumkan adalah pada 1 Disember 2021, di mana harga mengalami kenaikan dari RM2.10 kepada RM 2.20 di Semenanjung manakala RM2.30 kepada RM2.40 di Sabah dan Sarawak.

Jadi, bagi anda yang masih nak beli barang dalam masa terdekat, bolehlah rancang perbelanjaan dan mungkin boleh beli lebih awal sebelum tarikh yang dinyatakan iaitu 1 Jun 2022 ini ya!

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment