Johor ke Batam – Cara Naik Feri Dari Johor + Cadangan Itinerari

Johor ke Batam - Cara Naik Feri Dari Johor + Cadangan Itinerari
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Johor ke Batam – Cara Naik Feri Dari Johor + Cadangan Itinerari

Kalau anda nak rasa pengalaman bercuti di luar negara tetapi dengan bajet yang rendah, apa kata anda rancang percutian ke Batam Indonesia!

Batam ni sebuah pulau kecil yang terletak d Indonesia tapi mudah untuk diakses khususnya mereka yang tinggal di Johor. Tempat ni memang terkenal sebagai salah satu destinasi pilihan pelancongan yang mesra poket. 

Best ke bercuti di Batam, apa tempat menarik di Batam?

Jom baca perkongsian dibawah.

BACA JUGA:  Zoo Johor – Waktu Operasi Terkini & Harga Tiket Masuk 2025

Bercuti di Batam, Indonesia

Batam terletak di Kepulauan Riau, Indonesia dan hanya memerlukan perjalanan kurang tiga jam dari Johor Bahru. 

Pulau ini terkenal dengan pantai-pantainya yang indah, pusat membeli-belah bebas cukai, makanan laut yang segar, aktiviti air, resort mewah dan sebagainya. 

Sumber: TripAdvisor

Selain itu, Batam juga kaya dengan budaya tempatan yang unik. 

Anda boleh melihat pengaruh Melayu, Bugis dan Cina dalam kehidupan seharian penduduknya. Ini termasuklah dalam seni bina bangunannya, makanan, cara penduduk berinteraksi, festival tempatan yang diadakan dan sebagainya.

Percutian ke Batam pasti memberikan anda satu perspektif baru dan keseronokkan yang diinginkan!

Cara Naik Feri Dari Johor ke Batam

Naik Feri ke Batam Dari Johor Bahru

Cara paling mudah dan popular ke Batam dari Johor adalah menaiki feri. Ada tiga terminal utama yang boleh anda pilih:

  • Pasir Gudang
  • Stulang Laut
  • Puteri Harbour

Antara ketiga-tiga ni, ramai yang suka naik dari Puteri Harbour sebab feri di sini lebih selesa dan moden. Satu sebab lagi, feri dari Puteri Harbour akan berlabuh di Batam Harbour. 

Batam Harbour ni yang merupakan jeti baru di Batam. Jadi, pengalaman naik dan turun feri pun lebih menarik dan selesa.

Berapa Lama Perjalanan Naik Feri ke Batam?

Perjalanan feri dari Johor ke Batam mengambil masa kurang 2 jam, sekitar 1 jam 30-45 minit sahaja.  Anda boleh bersantai sambil menikmati pemandangan laut semasa dalam perjalanan. Dalam feri pun lengkap dengan pelbagai kemudahan. TV pun ada. 

Kalau nak pengalaman yang lebih menarik, cuba naik feri pukul 6:30 petang. Waktu ni, anda boleh layan sunset dari tengah lautan. Memang cantik gila! 

Berapa Harga Tiket Feri ke Batam?

Harga tiket feri ke Batam bergantung pada terminal dan jenis feri yang anda pilih. Anggaran harga adalah sekitar RM65 – RM125 seorang untuk perjalanan sehala.

Biasanya, harga tiket lebih mahal kalau pilih feri premium yang lebih selesa. Jadi, kalau nak bajet atau nak lebih selesa, boleh pilih ikut kesesuaian.

Di Mana Nak Beli Tiket Feri ke Batam Dari Johor?

Anda boleh layari Berjaya Waterfront Ferry Terminal untuk membeli tiket feri secara dalam talian sekiranya anda ingin bertolak dari Stulang Laut. 

Anda juga beli melalui platform online seperti BusOnlineTicket.com, redBus, Easybook.com dan sebagainya. Platform-platform ini juga menawarkan tiket feri dari Johor ke Batam dengan pelbagai pilihan syarikat feri. 

Atau, anda boleh terus ke terminal feri yang anda ingin tempah dan membeli tiket feri secara walk in di kaunter. 

Tips Penting Bila Naik Feri ke Batam

1. Keluar ke open deck!

Ramai yang macam tak tahu boleh keluar ke bahagian atas feri (open deck) untuk menikmati angin laut secara langsung. Kalau duduk dalam feri je sepanjang perjalanan, memang agak bosan.

Jadi, kalau cuaca elok, ambil peluang untuk berdiri di luar dan nikmati suasana lautan yang sangat tenang. Jangan lupa ambil gambar!

2. Datang Awal ke Terminal Feri

Pastikan anda tiba di terminal feri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu berlepas untuk pemeriksaan imigresen dan kastam. Passport jangan lupa!

@azlanandi

Ramai tak tahu ada cara ke Indonesia dai Malaysia tak perlu naik flight. Naik Ferry je, dari jeti Puteri Harbour, Johor Bahru ke Batam, Indonesia nanti akan nampak kaunter Feri MB Putri Anggreni. Ferry ni baru beroperasi (company ni dah lama tapi route ni baru dibuka) jadi kalau korang naik ni, boleh jadi antara yang terawal di Malaysia so bila naik tu feri lengang lagi macam dalam video ni. Orang Malaysia pun ramai tak tahu lagi kewujudan ferry ni. Memang selesa betul ferry ni, dari Kuala Lumpur korang boleh naik bas ke Larkin Sentral atau boleh drive dan parking kereta kat Putri Harbour. Yang nak bercuti ke Batam dah boleh cuba cara ni ok. #batam #ferry #mvputrianggreni #putriharbour #harbourbay #travel #johor

♬ original sound – Azlan Andi – ig: AzlanAndi

Cara Lain ke Batam

Naik Kapal Terbang 

Selain menaiki feri anda juga boleh memilih untuk menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Senai (Johor Bahru) ke Hang Nadim International Airport di Batam.

Tempoh penerbangan: Sekitar 1 jam

Dokumen Diperlukan

  1. Pasport Antarabangsa (sah sekurang-kurangnya 6 bulan)
  2. Tiket feri pergi balik/bukti penginapan di Batam
  3. Visa (jika diperlukan untuk bukan warganegara Malaysia & Singapura)

BACA JUGA: 15 Kafe di Johor Bahru – Instagrammble & Muslim-Friendly!

Perlukah Pasport untuk Pergi ke Batam?

Jawapannya, YA WAJIB. 

Warganegara Malaysia yang ingin melancong ke Batam, Indonesia perlu mempunyai pasport sebagai dokumen perjalanan utama.

Pastikan juga pasport anda mempunyai tempoh sah minimum enam bulan dari tarikh ketibaan untuk memenuhi syarat imigresen Indonesia. 

Setibanya di Batam, anda akan melalui pemeriksaan imigresen di Tempat Pemeriksaan Imigrasi (TPI) seperti di Nongsa Terminal Bahari atau Pelabuhan Batam Center. 

Proses ini melibatkan pengesahan pasport, tiket pulang, bukti tempahan penginapan dan asuransi kesihatan.

Petugas imigresen akan mencatat tanda masuk pada pasport yang berfungsi sebagai Izin Tinggal Kunjungan (ITK) dengan tempoh maksimum 30 hari tanpa visa untuk warganegara Malaysia.

Cadangan Itinerari 3 hari 2 malam di Batam

Kalau anda nak bercuti di Batam secara DIY, anda boleh rujuk cadangan itinerari percutian di Batam 3 hari 2 malam di bawah:

Hari Pertama

1. Bertolak dari Malaysia

Dari Malaysia, anda boleh menaiki feri dari Johor Bahru (Terminal Stulang Laut atau Puteri Harbour) ke Terminal Feri Batam Center/Sekupang.  Atau, naik penerbangan terus ke Lapangan Terbang Hang Nadim. 

2. Daftar Masuk Hotel & Makan Tengah Hari

Sebaik sahaja sampai, anda boleh check in hotel dulu atau terus makan tengahari. 

>> Cadangan tempat makan tengah hari: Warung Sunda Bu Joko. 

3. Cadangan Tempat Menarik & Aktiviti (Pagi/Petang):

  • Bergambar di mercu tanda “Welcome to Batam”.
  • Melawat Jambatan Barelang (ikon Batam) dan kawasan perindustrian Muka Kuning.

4. Cadangan Tempat Menarik & Aktiviti (Malam):

  • Membeli-belah di Nagoya Hill Mall atau Lucky Plaza.

>> Cadangan tempat makan malam: Golden Prawn 933

Hari Kedua

Sumber: KUTIPAN.co

1. Sarapan

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi di resort/hotel sekiranya anda tempah pakej penginapan bersama sarapan. Pilihan lain, anda boleh sarapan di Kangen Kafe atau Martabak Har

2. Cadangan Tempat Menarik & Aktiviti (Pagi):

  • Mega Wisata Ocarina Batam
  • Puncak Beliung

>> Cadangan tempat makan tengah hari: Nagoya Food Court

3. Cadangan Tempat Menarik & Aktiviti (Petang – Malam):

  • Blue Fire Beach (Pantai warna pink)
  • Masjid Muhammad Cheng Ho
  • Masjid Agung Batam
  • Next Level Koffie
  • Circle K

>> Cadangan tempat makan malam: De Sands Cafe, Restoran Banda Gadang

Hari Ketiga 

1. Sarapan

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi di resort/hotel sekiranya anda tempah pakej penginapan bersama sarapan. Pilihan lain, anda boleh sarapan di Morning Bakery

2. Cadangan Tempat Menarik & Aktiviti (Pagi):

  • Pasar Seken (Pasar Karat)
  • Batam City Square

>> Cadangan tempat makan tengah hari: D Penyet Batam Centre Point

3. Bertolak Balik Malaysia

Setelah selesai, anda boleh bertolak balik ke Malaysia melalui Harbour Bay Batam atau Batam Centre. 

Sumber: TripAdvisor

Tips Bercuti di Batam

  1. Gunakan Grab untuk perjalanan yang lebih murah.
  2. Tukar duit Rupiah sebelum ke Batam untuk kadar lebih baik.
  3. Elakkan membeli-belah di tempat pelancongan, cari di pasar tempatan. 
  4. Pilih hotel atau penginapan yang strategik.
  5. Lawati tarikan percuma atau bajet rendah. Beberapa tempat menarik seperti Jambatan Barelang, Masjid Raya Batam dan Pantai Nongsa boleh dinikmati tanpa kos yang tinggi.
  6. Sewa motosikal atau kereta. Selain Grab, menyewa motosikal adalah pilihan jimat untuk meneroka Batam dengan lebih fleksibel.
  7. Sim kad Indonesia boleh didapati dengan harga murah di pelabuhan atau kedai serbaneka untuk akses internet sepanjang percutian.
@redbus_my

2 jam je dari jeti Johor ke Batam, Indonesia! Jom ikuti @Hamiza Hamidon travel dari KL ➡️ Johor ➡️ Batam Chup lah tiket anda hari ni. Jangan lupa gunakan kod RBFERRY (untuk tiket feri) atau MYNEW (untuk tiket bas) untuk jimat sehingga 50% on your booking! #redBus #FYP #JomChuplah #redBusMY #redBusAdventures #tiketbasonline #tiketbas #tiketferi #batam #fyp #travel

♬ original sound – redBus Malaysia – redBus Malaysia

BACA JUGA: 15+Indoor Playground Di Johor Bahru

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut