UPKK 2024 -Jadual, Tarikh Peperiksaan & Format Terkini

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2024

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2024 yang diumumkan oleh JAKIM.

Apakah UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Terdapat 9 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) mulai tahun 2024 iaitu

  1. Amali Solat
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  3. Tilawah Al-Quran
  4. Pelajaran Jawi dan Khat
  5. Sirah
  6. Ibadah
  7. Aqidah
  8. Adab (Akhlak Islamiah)
  9. Lughah Al-Quran

Format Baru Penilaian UPKK 2024

5 Perubahan Format UPKK 2024

  1. Subjek Tilawah AlQuran daripada dua kertas menjadi satu kertas.
  2. Ulum Syariah dipecahkan kepada dua matapelajaran iaitu “UPKK 02 Akidah” dan “UPKK 07 Ibadah”. Pecahan ini menyebabkan UPKK menjadi 9A.
  3. Bagi subjek Adab sebelum ini ada kertas 1 dan kertas 2. Format baru Adab menjadi 1 kertas sahaja.
  4. Tempoh masa bagi ujian bertulis bagi semua kertas ditetapkan selama 1 jam 15 minit sahaja berbanding sebelum ini ada kertas 1 jam 30 minit dan ada juga 2 jam.
  5. Setiap subjek akan ada soalan berkaitan dengan perkara asas. Perkara asas ini akan ditanya di bahagian A setiap subjek.

Kredit : Ustazah Azizah

format baru upkk 2024
tarikh upkk format baru 2024

Soalan Lazim UPKK 2024

  1. Adakah Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2024 merangkumi keseluruhan kurikulum Tahun 1 hingga Tahun 5?
    • Tidak.
  2. Apakah cakupan konteks bagi Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2024?
    • Perkara-perkara asas sahaja bagi Tahun 1 dan Tahun 2, semua standard kandungan serta standard pembelajaran bagi Tahun 3 hingga 5 (Kurikulum Kelas al-Quran dan Fardu Ain 2.0).
  3. Berapakah tempoh masa peperiksaan (Ujian Bertulis) UPKK dilaksanakan?
    • 1 jam dan 15 minit.
  4. Adakah mata pelajaran Al-Quran dan Adab masih kekal dengan 2 kertas soalan?
    • Tidak. Hanya 1 kertas soalan sahaja.
  5. Adakah kertas soalan bagi Ulum Syariah masih kekal dengan 2 mata pelajaran (Akidah dan Ibadah)?
    • Tidak. Kertas soalan Akidah dan Ibadah diasingkan mengikut mata pelajaran masing-masing.
  6. Berapa mata pelajaran yang dinilai dalam UPKK mulai tahun 2024?
    • 9 mata pelajaran kesemuanya termasuk Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam.
  7. Adakah jumlah hari peperiksaan akan bertambah atau berkurang?
    • Ya. Tertakluk kepada JAKIM untuk menentukannya berdasarkan keperluan semasa.
  8. Siapakah yang terlibat dengan penataran Penataran Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2024?
    • Semua Pegawai di Agensi Pelaksana, Penyelia KAFA dan Guru KAFA terutama yang mengajar tahun 5.
  9. Bilakah Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2024 akan diberikan kepada seluruh negeri?
    • Bermula 23 Mei 2024.
  10. Bagaimanakah Guru KAFA boleh mendapatkan Format Instrumen UPKK mulai Tahun 2024?
    • Melalui Surat Siaran Format Instrumen UPKK mulai Tahun 2024 yang dikeluarkan oleh JAKIM.
  11. Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan Penataran Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2024 di seluruh negeri?
    • Agensi Pelaksana di negeri masing-masing
  12. Siapakah yang boleh dirujuk bagi Penataran Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2024?
  13. Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Peperiksaan, Bahagian Pendidikan JAKIM atau di talian 03-8870 7575/7560/7567.

MUAT TURUN : FORMAT INSTRUMEN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) MULAI TAHUN 2024

tarikh upkk
Kredit: Puan Hasanah Hamidah

Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK

UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

JADUAL UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2024

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti berikut:

Takwim Pengoperasian Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) Bagi Calon Tahun 2024

JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.

Berikut dikongsikan tarikh penting dan jadual UPKK 2024 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.

Ujian PCHI & Amali Solat

1 Julai – 28 Oktober

Ujian Al Quran

29 Oktober – 29 November

Ujian Bertulis

6 Januari 2025 |Isnin

Akidah
⏰ : 2.30 – 3.45 ptg
Adab
⏰ : 4.15 – 5.30 ptg

7 Januari 2025 |Selasa

Ibadah
⏰ : 2.30 – 3.45 ptg
Jawi & Khat
⏰ : 4.15 – 5.30 ptg

8 Januari 2025 |Rabu

Sirah
⏰ : 3.00 – 4.15 ptg

9 Januari 2025 |Khamis

Bahasa Arab
⏰ : 3.00 – 4.15 ptg

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) 2024 – Tarikh Kemaskini 15 Julai 2024

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk : https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/

Maklumat Lanjut Jadual Terkini UPKK

Untuk info terkini mengenai Ujian Penilaian Kelas KAFA 2024, sila rujuk maklumat sahih melalui :

Baca juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM (MPM)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut