Insentif Pengeluaran Getah (IPG) : Semakan Harga & Bayaran

Insentif Pengeluaran Getah (IPG)

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah di Negara ini menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka.

IPG diaktifkan apabila harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di bawah paras RM6.10 se kilogram ATAU purata bulanan harga cuplump/sekerap di bawah paras RM2.50 se kilogram.

Contoh: Harga Purata peringkat ladang adalah RM2.00 sekilo.

Bayaran insentif yang akan diberikan adalah RM0.50 bagi setiap kilogram.

Pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang mempunyai keluasan kebun getah kurang dari 100 ekar atau 40.46 hektar dan memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi pekebun kecil di Semenanjung layak memohon IPG. Manakala bagi pekebun kecil di Sabah dan Sarawak masing-masing dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS).

IPG boleh dituntut melalui dua (2) cara, menerusi bantuan Pelesen/Wakil Pekebun Kecil Getah atau menghantar sendiri ke pejabat LGM terdekat.

Borang permohonan IPG akan disemak, jika lengkap keratan pengesahan penerimaan borang tuntutan IPG akan diserahkan. Keratan tersebut perlu disimpan oleh pekebun kecil sebagai bukti penyerahan borang tuntutan IPG. Seterusnya permohonan akan diproses dan IPG akan bayar terus ke akaun pekebun kecil.

Sumber: Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Paras Harga IPG Dinaikkan

Dalam Belanjawan 2023, paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram.

Setelah mendengar keluhan para pekebun getah, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan paras harga pengaktifan IPG kepada RM3.00 sekilogram dengan peruntukan 400 juta ringgit dalam Belanjawan 2024.

insentif pengeluaran getah ipg ipl lateks

Baca juga:

Harga Purata September 2023

Lembaga Getah Malaysia (LGM) ingin memaklumkan bahawa IPG GETAH CUPLUMP DAN LATEKS TERAKTIF bagi bulan September 2023.

Adalah dimaklumkan mulai Januari 2023, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) telah diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM2.70 sekilogram ke bawah. Peningkatan Paras Harga Pengaktifan (PHP) yang baharu merupakan inisiatif Kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2023.

Bagi IPG lateks, ia juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. Kadar IPG lateks adalah tetap pada RM0.90 sekilogram, lateks 100% Kandungan Getah Kering (KGK).

IPG ini akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Pada bulan September 2023, harga purata peringkat ladang bagi getah cuplump adalah seperti berikut:
a) Semenanjung : RM 2.65 sekilogram;
b) Sabah : RM 2.30 sekilogram; dan
c) Sarawak : RM 2.20 sekilogram.

LGM ingin memaklumkan bahawa IPG GETAH CUPLUMP DAN LATEKS TERAKTIF bagi bulan September 2023 dengan bayaran pada kadar seperti berikut:

  • Semenanjung : RM 0.05 sekilogram (50% KGK)/ RM 0.10 sekilogram (100% KGK)
  • Sabah : RM 0.40 sekilogram (50% KGK)/ RM 0.80 sekilogram (100% KGK)
  • Sarawak : RM 0.50 sekilogram (50% KGK)/ RM 1.00 sekilogram (100% KGK)
  • Lateks : RM 0.90 sekilogram (100% KGK)

Tarikh Bayaran IPG

Pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 31 Oktober 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan September 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan harga getah / lateks (IPG/ IPL) serta pembayaran, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!