Intipati Belanjawan 2025 & Ringkasan Infografik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Intipati Belanjawan 2025 & Ringkasan Infografik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada pukul 4.00 petang ini.

Turut mengiringi beliau adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Berikut dikongsikan intipati dan ringkasan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

TERKINI : Infografik Intipati Belanjawan 2025

  • Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, didokong langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025
  • Unjuran kadar defisit 3.8 peratus pada 2025 berbanding anggaran 4.3 peratus pada tahun ini
  • Cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan rakyat
  • Kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi kepada RM322 billion pada 2024 berbanding RM308 billion
  • Jumlah hutang baharu akan kian menurun, diunjur berjumlah RM80 bilion pada 2025 berbanding RM85 bilion pada 2024

CUKAI JUALAN & PERKHIDMATAN

  • Cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barangan premium yang diimport antaranya ikan salmon dan avokado
  • Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif, tidak bebankan rakyat
  • Kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi 2025 terus meningkat kepada RM340 bilion
  • Cukai Jualan tidak akan dikenakan bagi barangan makanan asas digunakan rakyat, hanya babitkan barangan bukan keperluan asas seperti produk premium diimport
  • Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial, antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi
  • Peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Mei, 2025

Penyasaran Subsidi RON 95

  • Kerajaan cadang laksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pertengahan 2025, penjimatan akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat
  • Subsidi petrol RON 95 bakal dipotong sebanyak RM 8 bilion untuk golongan T15.
  • Harga RM 2.05/liter akan kekal buat 85% rakyat.
  • Kerajaan komited kekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, tanggungan subsidi elektrik masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat dianggar berjumlah RM12 bilion
  • Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan, tertinggi antara negeri masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion
  • Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai dikenakan
  • Mulai 2025, Kerajaan cadang naikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta
  • Peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta tahun depan berbanding RM338 juta
  • Kerajaan beri kebebasan sepenuhnya untuk SPRM siasat dan ambil tindakan tegas bagi heret pesalah rasuah ke muka pengadilan
  • RM200 juta disediakan kepada Jabatan Audit Negara, sesuai dengan peranan lebih besar bagi mulakan pengauditan
  • Kerajaan cadang perluas asas cukai secara progresif, perkenal cukai dividen pada kadar dua peratus bagi pendapatan dividen lebih RM100,000 diterima pemegang saham individu mulai tahun taksiran 2025

Baca juga : Belanjawan Madani 2025 [ LIVE ] Pembentangan & Intipati

Bantuan STR, SARA & JKM

  • STR & SARA
    • Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
    • Manakala penerima SARA diperluas kepada 4.1 juta penerima, di mana penerima STR kategori isi rumah akan dikreditkan sebanyak RM100 sebulan. Bantuan akan mula dikreditkan pada April 2025
    • Penambahan peruntukan membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
    • Kadar baharu bagi kategori bujang dinaikkan kepada RM600
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025

ELAUN JKM

Kadar bantuan kebajikan bulanan juga dinaikkan seperti berikut:

  • Bantuan Kanak-kanak Keluarga Termiskin
    • Berusia 6 tahun dan ke bawah – RM250 (2024 : RM200)
    • Berusia 7 sehingga 18 tahun – RM200 (2024 : RM150)
  • Bantuan Warga Emas
    • dinaikkan kepada RM600 (2024: RM500)
intipati belanjawan 2025

Gaji Minimum 2025 Dinaikkan Kepada RM1700

Dalam Bajet 2025, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

gaji minimum rm1700 2025

Perincian tentang maklumat ini akan diumumkan pada masa terdekat.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam & Pesara – Februari 2025

  • Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • Bantuan ini turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.
  • Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025.

Pelaksanaan PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu bagi lepasan kadet sekolah dengan kerjasama Akademi Kenegaraan, PDRM dan agensi beruniform lain.

Baca selanjutnya : PLKN 3.0 – Program Latihan Khidmat Negara 2025

INFOGRAFIK

intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025
intipati belanjawan 2025

Siaran Langsung LIVE Streaming Belanjawan 2025

Jom sama-sama kita saksikan “Pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI” secara langsung oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jam 4:00 petang hari ini di Facebook rasmi Kementerian Kewangan dan JPA serta semua saluran media utama.

Semoga berita yang manis-manis untuk semua rakyat Malaysia!

Pautan LIVE Streaming:

belanjawan 2025 intipati bajet

Maklumat Lanjut Belanjawan 2025

Ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/

Sila layari pautan https://www.youtube.com/@PARLIMENMALAYSIA1 atau laman web rasmi https://www.parlimen.gov.my/ untuk makluman terkini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut