i-Lestari Online: Semak Status Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP

i-lestari kwsp online
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Terkini, semakan status permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 boleh dibuat secara online di portal rasmi ilestari.kwsp.gov.my.

Selain itu, portal tersebut juga membolehkah pengguna untuk:

  1. Membuat permohonan,
  2. Menyemak permohonan,
  3. Merujuk panduan pengguna; dan
  4. Merujuk set soalan lazim (FAQ)

Pembayaran kali pertama akan dibuat pada 4 Mei nanti bersama-sama BPN fasa 2.

Pembayaran selanjutnya pada awal bulan Jun seperti di bawah:

Bagi pembayaran i-Lestari yang dijadualkan pada minggu pertama bulan Mac, pembayaran akan diawalkan dan dibayar pada minggu akhir Februari.

Untuk makluman, tiada bayaran i-Lestari bagi bulan Mac sekiranya ahli telah menerima bayaran sepanjang minggu ini. Pembayaran awal ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar tanpa syarat yang akan dibuat mulai 8 Mac.

Susulan wabak COVID-19 yang sedang melanda, pada 23 Mac 2020 yang lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP melalui sebuah skim pengeluaran yang digelar i-Lestari KWSP.

Tujuannya adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Berita ini disambut baik oleh rakyat, terutamanya yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara.

Berikut adalah info lanjut tentang i-Lestari KWSP dan cara membuat pendaftaran permohonan serta pengeluaran secara online.

Sila rujuk tutorial cara membuat pengeluaran i-Lestari di sini.

Baca juga: Permohonan & Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)

Situasi :

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tempoh Pengeluaran

Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Kelayakan Pengeluaran

Siapa yang layak memohon i-Lestari?

Pencarum yang layak memohon i-Lestari adalah terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Amaun Yang Boleh Dikeluarkan

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Tarikh Penerimaan Bayaran

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

3 Cara Permohonan iLestari KWSP

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720, Petaling Jaya
dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

Untuk info lanjut, baca FAQ yang disediakan oleh KWSP.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Seperti yang dinyatakan, anda boleh membuat permohonan i-Lestari dengan lebih mudah melalui i-Akaun.

Dengan mendaftar i-Akaun juga, anda boleh memohon e-Pengeluaran dengan lebih cepat.

Jadi di sini kami kongsikan cara daftar i-AKaun KWSP secara ringkas:

  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.
  2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  3. Selepas anda setuju, anda perlu  pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda
  6. Kini anda boleh membuat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.

Berikut disertakan sekali soalan lazim asas (FAQ) berkaitan pengeluaran i-Lestari KWSP.

Soalan Lazim

Adakah ahli yang berumur 55 tahun ke atas layak memohon pengeluaran i-Lestari?

Tidak. Bayaran akan terhenti apabila ahli mencapai umur 55 tahun.

Bolehkah saya memohon jika sudah lama tidak bekerja?

Ya ahli boleh memohon jika memenuhi syarat dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

Bolehkah saya memohon jika suami / isteri telah diluluskan pengeluaran ini?

Ya anda layak memohon walaupun terdapat ahli keluarga telah memohon pengeluaran yang sama.

Bagaimana jika baki Akaun 2 kurang RM500?

Ahli masih layak memohon bergantung kepada baki simpanan anda. Had maksimum adalah RM500. Minimum RM50.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : [email protected] atau hubungi 03-8922 6000.

Atau layari portal rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut