Panduan Pendaftaran Ahli KWSP, Pengaktifan i-Akaun & Semakan Penyata KWSP Online
Sebagai pekerja, perasan tak setiap bulan ada sebahagian gaji kita akan dipotong sedikit untuk dicarum ke KWSP?
Selain bahagian gaji kita, terdapat juga bahagian yang dicarum oleh majikan untuk kita.
Bagi yang bekerja sendiri, kita juga digalakkan untuk mencarum dalam KWSP.
Sebenarnya kita mempunyai banyak kelebihan apabila kita menjadi ahli KWSP.
Berikut dikongsikan bagaimana mendaftar dan membuat semakan penyata KWSP online ini.
Jom baca selanjutnya.
Apakah KWSP?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu menyimpan wang bagi kegunaan pada hari tua.
Ini kerana simpanan KWSP memastikan kita mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja.
Oleh sebab itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.
Bukan sekadar menyimpan untuk hari tua, wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunapakai dalam kes-kes tertentu seperti:
- membeli rumah / hartanah
- mengurangkan pinjaman perumahan
- menyelesaikan pinjaman pendidikan
- menerima rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara
Anda boleh gunakan panduan ini untuk menyemak baki akaun 1 & 2 setelah membuat pengeluaran pada bila-bila masa.
5 Kelebihan Menjadi Ahli KWSP
Selain dapat membantu kita lebih berdisiplin untuk membuat simpanan persaraan, antara kelebihan menjadi ahli KWSP adalah seperti berikut:
- Pelaburan Terjamin : Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.
- Bantuan Hilang Upaya : Bantuan sebanyak RM5,000 dibayar kepada ahli yang layak dan telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya.
- Pendaftaran Haji : Ahli KWSP layak untuk membuat pendaftaran Haji KWSP dengan mengemukakan Penyata Ahli KWSP. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Lembaga Tabung Haji (LTH) sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi.
- Bantuan Kematian Kepada Waris : Bantuan sebanyak RM2,500 dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli (mengikut budi bicara KWSP), apabila Pengeluaran Kematian dibuat.
- Pelepasan Cukai : Caruman KWSP mendapat pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM4,000 tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans nyawa).
NOTA: KWSP bukan hanya untuk majikan dan pekerja tetap, pekerja freelance seperti rider FoodPanda atau yang berniaga sendiri juga boleh mendaftar secara sukarela di bawah skim i-Saraan KWSP.
Cara Pendaftaran Ahli KWSP
Terdapat beberapa cara mendaftar sebagai ahli KWSP :
1. PENDAFTARAN AUTOMATIK OLEH MAJIKAN
Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.
Pendaftaran ini di buat atas nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
2. PENDAFTARAN DI KAUNTER
Hanya dengan menggunakan MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.
Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar). Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.
3. I-AKAUN MAJIKAN
Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.
Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.
4. KIOSK
Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.
Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.
5. PENDAFTARAN SENDIRI
Jika anda bekerja sendiri dan ingin mencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.
Sila rujuk : i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan
Pendaftaran & Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)
Sekiranya anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun.
i-Akaun ini membantu anda menguruskan akaun KWSP anda secara online, seperti
- Kemaskini profil peribadi
- Semak kelayakan pengeluaran
- Semak baki simpanan
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Langkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:
- Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda
- Layari laman web www.kwsp.gov.my
- Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
- Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
- Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
- Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
- Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
Cara Daftar i-Akaun Online (View Mode)
Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke kaunter atau pejabat KWSP, anda boleh buat pendaftaran i-Akaun (view mode) secara online sahaja tanpa perlu ke kios / kaunter KWSP.
Caranya mudah, anda hanya perlu hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 (8am-5pm).
Bagaimanapun, kemudahan i-Akaun (view mode) adalah terhad kepada:
- Semakan Baki Akaun
- Semakan Caruman Semasa
- Semakan Profil
- Semakan Sejarah Pengeluaran
- Semakan Kelayakan Pengeluaran
- Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox
*Untuk akses penuh i-Akaun seperti kemudahan reset kata laluan, e-Pengeluaran, Penamaan, muat turun penyata, i-Invest dan Simpanan Shariah, ahli perlu hadir ke kios/kaunter di cawangan KWSP untuk pendaftaran nombor telefon TAC dan membuat pengesahan cap ibu jari.
Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios/kaunter.
Baca juga: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)
Pendaftaran i-Akaun melalui e-KYC
e-KYC adalah singkatan kepada “electroni-Know-Your-Customer” dan ianya adalah konsep pengesahan identiti yang sama yang digunakan oleh sektor perbankan dan sektor p-hailing.
Ianya adalah kaedah pengesahan identiti secara atas talian sebagai alternatif kepada pemohon/pengendali/pelesen sekiranya tidak dapat hadir untuk tujuan pengesahan biometrik secara fizikal di kaunter.
Anda boleh mendaftarkan akaun i-Akaun KWSP anda dengan mengikuti langkah-langkah dalam infografik berikut:
Semakan Penyata KWSP Online
KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.
Jadi, macam mana nak buat semakan penyata KWSP online?
Berikut dikongsikan langkah demi langkah:
- Log masuk di pautan https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Klik tab ‘Akaun Peribadi’.
- Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
- Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.
Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.
Anda juga boleh melihat penyata bagi tahun sebelumnya.
Ia juga boleh dicetak untuk kegunaan dokumen sokongan dalam membuat pinjaman perumahan dan sebagainya.
Jika anda bekerja sebagai penjawat awam dan ingin membuat pinjaman perumahan LPPSA, baca selanjutnya di SINI.
Semakan Kelayakan Pinjaman Bercagar @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2 KWSP)
Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2 MBSB) ini, sila ikuti langkah berikut:
- Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranys perlu* (Rujuk cara mendaftar i-Akaun KWSP : i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata)
- Semak kelayakan di i-Akaun
- Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)
Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.
Layari https://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini atau rujuk artikel berikut: FSA2 – Fasiliti Sokongan Akaun 2
Muat Turun Aplikasi i-Akaun KWSP
Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui
- Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
- Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000