SKPM : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia KPM

Mengikut surat edaran bertarikh 14 Ogos 2023 yang lalu, Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) SKPM Standard Kualiti Pendidikan Sekolah Malaysia bagi sesi 2023/2024 akan mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2024 hingga 14 Julai 2024.

Penilaian ini boleh dibuat melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) yang telah dibuka pada 31 Julai 2023.

Dengan arahan ini, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hendaklah melaksanakan PKS SKPM Kualiti@Sekolah dan Manual Pengguna Modul SKPM Kualiti Sekolah yang boleh dimuat turun melalui pautan yang terdapat pada papan pemuka (dashboard) MOEIS sekolah masing-masing.

Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan PKS SKPM Standard Kualiti Sekolah dilaksanakan dengan tepat dan berintegrasi.

Artikel berkaitan: SKPMG2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

Pengenalan

Akta Pendidikan 1996 subseksyen 117 (a) memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab bagi memastikan taraf (standard) pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Menyedari pentingnya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan berkesan, JNJK telah memperkenalkan satu standard kualiti pendidikan yang jelas dan komprehensif yang dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010.

SKPM 2010 mengandungi lima Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan iaitu :

STANDARD 1: Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P).

STANDARD 2: Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan.

STANDARD 3: Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

STANDARD 4: Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

STANDARD 5: Kemenjadian Murid. Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Tarikh Pelaksanaan SKPM 2023/2024

Pelaksanaan PKS SKPM Kualiti@Sekolah akan bermula pada 15 Ogos 2023 hingga 15 Julai 2024 dan berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang mesti diambil maklum oleh semua pihak yang terlibat:

SKPM

> Dapatkan buku ”Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan (Untuk Guru Sekolah Menengah Dan Rendah

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!