Hotel Mesra Kanak-kanak di Malaysia 2025 – Lengkap Dengan Kolam Renang & Playground!
Merancang percutian bersama anak-anak sejujurnya agak mencabar. Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah pemilihan hotel.
Di Malaysia, terdapat banyak hotel mesra kanak-kanak yang bukan sahaja selesa tetapi dengan harga yang berpatutan. Kebanyakannya siap ada kolam renang, taman permainan, dan aktiviti khas lagi untuk si kecil anda!
Jom tengok senarai hotel mesra kanak-kanak yang dikongsikan di bawah. Bolehlah anda masukkan dalam senarai pilihan anda untuk pengalaman percutian keluarga yang bermakna.
Sebarang tempahan boleh dilakukan melalui KLOOK untuk harga istimewa!
Klook.comBACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Hotel Mesra Kanak-kanak Di Malaysia
1. The Shore Hotel & Residence – Melaka
The Shore Melaka merupakan salah satu hotel popular yang terkenal dengan kemudahan mesra kanak-kanak. Hotel ini menawarkan kolam renang yang luas dan selamat, lengkap dengan gelongsor air yang pasti menghiburkan si kecil.
Bukan itu sahaja, lokasinya yang strategik memudahkan tetamu untuk mengunjungi tarikan terkenal seperti Menara Taming Sari dan Jonker Street.
Dengan suasana yang selesa dan perkhidmatan yang mesra, ia menjadi pilihan ideal bagi mereka yang bercuti bersama keluarga.
Laman web: https://theshorehotelmelaka.com/
2. Sunway Resort Hotel – Selangor
Sunway Resort Hotel merupakan pilihan ideal untuk keluarga yang mencari percutian penuh aksi. Hotel ini bukan sahaja menawarkan penginapan mewah, tetapi juga akses mudah ke pelbagai tarikan seperti Sunway Lagoon Theme Park dan Sunway Pyramid Shopping Mall.
Anda boleh membawa anak-anak bermain di taman tema air yang besar dan pelbagai permainan yang menarik di Sunway Lagoon.
Sekiranya anda ingin menghabiskan masa di hotel, jangan risau.
Hotel ini juga mempunyai kolam renang khas untuk kanak-kanak dan taman permainan yang luas. Bukan itu sahaja, ruang khas untuk anak-anak pun ada.
Ibu bapa juga boleh gunakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak untuk menjaga anak-anak mereka sekiranya perlu. Ini membolehkan ibu bapa menikmati masa berkualiti bersama tanpa mengabaikan anak-anak.
Laman web: https://www.sunwayhotels.com/sunway-resort
3. Shangrila Golden Sands Penang
Terletak di pantai Batu Feringgi yang terkenal di Pulau Pinang, Shangri-La’s Golden Sands Resort menawarkan percutian pantai yang sempurna untuk keluarga.
Resort ini terkenal dengan fasilitinya yang mesra kanak-kanak dan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga.
Salah satu tarikan untuk kanak-kanak di hotel ini, ialah Adventure Zone, sebuah taman permainan dalaman tiga tingkat yang dilengkapi dengan gelongsor dan pelbagai aktiviti menarik.
Selain itu, terdapat juga kolam renang khas kanak-kanak dengan air terjun mini dan gelongsor air. Taman tema air mini pun ada.
Memang recommend sangat bawa anak-anak menginap di sini!
Laman web: https://www.shangri-la.com/en/penang/goldensandsresort/
4. DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort – Perak
DoubleTree by Hilton Resort Damai Laut menawarkan pengalaman percutian yang tenang dan menyeronokkan untuk seluruh keluarga.
Resort ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang bertema, taman permainan kanak-kanak, dan aktiviti air yang pasti menghiburkan si kecil. Yang bestnya lagi, ia terletak di tepi pantai.
Di hotel ini juga terdapat kolam renang infinity yang menghadap laut serta taman permainan yang dilengkapi dengan pelbagai permainan menarik.
Resort ini juga menawarkan aktiviti seperti berbasikal, bermain tenis, dan sukan air yang sesuai untuk seisi keluarga.
Laman web: https://www.hilton.com/en/hotels/iphdldi-doubletree-damai-laut-resort/
5. DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside – Putrajaya
Sekiranya anda ingin menginap di sekitar Putrajaya, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside juga salah satu pilihan hotel mesra kanak-kanak di Malaysia yang boleh dipertimbangkan.
Lokasinya yang strategik memudahkan pengunjung untuk melawat tarikan utama Putrajaya seperti Masjid Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan sebagainya.
Di hotel ini terdapat taman tema air mini, Splash Pool yang dilengkapi dengan pelbagai permainan air. Selain itu, hotel ini juga mempunyai taman permainan dalaman (indoor playground) yang luas. Ada macam-macam lagi kemudahan yang mesra keluarga dan mesra kanak-kanak, of course.
Bawa anak-anak menginap di sini memang puas hati sangat. Semuanya ada!
Laman web: https://www.hilton.com/en/hotels/kulprdi-doubletree-putrajaya-lakeside/
6. Hard Rock Hotel Penang
Hard Rock Hotel Penang menawarkan pengalaman percutian yang unik dengan tema rock ‘n’ roll. Hotel ini bukan sahaja menarik untuk peminat muzik, tetapi juga sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga.
Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang direka khas untuk memenuhi keperluan seisi keluarga termasuklah kanak-kanak.
Antara tarikan utamanya adalah Roxity Kids Club untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun, yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Kelab ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti seni dan kraf, permainan interaktif, dan aktiviti berkonsepkan muzik dan tarian.
Untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun, hotel ini menyediakan Lil’ Rockers Infants Club. Kawasan permainan dalaman ini dilengkapi dengan bermacam jenis mainan yang edukatif dan menyeronokkan.
Bagi remaja pula, mereka boleh menghabiskan masa di TABU Teens Club yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan.
Selain itu, Hard Rock Hotel Penang juga mempunyai kolam renang yang besar dan menarik dengan gelongsor air dan kawasan air cetek yang sesuai untuk kanak-kanak.
Hotel ini juga menawarkan suite khas untuk keluarga seperti Roxity Kids Suite yang dilengkapi dengan kemudahan mesra kanak-kanak.
Laman web: https://hotel.hardrock.com/penang/
7. Lexis Suites Penang
Lexis Suites Penang juga salah satu hotel yang mesra kanak-kanak dan sesuai untuk percutian keluarga. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang direka khas untuk memastikan keseronokan anak-anak anda sepanjang penginapan mereka.
Antara tarikan utama di Lexis Suites Penang ialah Kidz World, iaitu sebuah ruang permainan dalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Di sini, mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti dan bermain dengan rakan-rakan dalam persekitaran yang kondusif.
Selain itu, hotel ini juga mempunyai Games Room yang dilengkapi dengan permainan seperti foosball, billiard, mesin arked, dan konsol Xbox.
Setiap suite di Lexis Suites Penang dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Ini salah satu best poin menginap di sini.
Dengan lokasi strategik berhampiran pantai, anda juga boleh menikmati aktiviti pantai dan pemandangan laut yang memukau bersama-sama. .
Laman web: https://www.lexissuitespenang.com/
8. Four Points By Sheraton KLCC
Seterusnya, hotel mesra kanak-kanak di Malaysia yang anda boleh pertimbangkan ialah Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre.
Hotel ini sangat mesra kanak-kanak dan menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti yang sesuai untuk keluarga.
Ia dilengkapi dengan kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Di hotel ini juga terdapat juga kelab kanak-kanak percuma yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk si kecil. Ada beberapa juga zon kawasan disediakan khusus untuk kanak-kanak bermain dengan selamat.
Untuk memudahkan keluarga yang membawa anak-anak, hotel ini turut menyediakan alatan makan kanak-kanak dan hidangan khas untuk kanak-kanak.
Lokasi strategik hotel ini juga memudahkan akses ke pelbagai tarikan pelancongan di sekitar Kuala Lumpur.
Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulfk-four-points-kuala-lumpur-city-centre/overview/
9. Monkey Canopy – Sungai Long Hill, Cheras
Monkeys Canopy Resort adalah antara pilihan penginapan mesra keluarga di Malaysia yang anda wajib cuba. Resort ini ada pelbagai tarikan menarik seperti taman air, taman tema, dan aktiviti khas untuk kanak-kanak.
Suasananya mesra dan selamat, jadi ibu bapa boleh rasa tenang biarkan anak-anak bermain dan berseronok.
Selain untuk si kecil, ada juga permainan dan aktiviti untuk semua peringkat umur. Jadi, kalau anda anak remaja, mereka pun boleh enjoy sekali.
Kalau ada sambutan hari jadi atau nak buat acara keluarga, resort ini juga ada sediakan pakej khas dengan tawaran menarik.
Lokasinya yang terletak di Sungai Long, Cheras membuatkannya mudah diakses dan sesuai dijadikan destinasi percutian hujung minggu.
Laman web: https://monkeyscanopy.com/
10. Ethan Zen Home – Kuala Lumpur
Ethan Zen Home ni bukan hotel tetapi sebuah airbnb yang mesra kanak-kanak di Kuala Lumpur. Dengan hiasan bertemakan haiwan (Safari, Circus, Wild Wonderland, Aqua Wondersea) serta pelbagai kelengkapan yang mesra kanak-kanak, ia memang sangat sesuai dijadikan pilihan penginapan bersama keluarga.
Selain itu, lokasinya yang strategik memudahkan akses ke pelbagai tarikan utama di Kuala Lumpur, menjadikannya pilihan penginapan ideal untuk bercuti di Kuala Lumpur.
Laman web: https://www.instagram.com/ethan_zenhome/
11. KSL Esplanade Hotel – Klang
KSL Esplanade Hotel ini terletak di Klang dan menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti untuk keluarga.
Hotel ini dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak yang menarik, di mana si kecil boleh bermain dan berseronok. Hotel ini juga menyediakan kelab kanak-kanak dan bilik permainan.
Selain itu, terdapat juga kolam renang khas untuk kanak-kanak dan taman permainan air yang pasti akan menghiburkan mereka.
Lokasi hotel ini juga strategik dan berdekatan dengan pusat membeli-belah KSL Esplanade Mall. Ini memudahkan anda sekeluarga untuk menjamu selera dan membeli-belah tanpa perlu berjalan jauh.
Dengan pelbagai kemudahan mesra kanak-kanak ini, KSL Esplanade Hotel merupakan pilihan yang sesuai untuk percutian keluarga yang menyeronokkan di Klang.
Laman Web: https://www.kslesplanadehotel.com/
12. Bayview Hotel Georgetown Penang
Sekiranya anda bercuti di Penang dan mencari hotel mesra kanak-kanak, Bayview Beach Resort adalah salah satu hotel mesra kanak-kanak yang mesti masuk dalam senarai pilihan anda.
Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk percutian keluarga, termasuk kolam renang yang besar, mini water play area, dan kawasan bermain dalam bilik (Kids Play Room).
Terdapat juga pelbagai aktiviti rekreasi yang sesuai untuk keluarga seperti berbasikal, menyelam dan memancing.
Kanak-kanak yang lebih besar mungkin akan menikmati kemudahan seperti gelanggang tenis yang disediakan di resort.
Resort ini juga berada berdekatan dengan pantai, jadi selepas puas bermain di kolam renang, keluarga boleh terus ke pantai untuk berkelah atau bermain pasir.
Laman web:https://bhgp.bayviewhotels.com/
13. Holiday Villa Cherating – Pahang
Di Pahang pula, salah satu pilihan penginapan mesra kanak-kanak yang anda boleh cuba ialah Holiday Villa Cherating.
Suasana sekelilingnya yang santai menjadikannya pilihan tepat untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Resort ini dilengkapi dengan dua kolam renang, termasuk kolam renang khas untuk kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga kelab kanak-kanak yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.
Menariknya lagi, resort ini membenarkan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 11 tahun menginap secara percuma.
Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai semasa menginap di sini. Contohnya seperti bola tampar, polo air, bola sepak pantai dan sebagainya. Ini membolehkan seluruh ahli keluarga dapat berseronok bersama-sama.
Dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan, resort ini merupakan destinasi yang sesuai untuk percutian keluarga yang menyeronokkan dan selesa.
Laman web:https://www.holidayvillahotels.com/holiday-villa-beach-resort-spa-cherating/
14. Resorts World Kijal – Terengganu
Resorts World Kijal juga antara pilihan penginapan mesra keluarga di Malaysia. Resort ini terletak di kawasan pantai, Terengganu dan menyediakan persekitaran yang ideal untuk percutian keluarga dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang mesra kanak-kanak.
Terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti disediakan, yang bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi seisi keluarga.
Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang yang mesra kanak-kanak, Kolam tersebut turut dilengkapi dengan gelongsor air dan kawasan permainan air.
Selain itu, terdapat juga taman permainan kanak-kanak, kelab kanak-kanak, dan bilik permainan. Konfem anak-anak anda sentiasa terhibur sepanjang penginapan di sini!
Bukan itu sahaja, di sini juga anda sekeluarga berpeluang untuk melakukan aktiviti luar seperti pelepasan anak penyu, ATV, berbasikal, tenis, dan sukan air. Kemudahan karaoke dan catur outdoor bersaiz gergasi pun ada!
Haa, Resorts World Kijal juga menawarkan pengalaman glamping. Ini boleh menjadi aktiviti menyeronokkan untuk keluarga yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza. Seronoknya!
Dengan pantai peribadi sepanjang 7.6km, anda sekeluarga boleh menikmati pelbagai aktiviti pantai dalam persekitaran yang selamat dan selesa.
Laman web: https://www.rwkijal.com/
15. Grand Orient Hotel Perai, Penang
Grand Orient Hotel Perai, Penang memang mesra kanak-kanak dan menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti yang sesuai untuk keluarga.
Hotel ini dilengkapi dengan taman tema air (Laguna Water Park) yang menarik untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai permainan disediakan di mana anan anda boleh bermain sepanjang hari sehingga puas.
Selain tarikan air, Grand Orient Hotel terletak di lokasi yang strategik berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, memudahkan akses bagi pengunjung dari luar kawasan.
Jadi, jika anda mencari pengalaman penginapan yang selesa dengan pilihan bilik yang menarik serta fasiliti lengkap untuk keluarga, hotel ini adalah pilihan tepat.
Laman web: https://grandorienthotel.com/
16. Furama Hotel – Bukit Bintang, KL
Furama Hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur adalah pilihan yang sangat mesra keluarga terutamanya untuk penginapan bersama anak-anak.
Hotel ini menyediakan bilik bertema keluarga yang direka khas untuk memberi pengalaman penginapan yang menyeronokkan kepada kanak-kanak dan ibu bapa.
Bilik-bilik ini dilengkapi dengan dekorasi yang imaginatif dan perabot yang direka khas untuk menghiburkan kanak-kanak.
Selain bilik bertema, Furama Hotel Bukit Bintang juga mempunyai kolam renang luaran yang sesuai untuk aktiviti keluarga. Kanak-kanak boleh bermain air sambil ibu bapa berehat di tepi kolam.
Hotel ini juga menyediakan sarapan dengan harga khas untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun.
Dengan lokasinya yang strategik di kawasan Bukit Bintang, hotel ini memudahkan keluarga untuk meneroka tarikan dan kemudahan berdekatan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Laman web: https://www.furama.com/bukitbintang
17. Bali Residence By Heystay Melaka
Apabila bercuti di Melaka, anda boleh pertimbangkan untuk menginap di Bali Residence By Heystay Melaka.
Bali Residences Melaka memang mesra kanak-kanak dan menawarkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk keluarga dengan anak-anak.
Iai menyediakan bilik permainan kanak-kanak yang memberikan ruang selamat dan menyeronokkan untuk si kecil bermain. Selain itu, terdapat juga kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak.
Beberapa unit di Bali Residences Melaka turut dilengkapi dengan kemudahan tambahan untuk kanak-kanak, seperti khemah kanak-kanak dalam bilik. Ini menjadikan penginapan lebih menarik dan menghiburkan untuk anak-anak.
Bagi keluarga dengan bayi atau anak kecil, Bali Residences Melaka menyediakan kemudahan yang membolehkan ibu bapa memasak makanan bayi dan menyediakan keperluan anak-anak dengan mudah. Ini menjadikan penginapan di sini lebih selesa dan praktikal untuk seisi keluarga.
Laman web: https://bali-residence-melaka.malaccahotel.org/en/
18. Mangala Estate Boutique Resort
Mangala Estate Boutique Resort yang terletak di Gambang, Pahang ini memang sesuai untuk percutian keluarga.
Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti mesra keluarga, termasuk “MY Explorer Kids’ Club” yang direka khas untuk membangkitkan rasa ingin tahu dan semangat pengembaraan kanak-kanak.
Anak-anak anda boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang untuk mereka berseronok dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Bukan itu sahaja, resort ini juga menyediakan pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur, seperti berkanu, berbasikal, dan bermain memanah.
Untuk ibu bapa pula, mereka juga boleh berehat sambil menikmati rawatan spa atau berenang di kolam renang yang disediakan.
Dengan persekitaran yang tenang dan dikelilingi alam semula jadi, Mangala Estate adalah tempat yang ideal untuk keluarga yang mencari pengalaman percutian yang santai.
Laman web: https://www.frankyhotels.com/Kuantan/Mangala/index.aspx
19. Espira Kinrara – Selangor
Espira Kinrara merupakan hotel mesra kanak-kanak di Selangor yang menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti yang sesuai untuk keluarga.
Hotel ini dilengkapi dengan kolam renang kanak-kanak, taman permainan, dan kelab kanak-kanak serta kemudahan mesra kanak-kanak seperti kolam renang terbuka dan kawasan permainan yang luas.
Selain itu, Espira Kinrara mempunyai polisi mesra kanak-kanak di mana kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun boleh menginap secara percuma!
Ini memudahkan keluarga untuk merancang percutian tanpa perlu risau tentang kos tambahan.
Lokasi resort ini juga berdekatan dengan beberapa tarikan menarik di sekitar Klang Valley, seperti Sunway Lagoon yang sangat popular untuk aktiviti keluarga.
Jadi, jika anda mencari tempat untuk meluangkan masa bersama anak-anak, Espira Kinrara adalah pilihan penginapan yang ideal.
Laman web: https://espira.attanahotels.com/espira-kinrara/
20. The Granite Luxury Hotel Penang
The Granite Luxury Hotel Penang menawarkan pilihan bilik keluarga yang selesa dan luas. Ini membolehkan anda sekeluarga menginap dengan selesa.
Hotel mesra keluarga ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk kanak-kanak. Terdapat bilik bertema safari khas untuk keluarga yang dilengkapi dengan permainan dan mainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Selain itu, kolam renang kanak-kanak dan tandas khusus untuk kanak-kanak pun ada disediakan tau.
Bukan itu sahaja, di hotel ini juga ada kolam renang infinity dengan dasar akrilik yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘Highest Cantilevered Acrylic Bottom Swimming Pool’ pada ketinggian 49.5 meter!
Laman web: https://www.thegranitehotel.com/
21. Resorts World Awana – Genting Highlands
Resort ini terletak di tengah-tengah alam semulajadi Genting Highlands yang sejuk, menjadikannya pilihan penginapan di Genting Highlands yang sesuai untuk keluarga yang mencari ketenangan.
Resort ini menyediakan beberapa kemudahan dan aktiviti mesra keluarga untuk menjadikan penginapan anda penuh keseronokan dan keselesaan.
Antara tarikan utama untuk kanak-kanak di sini ialah kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan kelab kanak-kanak yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif. Kanak-kanak juga boleh menikmati aktiviti luar seperti berbasikal dan bermain tenis bersama keluarga.
Resorts World Awana turut menawarkan pakej “Percutian Bertemakan Alam Semula Jadi” yang sesuai untuk keluarga.
Pakej ini termasuk aktiviti seperti trekking di hutan hujan berumur 130 juta tahun dan aktiviti memerhati burung.
Pada hujung minggu, resort ini mengadakan program khas untuk kanak-kanak seperti Awana Nature Trail Escapade, di mana mereka boleh belajar tentang alam semula jadi dan berkebun.
Resort ini juga terletak berdekatan dengan tarikan lain di Genting Highlands seperti taman tema Genting SkyWorlds dan Skytropolis Indoor Theme Park.
Laman web: https://www.rwgenting.com/en/hotels/resorts-world-awana.html
BACA JUGA: