Homestay Murah di Cameron Highlands (RM300 ke bawah)
Bagi mereka yang sedang merancang percutian ke Cameron Highlands dan bercadang untuk bermalam, anda boleh pertimbangkan untuk menginap di homestay berbanding di hotel.
Lebih-lebih lagi apabila anda datang bercuti beramai-ramai, bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Ada banyak pilihan homestay yang mesra bajet dan selesa di Cameron Highlands.
Dari segi kemudahan, kebanyakan homestay di Cameron Highland menyediakan kemudahan yang lengkap, sama seperti hotel. Sesetengahnya siap ada dapur dan mesin basuh lagi!
Untuk memudahkan pencarian anda mencari homestay di Cameron Highlands, berikut kami kongsikan senarai homestay murah di Cameron Highlands yang boleh dijadikan salah satu pilihan anda.
BACA JUGA: 10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Senarai Homestay Murah di Cameron Highlands
1. Muslim Homestay at The Quintet Cameron Highlands
Harga: RM250+/malam
Muslim Homestay at The Quintet Cameron Highlands menawarkan penginapan seperti rumah sendiri di kawasan Tanah Rata.
Homestay mesra Muslim ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dapur, ruang tamu, WiFi percuma dan bilik tidur serta selimut tebal yang sesuai untuk cuaca sejuk Cameron. Selain itu, sejadah dan arah kiblat turut disediakan.
Lokasinya yang strategik memudahkan akses ke pelbagai tarikan utama seperti Pasar Malam Brinchang, Ladang Teh Bharat, dan Taman Agro Teknologi MARDI.
Homestay ini juga berada dalam kawasan perumahan berpagar dengan kawalan keselamatan 24 jam serta parkir berbumbung untuk kenderaan. Sangat selesa dan selamat!
2. Dreamscape Apartment
Harga: RM100+/malam
Dreamscape Apartment adalah antara homestay murah di Cameron Highland yang menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan bermula dari RM98 semalam.
Homestay ini sesuai untuk keluarga, pasangan, atau kumpulan kecil.
Terletak di Jalan Besar, Brinchang, apartment ini berada di lokasi berhampiran dengan pelbagai tarikan pelancong seperti pasar malam dan restoran-restoran popular di Cameron Highland.
Apartment ini menyediakan bilik-bilik yang selesa dan luas dengan hiasan dalaman yang ringkas. Kemudahan asas seperti WiFi percuma, tempat letak kereta, dan dapur kecil turut disediakan.
3. Rata House
Harga: 230+/malam
Rata House di Cameron Highlands menawarkan pengalaman penginapan yang unik dan selesa di kawasan Tanah Rata. Homestay ini sesuai untuk keluarga dan kumpulan kecil yang ingin merasai suasana kampung yang tenang.
Homestay ini menyediakan 2 bilik tidur yang mampu menempatkan sehingga 6 tetamu. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti WiFi percuma, microwave, peti sejuk, televisyen dan sebagainya.
Kawasan playground untuk kanak-kanak pun ada disediakan. Tetamu juga boleh menggunakan tempat letak kereta yang disediakan dengan percuma.
Lokasinya yang strategik juga sangat memudahkan akses ke pelbagai tarikan terdekat seperti Ladang Golf dan pusat Cameron Highlands.
Terdapat juga kedai makan halal di sekitar kawasan homestay ini yang membolehkan anda menikmati pelbagai pilihan makanan tempatan.
4. Mossy Homestay @ Palas Horizon
Harga: RM200/malam
Mossy Homestay @ Palas Horizon terletak di Palas Horizon Residence, Kea Farm, Cameron Highlands juga salah satu homestay murah di Cameron Highland yang anda boleh tempah.
Ia menawarkan pilihan apartment 3 bilik atau 4 bilik yang dihias dengan gaya minimalis yang moden dan stylish.
Setiap unit dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, tempat letak kereta dan dapur yang serba lengkap termasuklah alat mandi seperti sabun, syampu, berus gigi dan ubat gigi.
Apartment 3 bilik boleh memuatkan sekurang-kurangnya 6 orang, manakala apartment 4 bilik mampu menampung sehingga 7-8 orang.
Ini menjadikannya pilihan yang ideal untuk keluarga besar atau kumpulan yang ingin berkongsi kos penginapan bersama-sama.
Yang bestnya lagi, homestay ini terletak berhampiran dengan Mossy Forest, Ladang Teh Palas, Cameron Highland Butterfly Farm, Ee Feng Gu Bee Farm, serta kemudahan lain seperti kedai makan dan juga pasar malam.
5. Medina’s Homestay @ Cameron Highlands
Harga: RM200+/malam
Medina’s Homestay @ Cameron Highlands menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan untuk sesiapa yang ingin menginap di Cameron Highlands.
Homestay ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang boleh menempatkan sehingga enam tetamu. Antara kemudahan yang disediakan termasuk ruang tamu, televisyen, seterika, WiFi, tempat letak kenderaan percuma dan sebagainya.
Lokasinya yang terletak di Perumahan Makmur Cameron Jaya, Tanah Rata, memudahkan pengunjung untuk mengunjungi pelbagai tempat menarik di sekitar kawasan tersebut.
6. Chombies Muslim Homestay
Harga: RM200+/malam
Chombies Muslim Homestay terletak di kawasan strategik Tanah Rata. Lokasinya yang strategik ini memudahkan anda untuk mengakses pelbagai tarikan pelancongan seperti pasar malam, ladang teh dan pusat membeli-belah.
Homestay dilengkapi dengan bilik-bilik yang bersih dan selesa serta kemudahan seperti televisyen, balkoni peribadi dan akses internet WiFi percuma. Bagi yang memandu kereta, terdapat tempat letak kereta percuma turut disediakan.
Dengan harga yang berpatutan, homestay ini menawarkan pengalaman penginapan yang selesa dan mesra Muslim.
7. AYAAN Comfy Homestay
Harga: RM98+/malam
Seterusnya, homestay murah di Cameron Highland yang anda boleh pertimbangkan ialahh AYAAN Comfy Homestay Cameron Highlands.
Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang boleh menempatkan sehingga 6-7 orang. Jadi, bagi mereka yang bercuti bersama kumpulan kecil atau keluarga, memang sesuai sangat menginap di sini.
Seperti homestay yang lain, AYAAN Comfy Homestay ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dapur, bilik mandi, WiFi, televisyen dan sebagainya. Penapis air Coway pun ada.
Antara kelebihan utama homestay ini ialah lokasinya yang strategik dan mudah diakses, sarapan percuma dan mainan untuk kanak-kanak.
8. Highlanders Garden Guesthouse at Arundina Cameron
Harga: RM170+/malam
Highlanders Garden Guesthouse juga salah satu pilihan homestay murah di Cameron Highland. Ia menawarkan penginapan yang selesa dan mesra bajet.
Di homestay ini anda boleh menikmati kemudahan seperti WiFi percuma, dapur berkongsi, balkoni dan ruang hiburan yang menempatkan koleksi buku dan permainan papan yang menarik. Tambahan pula, sarapan continental percuma juga disediakan.
Lokasi guesthouse ini memang strategik, berdekatan dengan tarikan utama seperti Pasar Malam Brinchang, Ladang Teh Boh, dan Taman Agro Teknologi MARDI.
Selain itu, ia juga dikelilingi restoran halal dan kedai serbaneka, memudahkan tetamu untuk mendapatkan keperluan harian atau menikmati hidangan tempatan.
9. Cameronian Inn
Harga: RM170+/malam
Cameronian Inn juga merupakan antara pilihan homestay murah di Cameron Highlands yang menawarkan harga sangat berpatutan. Lokasinya yang strategik memudahkan akses ke pelbagai tarikan utama di Cameron Highlands.
Dari segi kemudahan, Cameronian Inn menyediakan bilik-bilik yang bersih dan selesa dengan katil yang selesa. Ohya, homestay ni kongsi bilik air tau dengan tetamu lain.
Yang bestnya homestay ni, ada ruang terbuka/taman untuk anda bersantai, lepak-lepak dan bersembang sambil menikmati alam.
Suasananya yang mesra keluarga dan staf yang peramah menjadikannya pilihan penginapan yang ideal untuk backpacker atau pelancong yang lebih mengutamakan pengalaman daripada kemewahan penginapan.
10. Kea Garden Mini Chalet
Harga: RM60+/malam
Kea Garden Mini Chalet menawarkan pengalaman menginap yang unik dengan harga bermula dari RM62 semalam.
Chalet ini menawarkan bilik-bilik comel dengan reka bentuk unik yang sesuai untuk solo traveller atau pasangan.
Dari chalet ni anda boleh berjalan kaki kurang 5 minit ke Sheep Sanctuary, Pasar Kea Farm, Ladang Lebah, dan Ladang Strawberi Raju Hill.
11. The Rustique Guest House
Harga: RM180+/malam
The Rustique Guest House menawarkan pengalaman penginapan yang santai. Terletak di kawasan Tanah Rata, guest house ini dihias cantik dengan elemen kayu dan reka bentuk rustik yang unik. Rasa macam tengah duduk rumah kampung pun ye!
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti katil empuk, bilik mandi peribadi, dan WiFi percuma untuk memastikan keselesaan tetamu. Guest house ini turut menyediakan ruang santai yang sesuai untuk berehat selepas seharian penat berjalan.
12. PapaPipi Homestay Cameron
Harga: RM180+/malam
PapaPipi Homestay Cameron adalah antara pilihan homestay murah di Cameron Highland yang popular. Ia menawarkan suasana selesa seperti di rumah sendiri.
Homestay ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang luas, ruang tamu moden, dan dapur yang membolehkan tetamu memasak hidangan sendiri. Kemudahan tambahan seperti WiFi percuma, TV, dan parkir percuma turut disediakan.
Dengan kemudahan lengkap dan lokasi yang baik, homestay ini sangat sesuai untuk keluarga atau kumpulan kecil yang ingin menikmati keindahan Cameron Highlands.
13. Afini Homestay Cameron Highlands
Harga: RM150+/malam
Afini Homestay Cameron Highlands menawarkan bilik tidur yang luas, ruang tamu yang selesa, dapur lengkap untuk memasak dan kemudahan seperti WiFi percuma serta televisyen.
Homestay ini boleh menempatkan sehingga 8 orang, dengan tiga bilik tidur yang menyediakan ruang yang mencukupi untuk keluarga atau kawan-kawan yang ingin menikmati percutian bersama.
Terletak di kawasan strategik Tanah Rata, homestay ini memudahkan pengunjung untuk mengakses pelbagai tarikan utama yang ada di Cameron Highlands.
14. Adik Aisyah Homestay
Harga: RM150+/malam
Adik Aisyah Homestay juga antara pilihan homestay murah di Cameron Highlands yang popular dan mesra Muslim.
Homestay ini terletak di kawasan Tanah Rata dan menawarkan penginapan selesa yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dapur kecil yang lengkap, dan kemudahan seperti WiFi percuma.
Lokasi strategik homestay ini membolehkan anda meneroka kawasan Cameron Highlands dengan mudah.
Tempahan boleh dilakukan melalui KLOOK:
Klook.com15. Blue Cabins By Pfordten Cottage
Harga: RM250+/malam
Blue Cabins By Pfordten Cottage terletak di No 8, Kampung Taman Sedia. Homestay ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah tempat letak kereta percuma, WiFi, dan sebagainya.
Terdapat beberapa pilihan unit yang anda boleh pilih dengan harga berbeza. Contohnya, Silver Cabins pada harga RM250 semalam dan Diamond Cabin pada RM350 semalam.
Dengan slogan yang menarik, “We aim do that magic where it feels good to leave and it feels even better to come back”, ia menggambarkan hasrat pemilik homestay ini yang mahukan keselesaan maksimum untuk setiap tetamunya.
BACA JUGA: