Hardest Singing Show Malaysia – Final (Senarai Lagu & Tugasan)

Hardest Singing Show Malaysia – Senarai Lagu & Tugasan Final

Rancangan hiburan kegemaran rakyat Malaysia, The Hardest Singing Show Malaysia nampaknya sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Siapakah yang bakal menjadi juara The Hardest Singing Show Malaysia Musim 1? Jom kami kongsikan senarai penuh peserta yang layak ke pentas final dan hadiah kemenangan yang akan mereka menangi.

Baca juga:

The Hardest Singing Show Malaysia 2024

Hardest Singing Show Malaysia - Final

The Hardest Singing Show Malaysia 2024 adalah sebuah rancangan terbaru yang mencabar vokal dan kreativiti penyanyi hebat tempatan.

Program ini mengetengahkan “showmanship” sebagai kriteria utama dalam penjurian, diikuti dengan vokal mantap daripada barisan penyanyi hebat tempatan.

Konsep “Kreativiti Luar Limitasi” akan menguji kestabilan fizikal, mental, dan kreativiti peserta dalam persembahan.

Selain vokal, peserta juga dikehendaki memberikan satu “Wow Moment” ketika membuat persembahan. Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan mereka sehingga ke minggu akhir.

Senarai Peserta Layak ke Hardest Singing Show Malaysia – Final

PesertaTemaLagu
Aisyah RetnoDunia BelaguHatinya Tak Tahan – Noraniza Idris
Ayda JebatDunia BelaguMalam Ini Kita Punya – Bunkface
Aepul RozaEmosi InstrumentasiIt’s My Life – Bon Jovi
StacyMega DansaErti Hidup – Dayang Nurfaizah
Putera MuhammadRotasingJeritan Akhir – Tan Sri P.Ramlee
Zizi KiranaRevolusihatAtouna El Toufoule – Remi Bandali

Carta Kedudukan Minggu 1 – Separuh Akhir

PesertaMinggu 1Minggu 2Minggu 3Minggu 4Minggu 5Minggu 6Minggu 7Minggu 8Minggu 9Akhir
Aisyah RetnoTempat ke-3Tempat ke-3JuaraTempat ke-3Tempat ke-5JuaraTempat ke-3Tempat ke-6Juara
Ayda JebatJuaraTempat ke-2Tempat ke-4JuaraTempat ke-6Tempat ke-4Tempat ke-2Tempat ke-2Tempat ke-2
Aepul RozaTempat ke-2JuaraTempat ke-2Tempat ke-5JuaraTempat ke-2Tempat ke-5Tempat ke-3Tempat ke-6
StacyTempat ke-7Tempat ke-7Tempat ke-5Tempat ke-6Tempat ke-2Tempat ke-5JuaraTempat ke-4Tempat ke-4
Putera MuhammadTempat ke-8Tempat ke-8Tempat ke-6Tempat ke-2Tempat ke-3Tempat ke-3Tempat ke-6JuaraTempat ke-5
Zizi KiranaTempat ke-4Tempat ke-4Tempat ke-8Tempat ke-4Tempat ke-7Tempat ke-6Tempat ke-4Tempat ke-2Tempat ke-2
Kredit: Gempak.com
Hardest Singing Show Malaysia - Final

Senarai Lagu & Tugasan Akhir

Bertemakan TARUHAN AKHIR, apa agaknya akan ditaruh?

Lihat senarai lagu dan tugasan yang diberikan kepada peserta :

Dalam peringkat akhir ini, peserta akan diberi 2 tugasan iaitu persembahan solo dan duet.

SONG LIST MINGGU 10 – TARUHAN AKHIR

  • Aisha Retno – Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
  • Ayda Jebat – Dunia Ini Kita Punya (Bunkface)
  • Aepul Roza – It’s My Life (Bon Jovi)
  • Stacy – Erti Hiduo (Dayang Nurfaizah)
  • Putera Muhammad – Jerita Batinku (Tan Sri P.Ramlee)
  • Zizi Kirana – Atouna El Toufule (Remi Bandali)
@sookamalaysia

Pejam celik pejam celik dah final geng! 🤯🥵 Bertemakan TARUHAN AKHIR, apa agaknya dorang akan taruh? & siapa yg akan jadi juara?! 🤔 Jom saksikan MINGGU AKHIR TheHardestSingingShow di sooka via Pelan Ent hanya RM13.90/bln! sookaMalaysia sookaGotStars

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia

Bagi tugasan duet pula, pasangan yang akan membuat persembahan adalah:

  • Aisha Retno & Ayda Jebat
  • Aepul Roza & Putera Muhammad
  • Stacy & Zizi Kirana

Penjurian

Setiap persembahan peserta akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional iaitu Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Tetapi penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka setiap minggu menerusi www.gempak.com/thehardestsingingshow.

Keputusan Final & Hadiah Kemenangan

Juara The Hardest Singing Show Malaysia akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM150,000 dan trofi sumbangan Astro!

*Keputusan Final The Hardest Singing Show Malaysia akan kami kemaskini nanti setelah konsert final berlangsung pada 14 Julai 2024.

Pautan LIVE Streaming The Hardest Singing Show Malaysia

Anda boleh saksikan rancangan The Hardest Singing Show Malaysia pada SETIAP HARI AHAD, JAM 9 MALAM DI ASTRO RIA atau menerusi On Demand di ASTRO BOX, aplikasi ASTRO GO dan SOOKA.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!

Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my

Untuk anda yang ingin melihat persediaan belakang tadbir, perbincangan dan latihan di pentas utama boleh anda saksikan dalam BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng setiap minggu selama 30 minit.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin.

Anda juga boleh dapatkan keputusan setiap minggu dan sebarang update terkini di:

Jangan lupa saksikan Hardest Singing Show Malaysia – Final secara langsung pada 14 JULAI 2024 (AHAD), JAM 9.00 MALAM di ASTRO RIA (SALURAN 104).

Bantu kami share artikel ini: