Separuh Akhir Piala FA 2024 [LIVE] Jadual Perlawanan

Separuh Akhir Piala FA 2024 [LIVE] Jadual Perlawanan

Separuh Akhir Piala FA 2024 bakal berlangsung tidak lama lagi dengan menampilkan empat pasukan kegemaran ramai iaitu Johor Darul Ta’zim, Selangor, Kedah, dan Terengganu.

Artikel kali ini, kami akan berkongsi secara lanjut mengenai perlawanan dan jadual Separuh Akhir Piala FA 2024.

Baca juga:

Piala FA 2024/2025

Piala FA 2024/2025 ialah antara satu daripada 11 piala menjadi rebutan dalam Liga Malaysia (M-League).

Piala ini mula dipertandingkan pada 1990, yang mana ianya diuruskan oleh Persatuan  Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum dipindahkan ke  Bola Sepak Malaysia LLP (MFL) (kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Malaysia) pada musim 2016.

Kesemua 16 Pasukan akan beraksi di pentas Piala FA bagi musim 2024-2025.

Untuk format perlawanan, MFL telah mengumumkan hanya pusingan 16 Piala FA kekal dimainkan secara pusingan satu perlawanan. Manakala pusingan suku akhir dan separuh akhir Piala FA akan ditukar format dengan dimainkan secara timbal balik (home & away).

Senarai Pasukan Layak ke Separuh Akhir Piala FA 2024

Separuh Akhir Piala FA 2024

Senarai 4 pasukan yang telah mara ke peringkat separuh akhir:

  1. Johor Darul Ta’zim
  2. Kedah
  3. Selangor
  4. Terengganu

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2024

Malaysian Football League telah mengumumkan jadual perlawanan peringkat separuh akhir pertama dan kedua Piala FA 2024-25 yang telah dikemaskini selepas pengesahan keputusan perlawanan suku akhir serta mengambil kira Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2024.

Sumber: Malaysia Football League (MFL)

Separuh Akhir I

Kedah vs Johor Darul Ta’zim

Separuh Akhir Piala FA 2024
  • Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat)
  • Masa: 8.15 malam
  • Lokasi: Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor vs Terengganu

  • Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat)
  • Masa: 9.00 malam
  • Lokasi: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Separuh Akhir II 

Terengganu vs Selangor

  • Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)
  • Masa: 9.00 malam
  • Lokasi: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Johor Darul Ta’zim vs Kedah

  • Tarikh: 4 Ogos 2024 (Ahad)
  • Masa: 8.15 malam
  • Lokasi: Stadium Sultan Ibrahim Lakin, Nusajaya

Pautan Live Update Terkini

Anda boleh saksikan siaran langsung (LIVE) dan info terkini perlawanan bola sepak dalam negara melalui:

Untuk peminat sukan bola sepak Malaysia yang ingin sama-sama hadir ke stadium untuk memberi semangat kepada pasukan kegemaran masing-masing, anda boleh dapatkan tiket-tiket perlawanan dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman web berikut: https://ticket.tickethotline.com.my/

Bantu kami share artikel ini: