Jawatan Kosong Freelance Writer (Bahasa Melayu)

Kami mencari penulis sambilan (freelance writer) untuk konten Bahasa Melayu.

Sekiranya anda minat membaca dan menulis, jom sertai kami sekarang!

Artikel anda akan dibaca lebih sejuta rakyat Malaysia setiap bulan.

Jadi kami mahukan artikel yang bermanfaat dan boleh merangsang otak untuk berfikir — bukan sekadar artikel viral yang kejarkan trafik semata-mata.

Syarat asas permohonan:

  • Boleh menulis Bahasa Melayu dengan baik (kami tak ada masa nak betulkan kesalahan ejaan anda)
  • Ada laptop / pc untuk mudahkan kerja-kerja menulis
  • Tahu serba sedikit tentang SEO (Google kan ada)
  • Kalau tak tahu SEO, tapi minat menulis tu kuat sangat, kami akan ajar sampai pandai
  • Boleh bagi komitmen sekurang-kurangnya 3 artikel seminggu

Deskripsi tugas:

  • Kami akan bagi anda list tajuk yang perlu ditulis
  • Anda perlu tulis artikel selengkap yang boleh — lagi panjang lagi bagus!
  • Minimum 3 artikel seminggu
  • Deadline untuk siapkan artikel 7 hari sahaja

Cara kami bekerja (work culture):

  • Masa kerja fleksibel
  • Remote work
  • Asalkan kerja siap!

Jawatan Kosong: Freelance Writer

Kami mencari penulis untuk topik berikut:

1. Penulis Artikel Travel

Sekiranya anda suka sangat jalan-jalan cari makan, topik ini sesuai untuk anda!

Kami mahukan penulis yang enjoy menulis tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia.

Dan juga tempat-tempat makan best.

Jika jawatan ini sesuai untuk anda, emelkan permohonan dengan tajuk “Saya Nak Jadi Penulis Travel” ke emel [email protected]

Sertakan sekali resume dan contoh penulisan anda.