eMadani Setel : Cara Tebus Kredit eWallet RM100 & Isi Minyak

emadani setel ewallet
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

eMadani Setel : Cara Daftar , Penebusan Kredit eWallet RM100 , Senarai Kedai Fizikal & Cara Isi Minyak

Seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak bakal menerima kredit e-tunai sebanyak RM100 sekali sahaja (one-off) melalui program eMADANI seperti yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan program ini bermula dari 8:00 pagi, 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Kami kongsikan syarat-syarat kelayakan dan cara-cara memohon program eMADANI Setel.

Pengenalan eMadani

eMadani merupakan kredit e-tunai sebanyak RM100 untuk golongan B40 dan M40, di mana program ini adalah kesinambungan program eBeliaRahmah.

Antara objektif program ini adalah memangkin pendapatan PMKS dan menggalakkan pembayaran tanpa tunai di samping memanfaatkan rakyat dengan transaksi digital.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan terutamanya langkah yang menyokong agenda pendigitalan ekonomi negara serta membantu rakyat secara langsung.

Syarat Kelayakan / Permohonan

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ATAU
  3. Mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 ke bawah setahun
emadani setel EWALLET RM100

Penyedia Perkhidmatan e-Dompet yang Terlibat

  1. MAE
  2. Setel
  3. ShopeePay
  4. TNG eWallet

Cara Memohon eMadani Setel

  1. Muat turun aplikasi e-dompet terlibat. Untuk menebus daripada Setel, sila install & login aplikasi Setel di SINI.
  2. Ikut arahan yang disediakan dalam aplikasi Setel.
  3. Pastikan anda telah membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer.
  4. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan HANTAR.
  6. Jika lulus, anda akan menerima insentif tersebut dalam masa 5 hari bekerja.
emadani setel

CARA PENGESAHAN AKAUN SETEL ANDA

Macam mana nak guna Setel eMadani untuk isi minyak? Sebelum tu kena verify account dulu ya.

Tengok langkah di bawah:

CARA BAYAR GUNA SETEL UNTUK ISI MINYAK & SHOPPING DI KEDAI FIZIKAL

  1. Buka aplikasi Setel dan pergi ke ruangan kaedah pembayaran Pengisian
  2. Pergi ke kaedah pembayaran
  3. Pilih ‘eMadani’ sebagai kaedah pembayaran dan tekan ‘Simpan’
  4. Kembali ke laman utama. Kemudian pilih nombor pam dan mulakan.
  5. Selesai! Nikmati mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi.

SENARAI KEDAI FIZIKAL YANG MENERIMA PEMBAYARAN EMADANI SETEL

Tempoh Permohonan & Penebusan eMadani Setel

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024
emadani setel EWALLET RM100

Maklumat Lanjut

Pemohon program ini juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) melalui pautan https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI atau laman web rasmi Setel di pautan https://www.setel.com/ mendapatkan maklumat lanjut.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut