eCensus 2020: Cara Daftar & Isi Borang Banci Online Malaysia

ecencus malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Disebabkan penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020 ini, pembancian di Malaysia akan dijalankan menggunakan kaedah pembancian online atau eCensus.

Kaedah pembancian ini tidak memerlukan proses pembancian secara bersemuka dan hanya perlu menjawab soal selidik secara dalam talian sahaja.

Kerjasama rakyat Malaysia dalam memberikan maklumat yang diperlukan amat penting kerana ia menjadi asas kepada data perangkaan penduduk dan perumahan untuk pembangunan sosio-ekonomi negara.

Jom ketahui lebih lanjut tentang eCensus dan apa yang perlu dibuat untuk menjawab soal selidik banci Malaysia ini.

Apakah eCensus / Banci Online Malaysia?

Banci Penduduk dan Perumahan 2020 adalah pembancian bilangan penduduk dan isi rumah berdasarkan pelbagai ciri demografi, sosial dan ekonomi.

Kerja-kerja pembancian adalah tertakluk kepada Akta Banci 1960 (Disemak-1969).

Banci menyediakan maklumat tentang jumlah stok tempat kediaman dan kemudahan serta keperluan asas perumahan yang tersedia.

Baca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online

Data yang dikumpul akan membekalkan set maklumat statistik yang komprehensif mengenai arah aliran kependudukan, sosial dan ekonomi

Untuk yang tak nak diganggu tu, tiada masalah.

Sekarang ni kita pun dah boleh buat bancian secara online melalui eCensus.

Tempoh Pembancian 2020

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia dijalankan pada:

  • Fasa 1 secara atas talian menggunakan e-Census pada 7 Julai – 30 September 2020 
  • Fasa 2 secara temuramah bersemuka pada 7 Oktober – 24 Oktober 2020

Siapa Yang Perlu Dibanci?

Semua penduduk termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal selama 6 bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun 2020. Ini termasuk:

  • Bayi yang lahir PADA ATAU SEBELUM Hari Banci dan MASIH HIDUP pada Hari Banci (7 Julai 2020).
  • Orang yang meninggal dunia PADA ATAU SELEPAS Hari Banci (7 Julai 2020).
  • Penduduk Malaysia yang berulang alik melintasi sempadan Malaysia (contohnya Singapura dan Thailand) untuk bekerja atau belajar tetapi mempunyai tempat tinggal biasa di Malaysia.
  • Penduduk Malaysia yang keluar negara untuk melancong, pengajian jangka pendek (kurang dari 6 bulan) atau menghadiri persidangan/ seminar atau urusan perniagaan.
  • Pegawai dagang dan pekerja asing serta keluarga mereka yang menetap di Malaysia.
  • Pelawat dan penuntut asing yang menetap di Malaysia.
  • Anggota tentera dan pegawai diplomatik asing serta ahli keluarga mereka yang menetap di Malaysia.
  • Orang yang tiada tempat tinggal (contohnya gelandangan)

Siapa Yang Tidak Perlu Dibanci?

  • Bayi yang lahir SELEPAS Hari Banci (7 Julai 2020).
  • Orang yang meninggal dunia SEBELUM Hari Banci (7 Julai 2020).
  • Warganegara Malaysia??dan penduduk tetap yang telah atau akan keluar negara bagi tempoh 6 bulan atau lebih dalam tahun 2020 untuk bekerja, belajar dan sebagainya.
  • Anggota tentera dan tentera diplomatik serta keluarga mereka yang tinggal di luar Malaysia.
  • Orang asing seperti pelancong, ahli perniagaan dan seumpamanya yang berada di Malaysia untuk tempoh kurang dari 6 bulan dalam tahun 2020.
ecensus banci malaysia 2020

Cara Daftar & Pengisian eCensus

Cara menjawab soal selidik atau banci secara online ini boleh dilakukan melalui 2 cara, iaitu:

A. Bagi Yang Tidak Mendapat Poskad

Untuk yang tak dapat poskad, pergi ke laman web eCensus untuk dapatkan invitation code.

Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Laman web banci eCensus boleh diakses di https://ecensus.mycensus.gov.my/
  2. Isikan maklumat asas untuk pra-pendaftaran.
  3. Sahkan maklumat dan tunggu langkah seterusnya.
  4. Invitation Code akan dihantar melalui e-mel.
  5. Tempoh masa penghantaran Invitation Code adalah dalam 72 jam daripada masa pengesahan e-mel dibuat.

NOTA:

i) Mohon pastikan anda telah membuat pengesahan e-mel selepas membuat Pra-Pendaftaran e-Census.

ii) Anda juga boleh menyemak e-mel tersebut di folder junk atau spam.

iii) Sekiranya anda tidak menerima e-mel untuk membuat pengesahan Pra-Pendaftaran e-Census setelah menyemak di folder junk mail atau spam, dimohon untuk membuat Pra-Pendaftaran semula.

B. Bagi Yang Mendapat Poskad

Buat makluman, penghantaran poskad akan dilaksanakan dalam tempoh 6 hingga 24 Julai 2020.

Yang dah dapat poskad, ikut langkah yang diterangkan pada poskad yang dikirimkan.

Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Terus masuk ke laman web dan daftar sebagai pengguna kali pertama.
  2. Isikan butiran dan Invitation Code yang telah diberikan melalui poskad.
  3. Pengguna akan menerima kod OTP melalui e-mel yang didaftarkan.
  4. Isikan borang soal selidik dengan lengkap dan klik butang pengesahan.
  5. Hantar soal selidik.

NOTA:

Sekiranya anda tidak mempunyai e-mel atau tidak tahu mengisi soal selidik secara online, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melakukan temu ramah secara bersemuka di tempat kediaman anda bermula pada 7- 24 Oktober 2020.

Ando boleh rujuk cara isi soal selidik eCensus melalui video rasmi dari DOSM di bawah ini.

Adakah Cara Lain Menjawab Soal Selidik Banci Malaysia?

Selain mengisi maklumat eCensus secara online, anda boleh menjawab soal selidik banci Malaysia melalui 4 lagi kaedah berikut:

i) Computer Assisted Personal Interview (CAPI)

Kaedah pengumpulan data secara CAPI merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK dan melakukan proses temu ramah responden dengan merekodkan maklumat maklumat responden secara online dan offline menggunakan tablet atau telefon pintar.

ii) Paper and Pen Interview (PAPI)

Kaedah ini merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK untuk melakukan proses temu ramah secara bersemuka kepada responden dan mencatatkan maklumat yang diperoleh di dalam borang soal selidik.

iii) Computer Assisted Telephone Interview (CATI) 

Kaedah ini, pembanci akan membuat temu ramah melalui telefon dan semua maklumat responden akan dimasukkan dalam sistem CATI.

iv) Drop-off & Pick Up (DOPU) 

Kaedah ini Pembanci akan meninggalkan borang soal selidik (drop off) di TK pada Hari Banci dan Pembanci akan mengambil semula borang soal selidik (pick up) yang telah diisi oleh responden.

Pelaksanaan mod pembancian ini adalah fleksibel bagi kawasan bandar dan luar bandar dengan mengambil kira 

NOTA PENTING:

Banci 2020 tidak akan bertanyakan soalan berkaitan:

  • Maklumat kewangan atau pendermaan;
  • Apa-apa berkaitan pegangan atau parti politik; dan
  • Maklumat/nombor akaun bank atau kad kredit.

Jadi pastikan anda tidak terpedaya sekiranya ada orang yang bertanyakan maklumat tersebut sama ada secara online, melalui panggilan telefon atau secara bersemuka ya!

Baca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan eCensus atau bancian online Malaysia 2020 ini, sila hubungi :

Jabatan Perangkaan, Malaysia,
Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62514, PUTRAJAYA, MALAYSIA

Nombor telefon : 1-800-88-7720
E-mel : [email protected]
Laman web Jabatan Perangkaan Malaysia : www.dosm.gov.my
Facebook Rasmi : MyCensus2020

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut