Penambahbaikan Aplikasi JPJ : Kongsi, Renew Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital / Roadtax (e-LKM) Online MyJPJ
Sebelum ini, aplikasi MyJPJ hanya boleh paparkan roadtax & lesen memandu.
Mulai 1 Februari 2024, pemandu kereta persendirian boleh perbaharui roadtax & lesen memandu secara online di Apps MyJPJ!
Mudah, jimat masa, tak perlu beratur di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.
Mulai 10 Februari 2023 juga, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).
Peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.
Kini, slip pembaharuan akan diberikan kepada mereka yang memperbaharui lesen memandu secara online.
Anda juga boleh menikmati rebat RM5 jika menggunakan inisiatif kad memandu digital.
Jom ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MyJPJ dan cara nak renew lesen memandu dan roadtax online.
Inisiatif Pembaharuan Lesen Memandu dan Kenderaan (Renew Roadtax) Online di Aplikasi MyJPJ Mulai 1 Februari 2024
Untuk mengalakkan penggunaan e-Lesen Memandu Malaysia (e-LMM), mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan akan menikmati rebat sebanyak RM5.
Rebat ini akan dinikmati sepanjang tahun 2024 iaitu bermula 1 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Inisiatif ini terpakai untuk mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ / portal mySIKAP / aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad).
Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja.
PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU MALAYSIA (LMM) :: SECARA DIGITAL & FIZIKAL
Bermula 1 Februari 2024, siapa yang renew lesen melalui app MyJPJ dapat rebat RM5.
Contoh kat bawah sepatutnya setahun RM30, tapi hanya perlu bayar RM25 sahaja.
2 tahun RM55, 3 tahun RM85.
Hanya untuk lesen CDL sahaja. Sekadar perkongsian bersama.
Dekat kaunter pun hanya pakai slip sahaja, kecuali lesen untuk PDL sahaja.
Kredit: Akmal Ramli via JPJ Melaka
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini secara terperinci, sila rujuk lampiran di bawah:
Cetakan Slip Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia adalah seperti dalam lampiran di bawah:
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang persoalan-persoalan berkaitan pelaksanaan baharu ini serta cara untuk daftar dan membuat semakan cukai jalan dan lesen memandu secara digital.
Semoga perkongsian ini memberikan pencerahan kepada persoalan yang diajukan sebelum ini.
Rujuk pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia : https://www.tiktok.com/@anthonyloke/video/7321309068893637890?lang=en
Mod Pembayaran Perbankan Internet Melalui FPX
Anda kini boleh membayar cukai jalan dan pembaharuan Lesn Kenderaan Moto (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMN) melalui perbankan dalam talian FPX bermula 1 JUN 2024.
Anda boleh memilih mana-mana bank dan mana-mana akaun yang anda mahu untuk melakukan pembayaran. Inisiatif ini sekaligus memberikan pilihan kepada pengguna, dan tidak terhad untuk menggunakan kad debit atau kredit sahaja.
Cara pembaharuan LMN MyJPJ dengan menggunakan mod pembayaran FPX:
LANGKAH 1: Buka aplikasi MYJPJ dan pergi ke “Profil”.
LANGKAH 2: Klik “Lesen Memandu Kompeten”, scroll ke bawah dan tekan “Pembaharuan”.
LANGKAH 3: Pilih “Jenis Lesen, Tempoh Mod Digital/Fizikal”.
LANGKAH 4: Pilih “Perbankan Internet (FPX)” pada bahagian cara bayaran. Kemudian, pilih bank dan klik “Bayar”.
LANGKAH 5: Klik “Ya” untuk pengesahan pembayaran. Ikut arahan di skrin untuk proses pembayaran seterusnya.
LANGKAH 6: Selesai.
LANGKAH 1: Buka aplikasi MYJPJ dan pergi ke “Profil”.
LANGKAH 2: Klik “Lesen Kenderaan Motor dan Nombor Kenderaan”, scroll ke bawah dan tekan “Pembaharuan”.
LANGKAH 3: Pilih “Perbankan Internet (FPX)” pada bahagian cara bayaran. Kemudian, pilih bank dan klik “Bayar”.
LANGKAH 4: Klik “Ya” untuk pengesahan pembayaran. Ikut arahan di skrin untuk proses pembayaran seterusnya.
LANGKAH 5: Selesai.
Cara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan pendaftaran bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ online dengan menggunakan ID MySikap Awam.
- Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
- Muat turun aplikasi MyJPJ
- Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
- Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.
DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
Jika anda masih belum berdaftar di Portal MySikap, sila daftar terlebih dahulu.
Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk tutorial pendaftaran ID MySikap:
LANGKAH 1 : Tekan ‘Daftar Akaun Baharu’
LANGKAH 2: Masukkkan nombot kad pengenalan tanpa sengkang
LANGKAH 3 : Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan
LANGKAH 4 : Jawab soalan keselamatan
Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan.
LANGKAH 5 : Tetapkan kata laluan
SELESAI!
Anda akan dibawa ke paparan utama seperti berikut:
SEMAKAN LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN DIGITAL
Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.
Antaranya:
- Bidaan nombor kenderaan
- Semakan nombor terkini
- Semakan lesen kenderaan
- Semakan lesen memandu
- Semakan keputusan Ujian
- Semakan saman
- Semakan senarai hitam
Selain pendaftaran online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.
Orang awam digalakkan mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.
I) SEMAKAN LESEN MEMANDU (eLMM)
Semakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.
Berikut adalah paparan yang akan anda lihat :
Anda boleh memuat turun lampiran eLKM seperti di bawah:
II) SEMAKAN LESEN KENDERAAN MOTOR eLKM (CUKAI JALAN / ROAD TAX)
Anda juga boleh membuat semakan lesen kenderaan motor dan memuat turun secara digital.
Berikut adalah lampiran paparan eLKM melalui MyJPJ :
PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI_MYJPJ
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
RUJUK PANDUAN PENUH :
Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Kongsi e-LKM
KONGSI e-LKM MELALUI APLIKASI MyJPJ
Pemilik kenderaan boleh kongsi Lesen Kenderaan Motor (e-LKM) melalui aplikasi MyJPJ kepada ahli keluarga, rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemilik kenderaan.
Melalui kaedah ini, terdapat kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM untuk mengaktifkan perkongsian e-LKM.
Rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:
Rujuk video pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia : https://www.tiktok.com/@anthonyloke/video/7320558027365567745?lang=en
CARA KONGSI e-LKM MELALUI APLIKASI MYJPJ
Muat turun aplikasi MyJPJ sekarang di Google Play, Apple Apps Store & Huawei AppGallery.
Cara Renew Roadtax (Lesen Kenderaan Motor @ e-LKM) Melalui Apps MyJPJ
PEMBAHARUAN e-LKM MELALUI APLIKASI MyJPJ kini boleh dilakukan secara online melalui aplikasi MyJPJ mulai 1 Februari 2024.
Rujuk Infografik dibawah bagi prosedur renew roadtax online e-LKM melalui aplikasi MyJPJ.
Baca juga: Pengeluaran KWSP Bersasar : Kerajaan Cari Alternatif Lain
Cara Renew Lesen Memandu (e-LMM) Melalui Apps MyJPJ
PEMBAHARUAN e-LMM MELALUI APLIKASI MyJPJ kini boleh dilakukan secara online melalui aplikasi MyJPJ mulai 1 Februari 2024.
Rujuk Infografik dibawah bagi prosedur pembaharuan Lesen Memandu Digital e-LMM melalui aplikasi MyJPJ.
Anda juga boleh panduan berikut untuk mendaftar secara online : MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan