Doa Selepas Solat Tarawih & Bacaan Selawat / Tasbih Lengkap

doa tarawih
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

PANDUAN BACAAN DOA, SELAWAT DAN TASBIH ANTARA SOLAT SUNAT TARAWIH

Lazimnya di Malaysia, solat tarawih dilakukan dengan 2 rakaat dan satu salam. Setiap kali selepas salam inilah, imam biasanya akan membaca selawat ke atas Nabi SAW dan kemudian disambut oleh makmum / jemaah.

Sesiapa yang memilih untuk berselawat, maka ia bukan satu kesalahan bahkan akan memperoleh ganjaran yang besar. Sesiapa yang tidak berselawat dan hanya menunaikan solat tarawih semata-mata juga tidak melakukan sebarang kesalahan, dan tetap mendapat pahala qiam Ramadan.
Jadi, jangan pula kita sanggup tidak melakukan solat tarawih jika tidak dapat pergi ke masjid atau surau semata-mata kerana tidak menghafal bacaan selawat tersebut.

Apapun, jom kami kongsikan bacaan selawat dan doa selepas solat tarawih yang mudah untuk anda rujuk sepanjang bulan Ramadan ini.

Ringkasan Pantas

  • Hukum selawat dan bacaan antara / selepas solat sunat tarawih: Tidak wajib
  • Contoh selawat : Antara lafaz selawat yang biasa dibaca :
    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
    صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْهِ
  • Manfaat: Mendekatkan diri kepada Allah, memohon keampunan, pahala Ramadan.
  • Tips: Boleh ikut imam di masjid atau baca sendiri di rumah; pilih bacaan mudah & doa mudah dihafal.

Pengenalan Solat Tarawih

Solat Sunat Tarawih merupakan suatu ibadah khusus yang hanya dikerjakan pada bulan Ramadan. Keutamaan dan kelebihan mengerjakannya adalah sangat besar sebagaimana Hadis Nabi;

Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

Maksudnya: “ Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”.

Bacaan selawat, takbir dan tasbih tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.

Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Sebagai panduan, berikut adalah bacaannya:

Bacaan Selawat / Tasbih Sebelum Memulakan Solat Tarawih & Antara 2 Rakaat Tarawih

doa selepas solat tarawih
doa selepas solat tarawih

Doa Ringkas Antara 2 Rakaat Solat Tarawih

doa selepas solat tarawih

Doa Selepas Selesai Solat Tarawih 8 Rakaat / 20 Rakaat

doa selepas solat tarawih
doa selepas solat tarawih
Sumber : JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin, walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.

Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa

wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.

Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.

Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,

Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil Aalamin.

Maksudnya:

Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.

Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu dan bersabar dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.

Ya Tuhan kami, berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami atau isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.

Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim dan bantulah kami menghadapi ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala yang mengasihani.

PANDUAN BILAL SOLAT TARAWIH (PANDUAN VIDEO)

Sumber: Youtube InTeam Digital

Download Panduan Solat Tarawih, Tasbih, Selawat & Doa Lengkap

Untuk memudahkan anda membuat rujukan, anda boleh merujuk panduan solat terawih oleh JAKIM di pautan berikut:

http://www.islam.gov.my/

Semoga dengan panduan ini kita dapat menambah amal dan memantapkan lagi penghayatan kita terhadap bulan Ramadhan agar ia memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua.

Sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Soal Jawab Agama – Doa Tarawih

1. Apakah hukum zikir dan selawat antara rakaat solat tarawih?

– Tidak diwajibkan untuk berselawat di antara rakaat-rakaat solat tarawih pada bulan Ramadan.

– Sesiapa yang memilih untuk berselawat, maka ia bukan satu kesalahan bahkan akan memperoleh ganjaran yang besar.

– Sesiapa yang tidak berselawat dan hanya menunaikan solat tarawih semata-mata juga tidak melakukan sebarang kesalahan, dan tetap mendapat pahala qiam Ramadan.

– Diharuskan juga untuk berzikir, berdoa, bertasbih atau membaca al-Quran di antara rakaat-rakaat tarawih tersebut.

– Memberi tazkirah di antara rakaat-rakaat tarawih juga adalah harus dan termasuk amalan yang bermanfaat.

– Golongan yang mendakwa wajib berselawat di antara rakaat tarawih adalah keliru. Begitu juga mereka yang melarang berselawat atau berzikir pada waktu tersebut, juga berada dalam kesalahan.

– Jika larangan itu dibuat kerana kejahilan, maka perbuatan melarang tersebut adalah haram dan berdosa. Demikian juga jika seseorang menetapkan berselawat itu sebagai wajib tanpa ilmu, maka ia berdosa kerana mengeluarkan hukum tanpa pengetahuan yang sah.

– Mengharamkan atau melarang selawat di antara rakaat tarawih dengan alasan Nabi SAW tidak memerintahkannya menunjukkan kejahilan yang nyata.

– Jika larangan itu berpunca daripada kebencian terhadap Rasulullah SAW, maka dibimbangi boleh membawa kepada kekufuran.

– Bagi mereka yang berselawat, berzikir atau seumpamanya, hendaklah melafazkannya dengan betul. Terdapat segelintir orang awam yang berselawat dengan lafaz yang salah, dan perbuatan tersebut adalah tidak dibenarkan.

Antara lafaz selawat yang betul ialah :
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْهِ

(Ustaz Azhar Idrus)

2. Adakah kita dibenarkan berdoa mengikut hajat dan keinginan sendiri ketika solat tarawih, atau perlu membaca doa-doa tertentu yang khusus sahaja?

Kita dibenarkan untuk berdoa dengan apa sahaja yang dihajati dan diinginkan, selagi doa tersebut tidak mengandungi perkara yang membawa kepada maksiat atau bercanggah dengan syariat.

3. Bacaan doa perlu dalam bahasa Arab sahaja?

Tidak semestinya, boleh juga baca doa dalam terjemahan supaya mudah difahami.

4. Apakah adab-adab berdoa yang betul?

Antara adab ketika berdoa ialah melakukannya dengan penuh keikhlasan hati. Doa sebaiknya dimulakan dengan membaca Bismillah, diikuti pujian kepada Allah SWT serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Digalakkan juga membaca Surah al-Fatihah sebelum memulakan doa.

Berdoalah dalam keadaan khusyuk dan penuh rendah diri di hadapan Allah SWT. Hadirkan rasa kehambaan dalam diri serta mengagungkan kebesaran-Nya ketika memohon.

Tidak menjadi masalah sama ada ingin berdoa dengan permintaan yang umum atau hajat yang khusus. Yang paling utama ialah kita berdoa dengan bersungguh-sungguh dan meletakkan sepenuh pengharapan hanya kepada Allah SWT.

5. Apakah selawat dan tasbih antara rakaat terawih yang selalu dibaca?

Di Malaysia, terdapat amalan membaca selawat antara setiap set terawih (setiap 4 rakaat). Bacaan yang biasa didengari di masjid:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma solli ‘alaa sayyidinaa Muhammad wa ‘alaa aali sayyidinaa Muhammad

Nota: Bacaan selawat dan tasbih antara set terawih ini adalah amalan kebiasaan di Malaysia. Ia termasuk dalam perkara harus (mubah) dan boleh diamalkan.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut