Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

DIVIDEN LTAT
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen LTAT bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 ialah ssebanyak 5.35 peratus. Ia merupakan jumlah agihan dividen tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Jumlah agihan ini bernilai RM524.74 juta kepada para pencarum, termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Semakan dividen LTAT boleh dilakukan di portal Lembaga Tabung Angkatan Tentera melalui pautan berikut: https://www.ltat.gov.my/ atau aplikasi MyWIRA.

Rujuk info penuh kadar dividen LTAT dan cara semak di bawah.

RINGKASAN PRESTASI DIVIDEN LTAT 2025
  • Kadar Dividen: 5.35%
  • Status Prestasi: Kadar tertinggi dalam tempoh 8 tahun.
  • Tarikh Pengumuman: 12 Mac 2026.
  • Tarikh Pengkreditan: Bermula 13 Mac 2026.
  • Semakan: Portal LTAT / Aplikasi MyWIRA
Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

Apa Itu Dividen LTAT?

Dividen LTAT merujuk kepada pembayaran keuntungan tahunan yang diumumkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada pencarumnya, iaitu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pesara tentera.

Ia diambil daripada prestasi pelaburan LTAT dan dikreditkan secara automatik ke akaun simpanan ahli sebagai pulangan pelaburan (biasanya dalam bentuk unit tambahan Dana Unit Amanah atau tunai).

Dividen ini bukan semata-mata insentif tetapi juga untuk simpanan masa hadapan selepas persaraan.

NOTA: Caruman LTAT merupakan caruman wajib bagi anggota LLP sahaja di mana potongan 10% daripada gaji hakikinya dibayar kepada LTAT. Kerajaan pula akan mencarum sebanyak 15% daripada gaji hakiki ke dalam akaun anggota. Setiap tahun LTAT akan membayar dividen kepada caruman tersebut.

Siapa yang Terlibat?

Pencarum LTAT terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat, pesara tentera, anggota Kerahan Angkatan Sukarela (RPK), serta penama (waris pencarum yang meninggal dunia)

Dividen ini dikreditkan secara automatik ke akaun simpanan ahli sebagai pulangan pelaburan (biasanya dalam bentuk unit tambahan Dana Unit Amanah atau tunai), bukan semata-mata insentif tetapi juga untuk simpanan masa hadapan selepas persaraa.

Siaran Media Dividen LTAT 2025

Rujuk Siaran Media bagi Pengumuman Dividen LTAT tahun 2025 di bawah:

Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

Kadar Dividen LTAT Bagi Tahun 2025

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 pada 12 Mac 2026.

Kadar dividen yang diumumkan adalah sebanyak 5.35%.

Kadar ini merupakan agihan tertinggi dalam tempoh lapan tahun, menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh meskipun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.

Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

Dividen LTAT Bagi Tahun 2025: Kadar & Semakan

Perbandingan Tahun Ke Belakang

Pengumuman ini juga menandakan tahun keempat berturut-turut LTAT memberikan pulangan 5% ke atas:

  • 2025: 5.35%
  • 2024: 5.25% (termasuk bonus 0.25%)
  • 2023: 5.00%
  • 2022: 5.00%
  • 2021: 4.10%
  • 2020: 3.50%
  • 2019: 2.50%
  • 2018: 2.00%
  • 2017: 8.27%
  • 2016: 7.99%
  • 2015: 8.1%
Dividen LTAT

Tarikh Dividen LTAT Dikreditkan

Pencarum boleh mula menyemak pengkreditan dividen ke dalam akaun masing-masing bermula 13 Mac 2026 melalui:

Cara Semak Dividen LTAT

Untuk menyemak dividen LTAT bagi tahun 2025 yang mula dikreditkan pada 13 Mac 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut:

Melalui Portal LTAT
  1. Layari Portal LTAT di www.ltat.org.my dan cari pautan ke i-WIRA.
  2. Log masuk gunakan No. Tentera/Kad Pengenalan dan kata laluan; daftar jika belum ada dengan mengisi butiran diri dan sahkan kod OTP.
  3. Pilih tab “Penyata” untuk lihat butiran caruman tahunan, dividen terkini (seperti 5.35% 2025), dan unit amanah.
Aplikasi MyWIRA

Aplikasi ini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery.

  1. Log Masuk: Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda.
  2. Paparan Utama: Sebaik sahaja log masuk, baki terkini akaun anda akan dipaparkan.
  3. Menu Penyata: Klik pada bahagian ‘Penyata’ atau ‘Penyata Tahunan’.
  4. Pilih Tahun: Pilih tahun 2025 untuk melihat butiran transaksi dividen yang telah dikreditkan.
Aplikasi MyWIRA

Cara Pengeluaran Caruman LTAT

Proses pengeluaran simpanan LTAT (termasuk dividen terkredit) tertakluk kepada status perkhidmatan anggota dan pembahagian akaun: Akaun 1 (60% – untuk persaraan sahaja) dan Akaun 2 (40% – boleh digunakan semasa berkhidmat).

Pengeluaran penuh hanya dibenarkan selepas tamat perkhidmatan/persaraan.

Langkah-langkah Pengeluaran

  1. Log masuk MyWIRA: Gunakan aplikasi MyWIRA atau portal  www.ltat.gov.my/members/mywira/  MyDigital ID, No. Tentera/IC, dan kata laluan.​
  2. Pilih “Pengeluaran”: Akses dashboard > pilih jenis pengeluaran (persaraan, perumahan, pendidikan, haji, dll.).​
  3. Lengkapkan borang: Isi maklumat, muat naik dokumen (IC, bukti haji/pendidikan, akaun bank), dan hantar.​
  4. Pantau kelulusan real-time; proses dalam 1-3 hari bekerja.

Jenis Pengeluaran Utama

JenisSyarat/HadAkaun Terlibat
Persaraan/Tamat PerkhidmatanPenuh (Akaun 1+2 + dividen); 1 bulan selepas tamat perkhidmatan atau usia 50 tahunSemua akaun ​
Perumahan≤40% Akaun 2 ATAU 10% harga rumah (maks RM10,000); umur ≥22 tahun & carum ≥5 tahunAkaun 2 sahaja
Pendidikan/HajiSekali sepanjang perkhidmatan; maks RM10,000; carum ≥15 tahun + surat LTH/IPTAkaun 2 sahaja

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lanjut mengenai dividen LTAT bagi tahun 2025, sila rujuk:

  1. Portal LTAT
  2. Facebook LTAT
  3. Aplikasi MyWIRA
  4. Emel: [email protected]
  5. Khidmat Pelanggan LTAT di talian: 1-300-88-5828.

Soalan Lazim Dividen LTAT

Berapa kadar dividen LTAT bagi tahun 2025?

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 pada 12 Mac 2026 sebanyak 5.35%

Bila Dividen Dikreditkan?

Dividen 2025 (5.35%) dikreditkan pada 13 Mac 2026 (Jumaat) terus ke akaun simpanan pencarum.

Siapa Layak Terima Dividen?

Semua pencarum wajib (pegawai + LLP ATM), pencarum sukarela, pesara, RPK, dan waris yang akaunnya aktif.

Adakah dividen LTAT dikenakan cukai?

Tidak.

Bagaimana Cara Semak Dividen?

Melalui portal LTAT di: https://www.ltat.gov.my/ atau aplikasi MyWIRA

Mengapa kadar dividen berubah-ubah setiap tahun?

Kadar dividen ditentukan oleh prestasi keuntungan bersih pelaburan LTAT dalam pelbagai sektor (seperti perbankan, perladangan, dan hartanah) serta keadaan ekonomi semasa. LTAT juga perlu mengimbangi agihan dengan pengukuhan dana rizab untuk kelestarian jangka panjang.

Apa perlu dibuat jika dividen belum masuk ke akaun MyWIRA?

Pengkreditan biasanya dilakukan secara berperingkat selepas tarikh pengumuman bermula 13 Mac 2026. Jika selepas seminggu baki masih belum dikemas kini, anda boleh:
– Menghubungi Khidmat Pelanggan LTAT di talian 1-300-88-5828.
– Menghantar emel ke [email protected].

Adakah waris layak mendapat dividen jika ahli meninggal dunia?

Ya. Jika ahli meninggal dunia, semua simpanan termasuk dividen terkumpul akan dibayarkan kepada waris yang telah dinamakan atau melalui proses tadbir urus pusaka jika tiada penamaan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut