MADANI Mart ialah inisiatif yang diterajui Yayasan MADANI dan berkonsepkan kedai komuniti. Ia diwujudkan untuk memastikan barangan asas lebih mudah dicapai oleh rakyat, selaras dengan slogan “Kedai Runcit Harga Rahmah”.
Layari portal rasmi MADANI Mart di https://www.madanimart.com.my/
MADANI Mart diperkenalkan sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat, khususnya dalam berdepan tekanan kos sara hidup.
Inisiatif ini juga bertujuan memperluas akses kepada barangan keperluan harian yang lebih mampu milik dan tersusun.
Rujuk info penuh mengenai MADANI Mart di bawah.
Ringkasan MADANI Mart
- Kedai runcit komuniti “Harga Rahmah” oleh Yayasan MADANI untuk barangan asas murah.
- Cawangan Pertama: Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang – dirasmikan PM Anwar pada 3 April 2026.
- Sasaran: 640 cawangan, 1 per DUN di seluruh Malaysia.
- Tujuan: Ringankan kos sara hidup rakyat, khususnya pendapatan rendah & sederhana.
- Berbeza dengan KR1M: MADANI Mart libatkan usahawan swasta sebagai pemegang lesen tanpa guna modal daripada kerajaan.

Apa Itu MADANI Mart?
Madani Mart ialah rangkaian runcit yang berfokuskan komuniti yang direka untuk mendekatkan barangan keperluan harian mampu milik kepada rakyat Malaysia di samping mewujudkan peluang kepada usahawan untuk mengendalikan kedai berlesen di seluruh negara.
Ia diterajui oleh Yayasan MADANI dengan slogan “Kedai Runcit Harga Rahmah”.
Inisiatif ini dilancarkan sebagai strategi kerajaan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat. Ia berbeza daripada model lama seperti KR1M yang memerlukan belanja modal kerajaan secara langsung.
MADANI Mart menggunakan model kerjasama tiga hala antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pemegang lesen swasta, serta Yayasan MADANI, tanpa beban kewangan besar kepada kerajaan.
Pendekatan ini bukan sekadar membuka kedai runcit biasa, tetapi membina model runcit komuniti yang lebih dekat dengan rakyat.
Pengendali kedai berlesen (pemegang lesen) akan disokong oleh program latihan berstruktur, sokongan operasi dan dibekalkan stok berpusat bagi memastikan piawaian yang konsisten, operasi yang cekap dan kejayaan perniagaan jangka panjang.


Cawangan Pertama MADANI Mart
Cawangan pertama MADANI Mart telah dirasmikan di Indera Mahkota 8 (IM8), Kuantan, Pahang pada 3 April 2026.
Ia menjadi mercu tanda pelancaran kedai runcit komuniti pertama di Malaysia yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga rahmah.
Kedai ini terletak di kawasan strategik Indera Mahkota 8, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Pahang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikannya secara rasmi, selepas meninjau premis dan barangan di dalamnya.
Majlis perasmini ini turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.



Visi
Berikut ialah dua visi utama MADANI Mart diwujudkan:
- Untuk menjadi pasar raya yang paling dipercayai di Malaysia yang berfokuskan rakyat, hadir di setiap DUN, memastikan kemampuan dan kebolehcapaian untuk semua.
- Menyediakan platform untuk perusahaan mikro tempatan memasarkan produk mereka.
Ciri-ciri Utama
1. Barangan Keperluan Mampu Milik untuk Kehidupan Seharian
Madani Mart komited untuk menyediakan barangan keperluan rumah pada harga yang berpatutan bagi membantu keluarga Malaysia menguruskan kos sara hidup seharian tanpa menjejaskan kualiti atau kemudahan.
2. Lebih Dekat dengan Komuniti
Cawangan Madani Mart direka bentuk untuk membawa penyelesaian runcit ke kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, untuk hadir di kawasan separa bandar dan luar bandar, membawa barangan keperluan lebih dekat kepada isi rumah dan menambah baik aksesibiliti harian.
3. Memperkasa Usahawan
Madani Mart menyediakan peluang kepada individu dan organisasi untuk mengendalikan kedai berlesen dalam rangkaian runcit yang berstruktur dan disokong. Ini mewujudkan peluang perniagaan yang mampan di samping memperkukuh penyertaan ekonomi tempatan.
4. Membina Rangkaian Runcit Seluruh Negara
Dengan visi jangka panjang untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu cawangan di setiap DUN, Madani Mart berhasrat untuk membangunkan lebih 640 cawangan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan barangan keperluan mampu milik kepada komuniti di seluruh negara.

Model Pelaksanaan
MADANI Mart dilaksanakan melalui model kerjasama strategik antara sektor awam, operator atau pemegang lesen swasta, dan Yayasan MADANI. Laporan juga menyebut kerajaan tidak menanggung modal secara langsung seperti dalam model terdahulu.
Pendekatan ini membuka ruang kepada komuniti dan usahawan tempatan untuk turut serta dalam perniagaan runcit tersebut.
Ia menjadikan MADANI Mart bukan sahaja sebagai program bantuan harga, tetapi juga sebagai platform ekonomi rakyat.
Identiti MADANI Mart:
- Menubuhkan kedai-kedai yang mudah di seluruh kampung & bandar.
- Menyediakan peluang keusahawanan melalui pelesenan.
- Menyokong program kos sara hidup negara (cth., Jualan Rahmah, STR, & SARA).
Nilai Teras:
- Kualiti Mampu Milik: Menawarkan harga rendah sambil memastikan piawaian produk yang boleh dipercayai.
- Kemudahan untuk Semua: Mendekatkan kedai-kedai kecil ke kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan dan mendekati lebih ramai orang.
Senarai Barang Dijual di MADANI Mart
- Beras (5kg, 10kg pek)
- Minyak Masak (1L–5L)
- Gula
- Tepung
- Mi Segera
- Kopi & Teh 3-dalam-1
- Makanan Dalam Tin
- Roti
- Telur
- Air Minuman Botol / Minuman Ringan
- Detergen / Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk
- Tisu Tandas / Tuala Kertas
- Syampu / Sabun / Ubat Gigi
- Nugget Beku / Sosej / Kentang Goreng

Program Komuniti Bulanan (Jualan Ramah)
Program Komuniti Bulanan (Jualan Rahmah) di Madani Mart akan dijalankan setiap bulan untuk menyediakan barangan keperluan pada harga yang lebih berpatutan.
Program ini memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan tekanan kos sara hidup dengan menawarkan barangan keperluan harian terpilih pada harga bersubsidi, bagi memastikan akses yang konsisten untuk komuniti sekitar.
Selain itu, Jualan Rahmah mencerminkan usaha kolektif untuk menyokong rakyat Malaysia yang memerlukan dengan memastikan barangan keperluan sentiasa tersedia untuk semua.
Ia memainkan peranan yang bermakna dalam meringankan beban harian isi rumah berpendapatan rendah sambil memupuk semangat keprihatinan, keterangkuman dan tanggungjawab bersama dalam komuniti.

Sasaran Pembukaan Cawangan
MADANI Mart menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 cawangan di seluruh Malaysia.
Matlamatnya ialah supaya setiap kawasan DUN mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan bagi memudahkan rakyat mendapatkan barangan asas pada harga berpatutan.
Lokasi MADANI Mart akan dikemaskini dari masa ke semasa.

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani 2026 – Semak Kelayakan & Lokasi Klinik
Berminat Menjadi Pemegang Lesen MADANI Mart?
Bagi usahawan yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada MADANI Mart, anda boleh rujuk cara memohon menjadi pemegang lesen di bawah:
- Layari portal rasmi permohonan di: https://www.madanimart.com.my/madani-mart-licensee-application-form
- Isi borang permohonan. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi seperti maklumat peribadi, pendaftaran SSM jika ada, kenapa berminat dan sebagainya.
- Muat naik dokumen diperlukan seperti:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Dokumen Pendaftaran Perniagaan (Jika Berkenaan),
- Lokasi Kedai yang Dicadangkan (Jika Ada)
- Gambar luaran lot kedai
- Foto kawasan sekitar (cth. pemandangan jalan, kedai berdekatan)
- Perjanjian penyewaan atau Surat Niat (LOI)
- Susun atur atau pelan lantai lot kedai
- Lesen perniagaan (jika telah dijamin)
- Seterusnya, tandakan kotak persetujuan
- Klik ‘Hantar’.
Bagi memastikan piawaian operasi yang konsisten dan kejayaan jangka panjang, YAYASAN MADANI melalui rakan strategiknya akan menyediakan latihan dan panduan berterusan untuk semua usahawan Madani Mart.

Prosedur Pemilihan & Kelulusan Usahawan
Yayasan Madani akan melaksanakan proses penapisan dan kelulusan yang berstruktur bagi memastikan hanya usahawan yang berkelayakan dan komited sahaja yang dipilih.
- Semakan Permohonan: Menilai pemohon berdasarkan motivasi perniagaan dan kesediaan kewangan (dibiayai sendiri atau berasaskan pinjaman).
- Tinjauan Pasaran & Lokasi: Menjalankan kajian kebolehlaksanaan pasaran yang terperinci untuk mengenal pasti lokasi strategik dan berpotensi tinggi. Pemilihan tapak akhir akan dibuat bersama oleh Ibu Pejabat dan usahawan untuk memastikan keuntungan dan kebolehcapaian.
- Kelulusan & Persetujuan: Setelah diluluskan, kedua-dua pihak akan menandatangani perjanjian lesen rasmi yang menggariskan tanggungjawab dan terma kerjasama.
- Pengubahsuaian & Persediaan: Ibu pejabat akan membantu dengan perancangan susun atur outlet, pengubahsuaian dan penyediaan penjenamaan bagi memastikan ia selaras dengan imej Madani Mart.
- Pengambilan Kakitangan: Ibu pejabat akan membantu mengatur pengambilan dan latihan kakitangan sebelum pembukaan kedai bagi memastikan operasi berjalan lancar dari hari pertama.
- Pembukaan Besar-besaran: Pelancaran kedai rasmi dengan aktiviti promosi dan sokongan pemasaran yang diselaraskan oleh Ibu Pejabat.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MADANI Mart Malaysia, sila rujuk:
Soalan Lazim MADANI Mart
MADANI Mart ialah kedai runcit komuniti berasaskan slogan “Kedai Runcit Harga Rahmah”. Ia menawarkan barangan keperluan harian seperti makanan dan barang rumah pada harga berpatutan untuk meringankan kos sara hidup.
Cawangan pertama dirasmikan di Indera Mahkota 8 (IM8), Kuantan, Pahang pada 3 April 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia diterajui Yayasan MADANI melalui model kerjasama strategik: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pemegang lesen swasta, serta Yayasan MADANI. Tiada modal kerajaan digunakan secara langsung.
Sasaran ialah 640 cawangan di seluruh Malaysia, dengan sekurang-kurangnya satu cawangan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk liputan menyeluruh.
– Beras (5kg, 10kg pek)
– Minyak Masak (1L–5L)
– Gula
– Tepung
– Mi Segera
– Kopi & Teh 3-dalam-1
– Makanan Dalam Tin
– Roti
– Telur
– Air Minuman Botol / Minuman Ringan
– Detergen / Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk
– Tisu Tandas / Tuala Kertas
– Syampu / Sabun / Ubat Gigi
– Nugget Beku / Sosej / Kentang Goreng
Terbuka kepada semua rakyat, terutama isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah di kawasan bandar serta luar bandar.
Rujuk lebih banyak soalan lazim di pautan berikut: https://www.madanimart.com.my/faq



