Daya Kerjaya 2.0: Insentif RM1500 Setiap Individu

daya kerjaya 2.0
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Inisiatif menambah pekerjaan diteruskan lagi dengan inisiatif Daya Kerjaya 2.0 oleh kerajaan.

Skim pekerjaan ini secara umumnya diperkenalkan dengan fokus untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi golongan OKU, Bekas Banduan dan Warga Emas.

Ianya adalah skim sokongan pekerjaan dimana insentif penggajian sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk setiap pekerjaan yang diambil oleh sektor swasta dan GLC/GLIC yang menawarkan pekerjaan kepada golongan mudah terjejas berrmula 31 Disember 2023.

Apakah Itu Program Daya Kerjaya 2.0?

Program Daya Kerjaya 2.0 – Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta dan GLC (Government – Linked Companies) serta GLIC (Government – Linked Investment Companies) merupakan satu insentif penggajian di bawah Belanjawan 2024 yang diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 10 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 untuk pengambilan pekerja baharu mulai 1 Disember 2023.

Program ini membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar dalam kalangan golongan mudah terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), bekas banduan, pesara dan warga emas mendapatkan pekerjaan dan gaji dengan nilai yang lebih tinggi.

Insentif khas ini adalah sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini.

Objektif

Berikut merupakan objektif utama pengenalan skim bantuan pekerjaan Daya Kerjaya 2.0 ini:

  • Menggalakkan sektor swasta/GLC/GLIC menggaji pekerja dalam kalangan golongan mudah terjejas dengan nilai yang lebih tinggi.
  • Menggalakkan golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, pesara dan warga emas mendapatkan pekerjaan dan gaji.

Artikel berkaitan: Insentif Kerjaya Madani: Peluang Kerjaya dan Cara Permohonan

Tarikh Permohonan

daya kerjaya 2.0
  • Tarikh buka permohonan: 10 Januari 2024
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2024

Keistimewaan Daya Kerjaya 2.0

Berikut merupakan beberapa keistimewaan yang ditawarkan kepada syarikat swasta/GLC/GLIC yang mengambil bahagian dalam skim pekerjaan Daya Kerjaya 2.0 ini:

1. Tiada had permohonan bilangan pekerja.

2. Majikan boleh mendapatkan calon melalui Portal MYFutureJobs dan temu duga terbuka anjuran PERKESO.

3. Mendapatkan khidmat nasihat bagi penggajian bagi penggajian golongan mudah terjejas dalam kalangan OKU/peserta RTW (Return To Work) di bawah PERKESO, bekas banduan, pesara dan warga emas.

Syarat-syarat Tambahan

Berikut merupakan syarat-syarat tambahan yang perlu dipenuhi oleh majikan untuk membolehkan mereka mendapat insentif yang ditawarkan melalui skim ini:

  • Majikan hendaklah telah berdaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
  • Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
  • Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs

Cara Permohonan Daya Kerjaya 2.0 (2024)

Majikan yang berminat untuk memohon insentif Daya Kerjaya 2.0 yang ditawarkan ini boleh berbuat demikian melalui laman web https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat berhubung skim ini, sila rujuk saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut