Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan (DIS)

data internet selangor dis
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mulai Oktober 2021, golongan sasaran akan berpeluang menerima Data Internet Selangor secara percuma!

Program Data Internet Selangor ini akan memanfaatkan 70,000 golongan sasar termasuk penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.

Selama 12 bulan, penerima yang melanggani pakej data internet yang ditawarkan di bawah program DIS akan akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara permohonan Data Internet Selangor ini.

data internet selangor

Apakah Data Internet Selangor (DIS)?

Golongan sasaran akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.

Inisiatif Data Internet Selangor (DIS) adalah merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi (“TELCO”), bertujuan memberi bantuan kad SIM.

Menerusi inisiatif ini, MBI akan membayar subsidi terus kepada syarikat telekomunikasi.

*Golongan sasaran adalah penduduk bermastautin di Selangor dan termasuk dalam kategori-kategori yang dinyatakan di bawah.

Syarat Kelayakan / Golongan Sasaran

  • Golongan sasar yang dipilih oleh Pejabat DUN di Selangor
  • Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor
  • GRAB riders yang bermastautin di Selangor
  • Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan Selangor
  • Ketua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di Selangor
  • Ketua-ketua kampung bagan di Selangor
  • Ketua-ketua komuniti India di Selangor
  • Nazir, imam, bilal dan siak di Selangor
  • Golongan petani di Selangor
  • Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor
  • Komuniti Orang Asal di Selangor
  • Peniaga dalam talian di bawah program Selangor e-bazar

Baca juga: Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan

Pakej Yang Ditawarkan

Pakej internet percuma yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Tarikh Pendaftaran

  • Pendaftaran akan dibuka bermula 15 Julai 2021
  • Pendaftaran insentif akan ditutup pada 15 September 2021
  • Pemohon dijangka menerima kad sim bermula pada 1 Oktober 2021

Cara Permohonan Data Internet Selangor

Golongan sasaran dan individu yang layak boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan butiran berikut:

  • Nama penuh seperti di dalam kad pengenalan
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat rumah (bukti bermastautin di Selangor)
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • TELCO pilihan

Cara permohonan adalah bergantung kepada segmen sasaran, sila rujuk jadual berikut:

Segmen SasaranCara Memohon
Pemohon-pemohon yang ditentukan oleh Pusat Khidmat DUNHubungi senarai wakil DUN
Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan SelangorHubungi institusi-institusi berkenaan
Ketua-ketua kampung, Setiausaha MPKK di SelangorYB Tuan Borhan Bin Aman Shah
Exco Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan
Ketua-ketua kampung bagan di SelangorYB Tuan Ng Tze Han
Exco Kerajaan Tempatan & Pengangkutan Awam
Ketua-ketua komuniti India di SelangorYB Tuan Ganabatirau A/L Veraman
Exco Kebajikan Masyarakat, Pekerja & Kerajaan Prihatin
Nazir, imam, bilal dan siak di SelangorYB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal
Golongan petani di SelangorYB Tuan Ir Izham Bin Hashim
Exco Infrastruktur Dan Pertanian
Golongan ibu-ibu tunggal di SelangorYB Puan Dr Siti Mariah Binti Mahmud
Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga
Komuniti Orang Asal di SelangorYB Tuan Hee Loy Sian
Exco Pelancongan Dan Alam Sekitar
GRAB riders yang bermastautin di SelangorRujuk www.platselangor.com -> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang Permohonan
Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di SelangorRujuk www.platselangor.com -> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang Permohonan

Baca juga: SISM40 : Skim Internet Selangor M40 – Pakej Keluarga, Bujang & Asas

Semakan Status Permohonan Berjaya

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh syarikat telekomunikasi pilihan anda sebelum 1 Oktober 2021.

Maklumat Lanjut

Sila emelkan pertanyaan kepada [email protected]

atau layari https://dis.borangmbiselangor.com/

Apakah Inisiatif Data Internet Selangor (DIS)?

Inisiatif Data Internet Selangor (“DIS”) adalah merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor (“KNS”) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi (“TELCO”), bertujuan memberi bantuan kad SIM.

Selama 12 bulan, penerima yang melanggani pakej data internet yang ditawarkan di bawah program DIS akan akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.

Bilakah inisiatif Data Internet Selangor akan bermula?

Permohonan dibuka : 15 Julai 2021
Permohonan ditutup: 15 September 2021
Pengguna terima Kad SIM DIS: Bermula 1 Oktober 2021

Sekiranya saya berhenti menggunakan kad SIM tersebut, adakah akan ada apa-apa penalti?

Sekiranya pengguna didapati tidak menggunakan kad SIM tersebut (contoh : pihak TELCO melaporkan pengguna tidak menggunakan sebarang data langsung dalam tempoh 1 bulan), maka pihak MBI dalam budi bicara mutlak berhak untuk tidak membayar subsidi DIS untuk bulan tersebut dan/atau menghentikan subsidi tersebut

Siapa yang layak memohon inisiatif ini?

– Golongan sasar yang dipilih oleh Pejabat DUN di Selangor
– Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor
– GRAB riders yang bermastautin di Selangor
– Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan Selangor
– Ketua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di Selangor
– Ketua-ketua kampung bagan di Selangor
– Ketua-ketua komuniti India di Selangor
– Nazir, imam, bilal dan siak di Selangor
– Golongan petani di Selangor
– Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor
– Komuniti Orang Asal di Selangor
– Peniaga dalam talian di bawah program Selangor e-bazar

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut