Cuti Semester Matrikulasi 2025, Takwim & Tarikh Peperiksaan

Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2025 – Takwim KPM

Takwim Matrikulasi bagi penggal 2024/2025 sudah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan pelajar baru tahun ini.

Tahniah kepada para pelajar lepasan SPM yang terpilih untuk menyambung pengajian di peringkat Matrikulasi, semoga ianya membuka lembaran baru buat anda untuk terus rajin belajar agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diminati kelak.

Pengenalan Program Matrikulasi

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.

Bagi meningkatkan taraf pengajian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.

Tarikh Lapor Diri

Mengikut Takwim Matrikulasi KPM 2024/2025, tarikh melapor diri bagi pengambilan baru Matrikulasi pada tahun ini adalah pada tarikh berikut:

  • 30 Jun 2024 – Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)
  • 1 Julai 2024 – Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)
  • 11 & 12 Julai 2024 – Bagi Calon Permohonan Rayuan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui kampus Matrikulasi yang ditempatkan dan bidang pengajian yang ditawarkan.

Artikel berkaitan: Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi Sesi 2024 / 2025

Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi Sesi 2024/2025

Berikut merupakan kalendar akademik Matrikulasi bagi sesi 2024/2025 mengikut Takwim Makrikulasi yang dikeluarkan oleh KPM.

  • Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Johor
  • Kumpulan B – Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor

Semester I/III

Semester II/IV

Baca lagi: Semakan Keputusan PSPM – Peperiksaan Semester Matrikulasi

Cuti bagi pelajar Matrikulasi tertakluk kepada negeri lokasi Matrikulasi.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberikan cuti tambahan perayaan seperti ketetapan di bawah:

  • Hari Raya Aidilfitri : 10 & 11 April 2024 – Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2023/2024
  • Pesta Kaamatan : 30 & 31 Mei 2024 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2023/2024
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 & 02 Jun 2024 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2023/2024
  • Hari Raya Aidiladha : 17 Jun 2024 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2023/2024
  • Hari Deepavali :31 Oktober 2024
  • Hari Krismas :25 Disember 2024 – Dalam Cuti Khas Semester II/IV Sesi 2024/2025
  • Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 & 30 Januari 2025 -Jangkaan Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2024/2025 (1)
  • Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 : 31 Mac & 1 April 2025 -Jangkaan Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2024/2025 (2)

Muat turun Takwim Matrikulasi

Anda juga boleh memuat turun Takwim Matrikulasii sesi 2024/2025 dalam format PDF yang disediakan oleh pihak KPM dengan mengklik butang muat turun di bawah:

Bantu kami share artikel ini: