Cuti Belajar Penjawat Awam – Penambahbaikan Mulai 2026

Cuti Belajar
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Mulai 1 Januari 2026, Kerajaan melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap kemudahan Cuti Belajar Penjawat Awam bagi memberi lebih peluang, fleksibiliti dan sokongan kepada pegawai untuk meningkatkan ilmu, kemahiran serta kelayakan profesional. Rujuk portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam untuk maklumat lanjut.

Baca artikel ini untuk mendapat maklumat terpercinci tentang penambahbaikan cuti belajar penjawat awam.

Apa itu Cuti Belajar

Cuti belajar ialah kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai untuk melanjutkan pengajian atau mengikuti kursus bagi tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kelayakan profesional.

Menurut Perintah Am Bab C 1974, ia dirujuk sebagai Cuti Berkursus, iaitu cuti yang diluluskan untuk pegawai mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang secara sepenuh masa.

Dalam tempoh cuti belajar ini, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas hakiki bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian atau kursus yang diikuti.

Walaupun pegawai tidak menjalankan tugas rasmi sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan mereka tidak dianggap terputus, dan ia tidak dikira sebagai berhenti kerja. Ini bermakna status sebagai penjawat awam atau pegawai kerajaan kekal, tertakluk kepada syarat dan kelulusan yang telah ditetapkan.

Jenis Kursus Belajar

Terdapat tiga jenis kursus belajar yang perlu anda tahu. Penjelasannya adalah seperti berikut:

1. Kursus Jangka Pendek (< 3 bulan)

  • Tidak memerlukan kelulusan cuti belajar.
  • Perlu kelulusan menghadiri kursus.
  • Ketua Setiausaha diberi kuasa meluluskan kursus jangka pendek luar negara yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.
  • Keutamaan diberikan kepada institusi latihan tempatan
  • Pemilihan calon berdasarkan kesesuaian kursus dengan tugas
  • Kursus luar negara yang terlalu pendek tempohnya (3 atau 4 hari) adalah tidak digalakkan
  • Anjuran agensi pusat, Kementerian, SUK-SUK Negeri, PBT dan Badan/Kerajaan Asing. Agensi perlu uruskan latihan.
  • Sedia peruntukan 1% daripada bajet emolumen tahunan.

2. Kursus Jangka Sederhana (> 3 bulan – 12 bulan)

  • Memerlukan kelulusan cuti belajar.
  • Perlu rekod dalam buku perkhidmatan
  • Anjuran agensi pusat, Kementerian yang diturunkan kuasa, SUK-SUK Negeri, PBT dan Badan/Kerajaan Asing

3. Kusus Jangka Panjang (> 12 bulan)

  • Memerlukan kelulusan cuti belajar.
  • Perlu rekod dalam buku perkhidmatan
  • Anjuran agensi pusat, Kementerian yang diturunkan kuasa, SUK-SUK Negeri, PBT dan Badan/Kerajaan Asing

Prinsip Cuti Belajar

Cuti Belajar
Bergaji Penuh
(CBBP)
Cuti Belajar
Separuh Gaji
(CBSG)
Cuti Belajar
Tanpa Gaji
(CBTG)
dibayar gaji, imbuhan tetap & elaun yang berkelayakandibayar gaji, imbuhan tetap & elaun yang berkelayakan atas kadar separuhtidak dibayar gaji, imbuhan
tetap & elaun yang berkelayakan
P&P sahajaKumpulan Pelaksana sahajadiberi kepada pegawai yang tidak layak CBBP atau CBSG
maksimum 2 kali untuk kursus jangka panjangmaksimum 2 kali untuk kursus jangka panjangmaksimum 2 kali sepanjang
perkhidmatan, kali ke-2 bagi peringkat pengajian lebih tinggi
kursus untuk pembangunan
kompetensi, bukan untuk
kemajuan kerjaya
kelayakan diperolehi
melayakkan pegawai dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi

Syarat Pemberian Cuti Belajar

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon :

  • berkhidmat secara tetap
  • disahkan dalam skim perkhidmatan semasa
  • Diperakukan Ketua Perkhidmatan / Ketua Jabatan (PPSM)
  • bebas pertuduhan & tindakan tatatertib
  • telah mengisytiharkan harta
  • bukan peminjam tegar
  • tidak disenarai hitam oleh JPA/ badan peminjam Kerajaan
  • telah mendapat tempat pengajian
CBBPCBSGCBTG
LNPT sekurang-kurangnya 85% genap 3 tahun kalendar berturut-turutLNPT sekurang-kurangnya 85% genap 3 tahun kalendar
berturut-turut
LNPT sekurang-kurangnya 85% genap 2 tahun kalendar berturut-turut
umur :
tidak melebihi 50 tahun (Sarjana)
tidak melebihi 45 tahun (PhD)
tidak melebihi 55 tahun (jangka
sederhana)
umur :
tidak melebihi 45 tahun
umur :

tidak melebihi 50 tahun (Sarjana)
tidak melebihi 45 tahun (PhD
mengikuti kursus yang diiktirafmengikuti kursus yang diiktiraf
mempunyai keupayaan
membiayai kursus
mempunyai keupayaan
membiayai kursus
mendapat kelulusan
penangguhan bayaran hutang dengan Kerajaan
mendapat kelulusan
penangguhan bayaran hutang dengan Kerajaan

Penambahbaikan Cuti Belajar

YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah mengumumkan penambahbaikan dasar cuti belajar dalam perkhidmatan awam yang bukan sahaja memberi faedah secara langsung kepada pegawai, malah turut menyumbang kepada peningkatan produktiviti serta pulangan pelaburan Kerajaan dalam pembangunan modal insan.

Berikut adalah penambahbaikan cuti belajar yang perlu anda tahu:

1. Tempoh Perkhidmatan Minimum Dikurangkan

Bagi Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), tempoh perkhidmatan minimum telah dikurangkan kepada 6 tahun. Sebelum ini, syarat tempoh perkhidmatan adalah:

  • 8 tahun bagi peringkat diploma, ijazah pertama dan sarjana
  • 9 tahun bagi peringkat Ph.D

Penambahbaikan ini memberi peluang lebih awal kepada penjawat awam untuk melanjutkan pengajian.

Cuti Belajar

2. CBBP Kumpulan Pelaksana Diseragamkan

Kemudahan CBBP bagi Kumpulan Pelaksana kini diselaraskan sama ada:

  • dengan biasiswa, atau
  • tanpa biasiswa

Langkah ini memastikan kesaksamaan peluang kepada semua kumpulan dalam perkhidmatan awam.

Cuti Belajar

3. Cuti Belajar Diperluaskan kepada Kursus Selain Akademik

Kerajaan turut memperluaskan kemudahan cuti belajar kepada kursus selain akademik, termasuk kursus profesional, teknikal dan kemahiran khusus yang relevan dengan keperluan perkhidmatan.

Cuti Belajar

4. Tiada Had Maksimum untuk Kursus Jangka Sederhana (Selain Akademik)

Bagi kursus jangka sederhana selain akademik, had maksimum kemudahan cuti belajar dimansuhkan.

Ini memberi fleksibiliti kepada pegawai untuk mengikuti latihan yang lebih sesuai dengan keperluan tugas dan organisasi.

5. Had Umur Maksimum Dinaikkan kepada 50 Tahun

Had umur maksimum bagi mengikuti kursus jangka sederhana telah dinaikkan daripada 46 tahun kepada 50 tahun, sekali gus membuka peluang kepada pegawai berpengalaman untuk meningkatkan kompetensi diri.

6. Naik Taraf Pengajian dari Sarjana ke Ph.D

Pegawai yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana kini boleh dipertimbangkan untuk naik taraf ke peringkat Ph.D, sekiranya tawaran diberikan oleh pihak institusi pengajian.

Ini menggalakkan kesinambungan kecemerlangan akademik dalam perkhidmatan awam.

7. Nilai Ganti Rugi Berdasarkan Kos Sebenar Tajaan

Bagi pengajian dalam negara, nilai ganti rugi sekiranya pegawai gagal mematuhi syarat perjanjian akan dipinda kepada nilai kos sebenar tajaan Kerajaan, menjadikannya lebih telus dan adil.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Pegawai Awam yang mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa boleh dirujuk kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Perancangan Dan Dasar Latihan)

Telefon : 03-88853677 / 3367 / 3362
Faks : 03-88810742 / 0743
Emel : [email protected]

Soalan Lazim – Cuti Belajar

Apakah yang dimaksudkan dengan cuti belajar?

Cuti belajar ialah cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada pegawai awam untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau jangka panjang secara sepenuh masa tanpa menjejaskan status perkhidmatan.

Adakah cuti belajar dikira sebagai putus perkhidmatan?

Tidak. Sepanjang tempoh cuti belajar, pegawai masih dianggap dalam perkhidmatan dan tidak dikira sebagai berhenti kerja.

Siapakah yang layak memohon?

Pegawai awam yang memenuhi syarat kelayakan, termasuk tempoh perkhidmatan minimum serta kelulusan Ketua Jabatan.

Apakah jenis kursus yang dibenarkan di bawah?

Cuti belajar merangkumi kursus akademik dan bukan akademik, termasuk kursus jangka sederhana dan jangka panjang yang berkaitan dengan keperluan perkhidmatan.

Adakah pegawai menerima gaji semasa cuti?

Bergantung kepada kelulusan, pegawai boleh diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) sama ada dengan atau tanpa biasiswa.

Apakah perubahan utama cuti belajar mulai 1 Januari 2026?

Antara penambahbaikan utama ialah pengurangan tempoh perkhidmatan minimum, peluasan jenis kursus, peningkatan had umur maksimum dan penambahbaikan syarat ganti rugi.

Ke mana perlu dirujuk sekiranya terdapat pertanyaan lanjut?

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak berkuasa atau jabatan yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan cuti belajar di peringkat agensi masing-masing.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut