CCMS – Semakan Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

CCMS – Semakan Keputusan Kolej Komuniti : Keputusan peperiksaan kini boleh mula disemak secara online bagi semua pelajar Kolej Komuniti. Sila buat semakan keputusan bermula 02 Januari 2026 di pautan: https://app.mypolycc.edu.my/ccms/

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang di masa hadapan. 

CCMS – Semakan Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti

Semakan Keputusan Penilaian Sesi I: 2025/2026 boleh dilaksanakan bermula 02 Januari 2026 (Jumaat).

Semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan yang tertera.

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KOLEJ KOMUNITI

Keputusan peperiksaan boleh disemak dengan melayari https://app.mypolycc.edu.my/ccms/ .

Anda perlu memasukkan maklumat

  • Username : No kad pengenalan
  • Password : No pelajar

Berikut dikongsikan info berkenaan cara menyemak himpunan purata nilai mata (HPNM) untuk mengetahui nilai mata kredit terkumpul anda.

semakan keputusan peperiksaan kolej komuniti ccms

Sistem Gred

semakan keputusan peperiksaan kolej komuniti ccms
semakan keputusan peperiksaan kolej komuniti ccms
semakan keputusan peperiksaan kolej komuniti ccms

PENDAFTARAN PELAJAR BARU

Bagi pelajar baru, anda boleh mendapatkan slip keputusan secara atas talian setelah mendaftar dengan langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://app.mypolycc.edu.my/ccms/ .
  2. Klik > DAFTAR PELAJAR.
  3. Pilih > PELAJAR BARU.
  4. Sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda (-). Pastikan nombot pendaftaran bermula dengan N01.
  5. Paparan maklumat pelajar akan muncul pada skrin.
  6. Klik pada butang SLIP untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan.
  7. Sila hubungi Unit Peperiksaan jika terdapat masalah atau pertanyaan.

Teruskan usaha dan terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Soalan Lazim Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti

Apakah CCMS?

CCMS – Community College Management System adalah sistem pengurusan berpusat bagi tujuan pengurusan rekod pelajar-pelajar Kolej Komuniti.

Bagaimana CCMS dibangunkan?

Community College Management System dibangunkan secara ‘inHouse’ bagi memenuhi aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) untuk menyediakan sebuah platform Pengurusan Data Pelajar yang menyeluruh dan lengkap.
Bagi tujuan pembangunan sebuah sistem pengurusan pelajar yang komprehensif, sekumpulan staf dengan pelbagai latar belakang dan kepakaran telah dibentuk. Matlamatnya hanya satu; Bagi menghasilkan sebuah sistem menyeluruh secara kendiri (inhouse) berteraskan konsep Single-Sign-On (SSO).

Bilakah keputusan peperiksaan Kolej Komuniti akan diumumkan?

Sukacita dimaklumkan bahawa para pelajar boleh membuat semakan Keputusan Rasmi Penilaian Sesi I:2025/2026 bermula 2 Januari 2026.

Bagaimana cara membuat semakan keputusan peperiksaan Kolej Komuniti 2026?

Semakan boleh dibuat secara online di : https://app.mypolycc.edu.my/ccms/

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut