Cara Ikat Tie: Panduan Ikat Tie Dengan Mudah & Sesuai

cara kat tie
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi mereka yang tidak mengetahui untuk mengikat tali leher, terdapat cara ikat tie dengan mudah yang boleh dipelajari.

Ini bagi memastikan tali leher yang dipakai kelihatan kemas dan profesional.

Maksud Tali Leher / Tie

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, tali leher ialah sejalur kain atau tali leher kupu-kupu yang dipakai di keliling leher.

Tali leher ini merupakan ikatan empat dalam tangan (simpul hidup) dan tali leher kupu-kupu.

Ia sering dipakai sebagai sebahagian daripada pakaian rasmi atau profesional, seperti dalam acara perniagaan, perkahwinan atau acara rasmi lain.

Selain itu, tali leher juga datang dalam pelbagai warna, corak dan jenis kain.

Kepentingan Mempelajari Cara Ikat Tie

Adalah amat penting untuk mempelajari cara ikat tali leher iaitu:

  • Tampil dengan penuh keyakinan di pejabat atau ketika menghadiri acara rasmi.
  • Membentuk persepsi profesionalisme dalam diri.
  • Menonjolkan kematangan dan keperibadian yang lebih terurus.
  • Proses bersiap setiap hari akan menjadi lebih pantas dan menyeronokkan

Pemilihan Tali Leher Yang Betul

Untuk pemilihan tali leher, terdapat 6 tip pemilihan tali leher yang betul iaitu:

1- Saiz Tali Leher

Terdapat tiga jenis saiz tali leher yang ada di pasaran iaitu:

  • Jenis standard (saiz 3.75 – 4 inci)
  • Narrow (saiz 2.75 – 3 inci)
  • Skinny (saiz 1.75 – 2 inci)

Lelaki berbadan plus saiz sesuai memakai tali leher standard manakala lelaki berbadan sederhana lebih segak mengenakan tali leher jenis narrow dan berbadan kurus sesuai dengan jenis skinny.

2- Mengikut Baju yang Dipakai

Setiap individu mestilah memakai tali leher yang sesuai berdasarkann warna, corak dan kemeja yang sesuai.

Jika memakai baju berwarna neutral atau lembut, pilih tali leher warna terang.

Sekiranya memakai baju bercorak dan berbelang, tali leher plain lebih sepadan.

3- Kedudukan Tali Leher

Paras atau kedudukan tali leher sebaiknya mestilah mencecah kepala tali pinggang.

Namun, tali leher terlalu pendek menampakkan sisi diri tidak matang atau tali leher yang dipakai terlalu panjang pula akan membuatkan anda kelihatan selekeh.

4- Ada Dimple

Dimple adalah lekukan di pangkal ikatan dan pemakaian tali leher yang baik apabila terdapat dimple.

Dua cara untuk menghasilkan dimple iaitu perlu menarik tali leher ke atas untuk dikemaskan pada leher, kemudian letak jari telunjuk di atas tali leher dan tarik perlahan-lahan.

Cara kedua, menarik tali leher ke atas, lipatkan tali leher dan tarik perlahan-lahan.

5- Cuba Sebelum Membeli

Cuba tali leher yang ingin dibeli dan perhatikan sama ada tali leher itu menarik atau sepadan dengan individu yang dipakai.

6- Tali leher Dipotong Elok

Pastikan tali leher yang dibeli itu dipotong elok. Bagi mengetahui tali leher itu berada dalam kondisi yang baik atau tidak, caranya dengan memegang hujung tali leher yang paling tirus dan biarkan ia jatuh ke bawah. Jika tali leher tidak berpintal, itu bermakna ia telah dipotong dengan baik.

Cara Ikat Tie Gaya Profesional

Terdapat 3 jenis ikat tie gaya profesional:

1- Four-In-Hand Knot

  • Letakkan tali leher di leher dengan hujung lebar di sebelah kanan dan hujung sempit di sebelah kiri. Pastikan hujung sempit berada lebih tinggi daripada hujung lebar.
  • Silang hujung lebar ke atas hujung sempit ke arah kiri.
  • Silangkan semula hujung lebar di bawah hujung sempit ke arah kanan.
  • Silangkan lagi hujung lebar ke atas hujung sempit ke arah kiri.
  • Tarik hujung lebar ke atas melalui gelung leher dari bahagian bawah.
  • Lalukan hujung lebar ke bawah melalui gelung kecil yang telah anda bentuk pada simpulan.
  • Tarik ke bawah untuk mengetatkan simpulan sehingga hujung lebar terlihat di bahagian depan.
  • Laraskan simpulan dengan meluncurkannya ke atas atau ke bawah mengikut keselesaan.

2- Half-Windsor Knot

  • Letakkan tali leher di leher dengan hujung lebar di sebelah kanan dan berada sedikit lebih rendah daripada hujung sempit.
  • Silangkan hujung lebar ke atas hujung sempit dari kanan ke kiri, membentuk huruf “X”.
  • Bentukkan gelung menggunakan hujung lebar secara mendatar di sekeliling hujung sempit, kemudian lalukan di belakang dari kiri ke kanan.
  • Bawa hujung lebar ke atas melalui ruang di bahagian tengah “X” yang anda bentuk, kemudian tarik ke bawah dengan ketat.
  • Pegang hujung lebar dengan satu tangan dan lilitkan di hadapan hujung sempit dari kanan ke kiri.
  • Dengan segi tiga telah terbentuk di bahagian tengah kolar, pegang simpulan tersebut dengan kuat menggunakan sebelah tangan. Gunakan tangan kanan untuk membawa hujung lebar ke arah dada, kemudian lalukan melalui gelung di belakang dan keluarkan melalui ruang “X”.
  • Tarik hujung lebar ke bawah untuk mengetatkan simpulan dan luncurkannya ke atas hingga ke leher sehingga anda selesa.

3- Full-Windsor Knot

  • Letakkan tali leher di leher dengan hujung lebar di sebelah kanan dan hujung sempit di sebelah kiri. Pastikan hujung lebar tergantung kira-kira 4-6 inci lebih rendah daripada pinggang.
  • Silangkan hujung lebar ke atas hujung sempit dari kanan ke kiri, membentuk huruf “X” di bawah dagu anda.
  • Bawa hujung lebar ke atas melalui gelung leher dari bawah, kemudian tarik ke bawah ke sebelah kiri.
  • Silangkan hujung lebar di belakang hujung sempit dari kiri ke kanan.
  • Bawa hujung lebar ke atas melalui gelung leher sekali lagi, kemudian tarik ke bawah ke sebelah kanan.
  • Silangkan hujung lebar di hadapan simpulan dari kanan ke kiri, membentuk jalur mendatar di hadapan simpulan.
  • Bawa hujung lebar ke atas melalui gelung leher dari bawah.
  • Tarik hujung lebar ke bawah melalui jalur mendatar yang anda bentuk pada Langkah 6.
  • Tarik hujung lebar ke bawah untuk mengetatkan simpulan, sambil melaraskan sehingga simpulan simetri dan kemas. Pastikan simpulan terletak di tengah kolar.

Cara Ikat Tie Segera

Untuk ikat tali leher dengan segera atau mudah yang sesuai untuk sekolah menengah atau rendah, sila tonton video di bawah:

Sumber:

Baca juga: Pakaian Penjawat Awam – Etika Pakaian Penjawat Awam 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut