Cara Hilangkan Love Bite Dengan Cepat, Ini 6 Petua Semula Jadi

Bagaimanakah cara hilangkan love bite? Setiap pasangan suami isteri pasti ada gaya tersendiri untuk membangkitkan rasa cinta di bilik tidur termasuklah dengan membuat gigitan cinta.

Namun gigitan cinta pasangan anda kadang kala boleh membuat anda “segan” apabila berada di khalayak ramai.

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara hilangkan love bite yang boleh anda lakukan.

Baca juga:

Apa itu love bite?

Love bite, hickey atau gigitan cinta adalah bintik darah yang berbentuk bintik gelap yang lebih besar, yang asalnya adalah lebam. Lebam ini akan berubah warna dari semasa ke semasa daripada merah atau ungu gelap kepada kuning.

Leher adalah kawasan yang biasa terjadinya love bite kerana lebih terbuka dan mudah didapatkan di mana-mana sahaja.

Bagaimana love bite terbentuk?

Apabila pasangan anda menghisap dan mengigit kulit anda, tekanan itu memecahkan saluran darah kecil di bawah permukaan.

Pembuluh yang pecah itu nantinya akan mengeluarkan bintik-bintik kecil darah yang dipanggil sebagai “petechiae”.

Cara hilangkan love bite

Terdapat beberapa cara hilangkan love bite dengan cepat yang boleh anda cuba, antaranya seperti:

1. Gunakan ketulan ais

Ais boleh membantu mengurangkan bengkak lebam yang baru. Suhu yang sejuk membantu memperlahankan aliran darah dari salur ke dalam kulit. 

Anda juga boleh menggunakan pek ais, kain yang dilembapkan dengan air sejuk, atau juga sudu sejuk. Walau apa pun, gunakan ais ini pada love bite anda selama 10 minit beberapa kali sehari selama 2 hari pertama.

2. Tampal dengan kulit pisang

Bagi anda yang gemar makan pisang jangan terus buang kulitnya. Kulit pisang dikatakan sangat sinonim dengan petua kecantikkan.

Kulit pisang mengandungi vitamin dan nutrien yang boleh membantu mengurangkan lebam love bite.

Caranya mudah sahaja dengan menggosok bahagian dalam kulit pisang pada love bite sehingga 30 minit atau sehingga kulitnya bertukar menjadi coklat.

Anda boleh ulang teknik ini sekurang-kurangnya dua kali sehari sehingga love bite anda pudar.

3. Sapu aloe vera

Cara untuk menghilangkan love bite yang seterusnya adalah menggunakan aloe vera. Aloe vera mempunyai ciri anti-radang yang boleh membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan kulit.

Untuk merawat love bite, anda boleh sapukan gel atau krim aloe vera pada lebam di leher anda sekurang-kurangnya dua kali sehari.

4. Urutan kawasan leher

Urutan secara perlahan selama beberapa minit dikatakan adalah cara untuk menghilangkan love bite yang berkesan.

Ia boleh melegakan kesakitan dan merangsang aliran darah. Namun jangan urut terlalu kuat kerana ia mungkin akan memberi lebih banyak tekanan yang memburukkan lagi bahagian lebam.

5. Pakai consealer

Alat solek bukan sahaja berguna untuk mencantikkan muka tetapi ia juga boleh dijadikan trik mudah sebagai cara untuk menghilangkan love bite.

Hanya sahaja pastikan anda pilih tona warna yang sesuai. Warna hijau boleh menyembunyikan kemerahan, manakala warna kuning akan menyembunyikan lebam ungu.

Jika anda mempunyai kulit yang lebih gelap, love bite anda mungkin boleh disembunyikan dengan warna ungu, coklat gelap atau hitam.

6. Sapu ubat gigi

Ubat gigi seperti Colgate atau apa-apa sahaja jenama yang mengandungi mint atau pepermint boleh dijadikan cara untuk menghilangkan love bite.

Kesan dan bahaya love bite

Secara umumnya, love bite tidaklah berbahaya. Namun ada sesetengah kes seperti yang berlaku pada seorang wanita New Zealand menjadi lumpuh sebahagiannya kerana berlaku pembekuan otak.

Begitu juga dengan seorang wanita di Denmark yang menjadi lemah di sebelah kanan akibat strok 12 jam selepas mendapat love bite.

Kes-kes yang kami jelaskan tadi sememangnya boleh dikatakan bahawa love bite akan mendatangkan bahaya tertentu.

Justeru, sekiranya anda mempunyai tanda seperti dibawah segeralah berjumpa dengan doktor.

  • Love bite tidak hilang selepas beberapa minggu
  • Lebam sangat sakit
  • Anda melihat lebam di bahagian lain pada badan anda, terutamanya jika anda tidak tahu bagaimana anda mendapatkannya
  • Terdapat ketulan pada lebam

Gangguan ini mungkin sebenarnya menunjukkan tanda kepada masalah serius berkaitan dengan penyakit darah atau gangguan pembekuan

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan HFMD dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. How to Get Rid of a Hickey: 10 Tips and Tricks. Healthline
  2. How to Get Rid of a Hickey as Fast as Possible. Mens Health
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!