Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) atau Wellness Month disambut sepanjang bulan September setiap tahun. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang bulan Sepetember dan juga Oktober untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat. Layari portal infosihat.moh.gov.my/ untuk mengetahui senarai aktiviti dan lokasi.
Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) peringkat kebangsaan untuk tahun 2025 telah diadakan di AEON Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 19 September – 21 September 2025.
Sambutan tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, dan berlangsung dengan pelbagai aktiviti kesihatan sepanjang bulan September 2025.
Majlis ini termasuk pengenalan inisiatif Healthy Living Mall bagi mempromosikan gaya hidup sihat di pusat beli-belah.
Sambutan BMSS 2025 turut meriah dengan acara seperti karnival, program jelajah, dan cabaran langkah sihat di pelbagai lokasi.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera atau dikenali sebagai Wellness Month adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Wellness Month merupakan penjenamaan semula Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan akan disambut pada bulan September setiap tahun.
Tujuannya adalah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat.
Selari dengan halatuju KKM untuk beralih fokus daripada sick care (medical responsibility) kepada health care (health ownership), sambutan Wellness Month ini menggunakan pendekatan pencegahan dalam promosi pembudayaan hidup sihat.
Ia bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan imuniti badan (lifestyle immunity) dalam mencegah dan melawan sebarang jangkitan dan penyakit, malah demi penuaan yang sihat (healthy aging).
BACA JUGA: Cara Tempah Temu Janji Klinik Kesihatan KKM (MySejahtera)
Logo
Berikut ialah logo rasmi Wellness Month yang perlu digunakan dalam semua promosi dan publisiti.

Pautan muat turun: https://tinyurl.com/logowellnessmonth
Objektif
Umum
Merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat.
Khusus
a) Meningkatkan literasi kesihatan rakyat.
b) Mengukuhkan solidariti promosi kesihatan melalui kolaborasi antara agensi kerajaan, swasta, NGO dan komuniti.
Domain Mesej Utama
Program/ aktiviti Wellness Month akan memfokuskan kepada lima domain pembudayaan hidup sihat seperti di bawah.

Tempoh Pelaksanaan BMSS
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera disambut sepanjang bulan September setiap tahun.
Program/ aktiviti sambutan akan dilaksanakan sepanjang bulan September (dan Oktober) supaya semangat budaya hidup sihat di sebalik sambutan dapat dikukuhkan dalam kalangan Rakyat Malaysia dengan momentum yang baik.
Aktiviti seperti karnival, program jelajah, acara 10,000 langkah, aktiviti Outreach WoW, dan Open Day BMSS@Wellness Hub akan diadakan di pelbagai peringkat komuniti, tempat kerja dan institusi pendidikan.
BMSS – Aktiviti Sambutan Peringkat Kebangsaan
Aktiviti sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) peringkat kebangsaan 2025 melibatkan pelbagai program utama yang diadakan sepanjang bulan September 2025, antaranya:
- Majlis Sambutan BMSS di AEON Mall AU2 Setiawangsa dengan pelancaran Healthy Living Mall yang merangkumi laluan berjalan kaki (mall walking), promosi makanan sihat, kawasan tanpa asap rokok, program kitar semula e-waste, dan promosi mesej kesihatan melalui media digital.
- Cabaran 10,000 langkah yang melibatkan pelbagai agensi, kementerian, dan rakyat am.
- Aktiviti Outreach WoW yang menyediakan saringan kesihatan dan sesi senaman di komuniti.
- Karnival interaktif dengan pemeriksaan kesihatan, permainan, kuiz, pertandingan mewarna, dan aktiviti aerobik.
- Program HePiLI bersama Didi & Friends untuk anak-anak, fokus kepada pendidikan pembudayaan hidup sihat.
- Pelbagai acara yang diadakan di zon-zon seperti Zon Pantai Timur, Bukit Bintang, Putrajaya, dan kawasan komuniti lain.
- Sambutan World Physical Activity Day yang menampilkan aktiviti fizikal santai dan menyeronokkan.
- Program MyCHAMPION yang menghargai sukarelawan pembudayaan hidup sihat sebagai agen perubahan komuniti.
Kalendar Aktiviti – Peringkat Kebangsaan 2025


Aktiviti Sambutan BMSS Peringkat Negeri/Daerah
Berikut ialah antara aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan BMSS peringkat negeri dan daerah:
1. PULAU PINANG

2. JOHOR BAHRU

3. SABAH
Cabaran 1 Juta Langkah Sihat bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2024. Bermula 1 Ogos – 15 September 2024.

4. SARAWAK

5. SELANGOR
Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, mengembara ke 9 buah sekolah terpilih di setiap daerah di negeri Selangor sepanjang bulan ini.

6. MELAKA
- Tarikh : 13 – 15 September 2024
- Hari : Jumaat – Ahad
- Tempat : MITC Ayer Keroh, Melaka.
- Masa : 10 pagi – 10 malam


7. PERAK
Pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera bertemakan “SIHAT 360” akan berlangsung, antaranya:
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
- Pertandingan Teluk Intan Got Talent
- Pertandingan Poster Ai
- Pertandingan Doodles
- Pertandingan Tiktok Challenge
- Pertandingan Cipta Arca Menara Condong Teluk Intan


8. KEDAH

9. TERENGGANU
“Tranung Sihat Sokmo” – FunWalk 10K Steps & Wellness Hub Open Day diadakan Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Terengganu 2024.
- Tarikh: 7 September 2024 (Sabtu), 7.30pagi
- @Wellness Hub Terengganu & Pantai Miami Beach Teluk Ketapang
- 2.5KM & 5KM
- Terdapat cabutan bertuah & pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan

Aktiviti Jangkau Luar
Aktiviti jangkau luar yang diadakan semasa Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2024 termasuk program-program yang bertujuan untuk memperluas kesedaran dan pendidikan kesihatan di kalangan masyarakat. Berikut adalah beberapa aktiviti utama:
1. Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera:
Program ini melibatkan 116 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia, dengan satu sekolah bagi setiap daerah. Ia bertujuan untuk mendidik pelajar mengenai pentingnya gaya hidup sihat dan aktiviti fizikal.
2. Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera:
Diadakan pada 24-25 Ogos 2024, fiesta ini merupakan sebahagian daripada Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan BMSS. Pelbagai aktiviti menarik seperti zumba, program outreach MyCHAMPION, sukan rakyat, dan fun run telah dilaksanakan, menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung.
3. Wellness Month @ Lotus:
Acara ini dijadualkan pada 30 September 2024 di Lotus Setia Alam, yang menyasarkan penyertaan sekitar 6,000 orang dalam pelbagai aktiviti menarik.
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan literasi kesihatan dan mempromosikan budaya hidup sihat secara lebih meluas dalam masyarakat.
BACA JUGA: Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) : Semakan Kesihatan Mental KKM
Pempengaruh Jemputan (Influencer)
Bagi memeriahkan sambutan, beberapa pempengaruh akan turut hadir. Antaranya:
- Achey
- Atu Zero
- Bell Ngasri
- Cho Howe
- Ravi Zephyr
- Arwan
- Mek Yun
- Aliana Azman
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau info terkini, sila layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jangan lupa ikuti media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia:
- Instagram: myhealthkkm
- Facebook: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA




