Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM

Pelajar boleh memuat turun buku teks Sejarah Tingkatan 5 untuk rujukan pembelajaran mereka.

Berikut merupakan maklumat mengenai buku teks ini dan isi kandungannya.

Mengenai Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ini dihasilkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Malaysia dan Masa Hadapan yang terbahagi kepada empat tajuk utama.

Tajuk pertama, Pengukuhan Kedaulatan Negara dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Konsep Kedaulatan Negara, Perlembagaan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen serta Sistem Persekutuan.

Tajuk kedua, Pembentukan Malaysia yang mengandungi dua bahagian, iaitu Gagasan
Pembentukan Malaysia dan Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia.

Tajuk ketiga ialah Kemakmuran Negara yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Membina Kesejahteraan Negara dan Membina Kemakmuran Negara.

Seterusnya tajuk keempat, Malaysia di Persada Dunia yang merangkumi tiga bahagian, iaitu Asas Pembinaan Dasar Luar Malaysia, Pemantapan Dasar Luar Malaysia dan Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia.

Kandungan yang disediakan dalam buku teks ini juga menekankan kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa hadapan, kontekstual serta mengaplikasikan Kaedah Pembelajaran Abad Ke-21.

Terdapat juga aktiviti Kemahiran Pemikiran Sejarah dan program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) agar murid dapat memahami sesuatu peristiwa bersejarah dengan lebih mendalam.

Akhirnya, murid diharap dapat menghayati sejarah secara empati bagi membentuk jiwa patriotik dan pemikiran yang kritis.

Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut dijelmakan menerusi latihan, aktiviti dan penilaian agar murid berupaya mengaplikasikan ilmu dan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

Isi Kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Isi kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

  • Bab 1: Kedaulatan Negara
    – Konsep Kedaulatan
    – Ciri Negara yang Berdaulat
    – Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
    – Langkah Mempertahankan Kedaulatan
  • Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
    – Latar Belakang Sejarah
    – Perlembagaan Persekutuan
    – Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
    – Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan
    – Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965
  • Bab 3: Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
    – Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
    – Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
    – Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
    – Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa
    – Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita
  • Bab 4: Sistem Persekutuan
    – Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita
    – Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
    – Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
    – Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan
  • Bab 5: Pembentukan Malaysia
    – Konsep Gagasan Malaysia
    – Perkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia
    – Reaksi Tempatan dan Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia
    – Langkah Pembentukan Malaysia
    – Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
    – Konfrontasi dan Usaha Menangani
  • Bab 6: Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    – Cabaran Dalaman Malaysia
    – Pemisahan Singapura
    – Menangani Ancaman Komunis
    – Isu Pembangunan dan Ekonomi
    – Tragedi Hubungan antara Kaum
  • Bab 7: Membina Kesejahteraan Negara
    – Perpaduan dan Integrasi Nasional
    – Dasar Pendidikan Kebangsaan
    – Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan
    – Dasar Kebudayaan Kebangsaan
    – Sukan sebagai Alat Perpaduan
    – Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara
  • Bab 8: Membina Kemakmuran Negara
    – Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
    – Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
    – Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
    – Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
    – Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
  • Bab 9: Dasar Luar Malaysia
    – Latar Belakang Dasar Luar
    – Asas Penggubalan Dasar Luar
    – Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
    – Malaysia dalam Komanwel
    – Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar
    – Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
    – Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
    – Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
  • Bab 10: Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia
    – Malaysia dalam Isu Global Kontemporari
    – Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa
    – Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan
    – Usaha Mengekalkan Kelestarian Global
    – Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan

Muat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Buku teks ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Skema Jawapan

Skema jawapan untuk latihan dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file di bawah:

Dapatkan buku teks ini di SINI.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!