Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM

Untuk buku teks Sejarah Tingkatan 4, murid boleh memuat turun buku teks ini untuk membuat rujukan.

Berikut merupakan maklumat mengenai buku ini dan isi kandungannya.

Mengenai Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah ini dihasilkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Pembinaan Negara dan tema ini terbahagi kepada tiga tajuk utama.

Tajuk pertama, Nasionalisme di Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Warisan Negara Bangsa, Nasionalisme dan Nasionalisme di Negara Kita.

Tajuk kedua, Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air yang mengandungi lima bahagian, iaitu Konflik Dunia dan Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun, Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita, Persekutuan Tanah Melayu 1948 serta Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 1948.

Tajuk ketiga ialah Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Usaha ke Arah Kemerdekaan, Pilihan Raya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu.

Selain itu juga, kandungan yang disediakan dalam buku teks ini juga menekankan kepelbagaian teknik pembelajaran dan pengajaran seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kontekstual serta mengaplikasikan Kemahiran Abad Ke-21.

Terdapat juga aktiviti Kemahiran Pemikiran Sejarah dan program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) agar murid dapat memahami sesuatu peristiwa bersejarah dengan lebih mendalam.

Akhirnya, murid diharap dapat menghayati sejarah secara empati bagi membentuk jiwa patriotik dan kritis.

Dalam membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka penyampaian kandungan, aktiviti, latihan dan penilaian turut dipersembahkan dalam bentuk grafik dan peta pemikiran yang sesuai.

Isi Kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Isi kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

  • Bab 1: Warisan Negara Bangsa
    – Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
    – Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
    – Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
    – Peranan Pemerintah dan Rakyat
  • Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme
    – Maksud Nasionalisme
    – Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
    – Perkembangan Nasionalisme di Asia
    – Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
    – Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
    – Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
    – Perkembangan Nasionalisme
    – Kesan Perkembangan Nasionalisme
  • Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
    – Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
    – Latar Belakang Perang Dunia
    – Perang Dunia Kedua
    – Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
    – Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
    – Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
    – Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
    – Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
    – Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun
  • Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
    – British Military Administration
    – Gagasan Malayan Union
    – Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union
    – Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British
    – Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak
    – Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British
    – Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah
  • Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948
    – Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
    – Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
    – Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
    – Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
    – Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
    – Ancaman Komunis di Negara Kita
    – Usaha Menangani Ancaman Komunis
    – Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
  • Bab 7: Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    – Latar Belakang Idea Negara Merdeka
    – Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
    – Sistem Ahli
    – Sistem Pendidikan Kebangsaan
    – Penubuhan Parti Politik
  • Bab 8: Pilihan Raya
    – Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu
    – Proses Pilihan Raya Umum Pertama
    – Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
    – Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
  • Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    – Usaha Rundingan Kemerdekaan
    – Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
    – Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka
    – Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
  • Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan
    – Pengertian Kemerdekaan
    – Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
    – Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
    – Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita
    – Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

Muat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Buku teks ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Skema Jawapan

Dapatkan buku ini di SINI.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!