Buah Markisa: 8 Khasiat Pada Kesihatan & Cara Makan

Buah markisa disebut sebagai buah yang mempunyai gabungan rasa tembikai, nenas dan kiwi.

Selain rasanya yang unik dan harganya mahal, tahukah anda buah ini mempunyai manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia kerana kaya dengan kandungan nutrisi yang baik?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah markisa dan cara makannya yang betul.

Baca juga:

Apa itu buah markisa?

Treehugger

Buah markisa (Passiflora edulis / Passiflora flavicarpa) adalah sejenis buah tropika yang banyak ditanam di kawasan tropika dan subtropika seperti Amerika Selatan, Afrika Selatan, Florida, dan Caribbean.

Buah ini mempunyai warna kulit luar yang sangat menarik iaitu ungu dan kuning. Kulit luarnya keras dan ada pulpa yang lembut di dalamnya yang penuh dengan biji.

Biji dan pulpa tersebut boleh dimakan dan mengandungi nutrien penting termasuklah antioksidan, serat, vitamiin dan mineral untuk menyokong kesihatan lebih baik.

Gabungan rasa masam dan manisnya menjadikan ia begitu unik dan menarik di antara buah-buahan lain di dunia ini.

Jenis-jenis buah markisa

The Essential Store

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 100 gram buah kundur mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:

  • Air: 72.9 g
  • Tenaga: 97 g
  • Protein: 2.2 g
  • Jumlah lemak: 0.7 g
  • Karbohidrat: 23.4 g
  • Serat: 10.4 g
  • Jumlah gula: 11.2 g
  • Kalsium: 12 mg
  • Zat besi: 1.6 mg
  • Magnesium: 29 mg
  • Fosforus: 68 mg
  • Kalium: 348 mg
  • Natrium: 28 mg
  • Zink: 0.1 mg
  • Folat: 14 µg
  • Kuprum: 0.086 mg
  • Selenium: 0.6 µg
  • Vitamin C: 30 mg
  • Riboflavin: 0.13 mg
  • Niasin: 1.5 mg
  • Kolin: 7.6 mg
  • Vitamin A: 64 µg
  • Karotena: 743 µg

Khasiat buah markisa

Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan sistem imun

Buah markisa kaya dengan vitamin C iaitu antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Vitamin C boleh meningkatkan sistem imun dengan membantu badan menyerap lebih banyak zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan dan meningkaykan keupayaan badan untuk melawan jangkitan dalam badan.

2. Menyokong kesihatan jantung

Kajian telah membuktikan buah ini memberi manfaat yang luar biasa kepada kesihatan jantung berpunca dari keupayaannya mengawal tahap kolesterol.

Serat larut (pektin) dalam buah ini akan mengikat kolesterol dalam saluran penghadaman dan seterusnya menghalang berlakunya penyerapan dalam badan. Ini membolehkan kolesterol jahat dalam badan berkurangan.

Bukan itu sahaja, makan buah markisa juga dapat mengawal tekanan darah yang menyumbang kepada risiko serangan jantung.

Ini jelas kerana di dalam kalium mengandungi sekitar 63 mg kalium yang menyumbang kira-kira 2% daripada keperluan kalium harian manusia (2,600-3,400 mg kalium setiap hari).

3. Menyokong kesihatan usus

Di samping itu, buah markisa juga adalah sumber serat yang baik yang mana banyak memberi manfaat kepada mikrobium usus.

Mereka yang mempunyai masalah pada mikrobium usus boleh menyebabkan keradangan dan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih kronik.

4. Membaiki seri kulit

Buah markisa adalah sumber vitamin A yang hebat dan bermanfaat untuk menjaga kulit lebih sihat.

Antioksidan lain dalam buah ini seperti vitamin C, riboflavin dan karotena juga meningkatkan kesihatan kulit, menghidratkan kulit serta melambatkan tanda-tanda penuaan pramatang.

Ia kaya dengan piceatannol yang mungkin mempunyai kesan positif sebagai agen anti penuaan.

5. Menguatkan tulang

Kandungan magnesium, kalsium, zat besi dan fosforus dalam buah ini menjadi pelengkap kepada diet harian anda untuk mengekalkan ketumpatan tulang dan mencegah osteoporosis.

6. Rendah kadar indeks glisemik

Indeks glisemik (GI) adalah diukur seberapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan gandum mampu meningkatkan paras gula dalam darah anda selepas dimakan.

Buah markisa antara buah-buahan yang mempunyai tahap GI yang rendah hanya sekitar 30 sahaja.

7. Bagus untuk wanita hamil

Ibu hamil disyorkan untuk makan buah markisa. Hal ini kerana, buah ini mengandungu folat yang membantu dalam pertumbahan dan perkembangan janin serta mencegah kecatatan tiub saraf pada bayi.

Folat adalah sangat penting sebelum dan semasa kehamilan. Bahkan semasa penyusuan pun keperluannya semakin bertambah.

8. Membantu masalah insomnia

Harman dalam buah ini mempunyai sifat sedatif yang membantu merawat masalah insomnia dan anxiety.

Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam dan menyeluruh perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

Cara makan yang betul

buah markisa
Getty Image

Buah markisa hanya boleh dimakan isi di dalamnya sahaja. Manakala kulit luarnya dibuang. Jadi untuk memakannya, anda perlu belah menjadi dua bahagian.

Kemudian, korek dengan sudu isi buah tersebut dan makan bersama biji. Bijinya mengandungi sera yang sangat tinggi bagus untuk sistem penghadaman lebih sihat.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah markisa ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What are The Health Benefits of Passion Fruit? Medical News Today
  2. Passion Fruit 101 — Everything You Need to Know. Heathline
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!