Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK Ambilan Oktober 2022/2023

Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK Kemasukan Tahun 1 Ambilan Oktober 2022/2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah kini menawarkan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK untuk pelajar Tahun 1 yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Awam.

Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakan mengikut syarat dan jumlah kuota yang ditetapkan.

Tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan pelajar yang melakukan twinning programme iaitu program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan.

Baca Juga : Bantuan Zakat WEZAS UPSI Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Tarikh Tutup Permohonan

Pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 15 Disember 2022.

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon perlu menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Pemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya dua (2) tahun
  • Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin.
  • Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Syarat Khusus

  • Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/2023
  • Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.
  • Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurang-kuragnya Jayyid Jiddan bagi STAM.

Cara Mohon Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK

  • Layari portal biasiswa di pautan http://biasiswa.zakatkedah.com.my/
  • Daftar akaun dengan memasukkan maklumat yang diperlukan.
  • Log masuk akaun baharu dan isikan maklumat dengan lengkap dan tepat.
  • Pilih biasiswa yang dipohon dan klik pada butang “Pohon”.
  • Klik pada butang “Hantar”.
  • Anda juga boleh semak maklumat mengenai biasiswa dengan lebih lanjut di pautan berikut :

GARIS PANDUAN BIASISWA PELAJAR IPTA DALAM NEGARA

Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga perlu muatnaik dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Lampiran kad pengenalan ibu/bapa/penjaga 1
  • Lampiran penyata gaji/pencen/pengesahan pendapatan.
  • Lampiran kad pengenalan ibu/penjaga 2
  • Lampiran penyata gaji / pencen/ pengesahan pendapatan
  • Lampiran kad pengenalan/ sijil kelahiran tanggungan ibu bapa/penjaga (termasuk pemohon)
  • Lampiran kelulusan pengajian (PT3/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah)
  • Lampiran surat tawaran / pengesahan pengajian daripada IPT.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak jelas akan ditolak. Status permohonan boleh disemak melalui portal Biasiswa LZNK http://biasiswa.zakatkedah.com.my/.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan di talian 04-7331740.

Alamat : Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah

Email : [email protected]

Facebook : facebook.com/zakatkedah

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!