Menyediakan bento makanan sihat mempunyai banyak kelebihannya kepada kesihatan dan tenaga seharian untuk melakukan aktiviti setiap hari.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan aneka resepi bento makanan sihat yang boleh anda cuba untuk dibawa ke sekolah dan pejabat.
Baca juga:
Apa itu bento?
Bento (弁当) adalah perkataan dari negara Jepun yang bermaksud kemudahan. Istilah bento merujuk kepada sebuah kotak makan yang berisi makanan yang disiapkan untuk dibwa bekal atau di makan di luar rumah.
Kotak bento biasanya terdiri daripada beberapa kompartmen atau sekat-sekat kecil yang memisahkan pelbagai jenis makanan.
Bento biasanya diisi dengan pelbagai makanan termasuklah seperti nasi, lauk-pauk seperti daging atau ikan, sayur, telur dan buah-buahan.
Ia biasa disediakan dengan cara yang sangat estetik dan artistik bagi mencipta sebuah hidangan yang menarik dan menyelerakan.
Resepi bento makanan sihat
Berikut kami kongsikan beberapa resepi bento makanan sihat yang boleh anda jadikan idea untuk dibawa ke sekolah atau pejabat nanti.
Bento makanan sihat untuk pergi kerja
- Breakfast: telur rebus 2 biji, pisang 1 biji
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan asam pedas ikan
- Snacking: anggur dan pisang
- Breakfast: overnight oats
- Lunch: beras perang, ikan grill bawang, ulam tomato dan sayur bening bayam
- Snacking: betik
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman, telur dadar dan tomyam
- Snacking: epal
- Breakfast: overnight oats
- Lunch: beras perang, ikan merah rebus, kailan masak air
- Snacking: delima
- Breakfast: roti wholemeal 1 keping, telur rebus 2 biji
- Lunch: bihun beras perang, ulam salad dan tomato
- Snacking: epal
- Breakfast: overnight oats
- Lunch: beras perang, salmon grill dan bening bayam
- Snacking: betik
- Breakfast: overnight oats
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan salmon grill
- Snacking: anggur
- Breakfast: overnight oats
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman, ayam halia
- Snacking: nenas dan pir
- Breakfast: overnight oats
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan chicken grill
- Snacking: jambu batu
- Breakfast: kurma oat smoothie
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman, sup ayam dan telur masin
- Snacking: mangga dan epal
- Breakfast: kurma oat smoothie
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman, kari ayam
- Snacking: oren dan pir
- Breakfast: sandwich telur
- Lunch: beras perang, sup ikan merah dan ulam-ulaman
- Snacking: kiwi
- Breakfast: kurma oat smoothie
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan ikan tongkol rebus
- Snacking: anggur dan jambu madu
- Breakfast: overnight oats
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan ikan goreng
- Snacking: pisang
- Breakfast: overnight oats
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan chicken grill
- Snacking: anggur dan epal
- Breakfast: tuna sandwich
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan healthy kurma ayam
- Snacking: epal
- Breakfast:
- Lunch: beras perang
- Snacking:
- Breakfast: kurma oat smoothie
- Lunch: beras perang, ulam-ulaman, sup ayam dan sayur bayam
- Snacking: jambu batu dan epal hijau
Bento makanan sihat untuk ke sekolah
Kelebihan bawa bekal dari rumah
Terdapat banyak manfaat membawa bekal dari rumah. Antara kelebihannya adalah seperti:
1. Dapat memastikan nutrisi lengkap setiap hari
Dengan membawa bekal sendiri, anda memiliki keupayaan penuh untuk memilih jenis makanan yang sihat dan seimbang sesuai dengan keperluan nutrisi tubuh badan anda.
2. Tidak perlu keluar untuk cari makanan
Banyak masa yang boleh anda jimatkan sekiranya bawa bekal dari rumah khususnya bagi yang sudah bekerja.
Anda tidak perlu fikir untuk cari tempat yang sedap dan selesa untuk makan, dan tidak perlu juga bersesak di jalan raya untuk pulang dari kedai makan untuk ke pejabat semula.
3. Meningkatkan kebersihan
Sangat sukar untuk kita mengawal tahap kebersihan makanan yang dijual di luar. Hal ini termasuklah dari segi penyediaan makanan, dan persekitaran kedai makan.
Sebaliknya bekal yang dibawa dari rumah lebih berkualiti dan tidak diragukan lagi dari segi kebersihannya kerana kita sendiri yang menyediakannya.
4. Mencegah alahan kepada makanan tertentu
Bagi sesetengah individu yang mempunyai alahan tertentu ketika makan, dengan membawa bekal dari rumah mungkin mampu untuk menyelamatkan anda.
Tentunya, anda tahu akan segala bahan yang digunakan untuk pembuatan makanan tersebut.
5. Menjimatkan wang perbelanjaan
Membawa bekal dari rumah juga membolehkan anda berjimat berbanding dengan membeli makanan dari luar. Harga bahan makanan biasanya lebih murah daripada makanan yang sudah siap saji di restoran atau kafe.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan bento makanan sihat dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Sumber:
- Facebook Nana Zaim
- Facebook Ayu Zule
- What Is Bento? Breaking Down the Bento Box. All Recipes