Bentan: Jenis, Punca dan Cara Untuk Mengelak

Bentan dikaitkan dengan luka bersalin yang tidak sembuh bagi wanita selepas melahirkan anak dan luka selepas berkhatan bagi lelaki.

Artikel pada hari ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah bentan dan cara mengelakkannya yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu bentan?

Bentan dari segi istilah bermaksud berbalik sakit. Dari sudut sains, bentan dianggap seperti “infection”, “allergic” atau “side effect”, iaitu kesan daripada sesuatu pembedahan atau ubat yang dimakan ketika sakit.

Ia dipercayai berlaku sewaktu dalam tempoh berpantang kerana ibu melanggar pantang selepas bersalin dan kaum lelaki melanggar pantang selepas bersunat. Ia juga boleh disebabkan oleh luka jahitan ang terbuka.

Jenis-jenis bentan

Terdapat beberapa jenis bentan yang perlu anda tahu. Berikut adalah penjelasan lengkapnya:

1. Urat pinggang

Bentan urat pingang banyak terjadi kepada wanita yang melahirkan anak secara czer. Rasa lenguh di bahagian pinggan baisanya akan dirasai 1-2 hari selepas bersalin.

Badan menjadi lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari. Seluruh otot badan juga menjadi tegang dan kejang.

2. Urat peranakan (urat rahim)

Rasa sakit di bahagian ari-ari sehingga menyebabkan tumpah darah. Ia boleh berlaku apabila ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki, jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Urat besar

Yang paling popular sekali adalah bentan urat besar. Ibu yang mengalami bentan urat besar akan berasa lenguh dan sakit di bahagian belakang, pinggang dan tumit kaki.

Cara elak dari bentan

1. Jaga pemakanan

Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam masalah bentan. Justeru, anda perlulah mengamalkan pemakanan yang seimbang, sihat, dan bernutrisi setiap masa.

2. Tidak melakukan kerja berat

Banyakkan berehat dan elak dari terlalu aktif atau melakukan kerja yang berat seperti mengangkat objek berat. Minta bantuan orang sekeliling bagi memudahkan proses penyembuhan anda.

3. Jaga kebersihan diri

Pastikan anda menjaga kebersihan diri kerana semasa berpantang, anda akan mudah mendapatkan jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. 

Amalan kesihatan selepas bersalin

Berikut adalah beberapa amalan kesihatan terbaik selepas bersalin yang dikongsikan oleh Prof. Dr. Imelda Nasreen Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Imelda Balchin iaitu Pakar Ginekologi & Obstetrik, boleh anda amalkan:

1. Boleh makan semua jenis sayuran, buah-buahan, seafood, telur, ayam, daging yang biasa dimakan, selagi anda tiada alergik kepada makanan tersebut. Tidak perlu pantang makanan berkhasiat. Telur, ayam, dan seafood yang dikatakan sebagai penyebab nanah dan kegatalan adalah mitos.

2. Boleh minum air secukupnya, 2-3 liter sehari. Boleh juga minum susu, makan lauk berkuah, dan minum sup. Minum air penyebab faraj becak adalah mitos. Faraj becak hanya berlaku di zaman dulu jika ibu terpaksa teran berhari-hari dan bersalin di rumah tanpa bantuan doktor dan ada koyakan yang teruk kepada pundi kencing.

3. Untuk sarapan pagi, anda boleh makan roti, breakfast cereals, oat porridge, bubur, nasi lemak, capatti, tosei, dan dalam kata lain tiada larangan pun. Makan roti bukan penyebab rahim kembang. Hal ini kerana apabila yis dimasak, sel yis akan mati dan berhenti berkembang.

4. Untuk menyusu, ibu perlukan 500 kalori sehari. Justeri janga disekat-sekat apa yang ibu makan supaya berjaya untuk exclusive breastfeeding untuk 6 bulan sebelum bayi boleh mula makan. Kalau mahu pantang makan, berpantanglah dari makan junk food.

5. Bayi hanya perlukan tambahan susu formula atas nasihat doktor jika ibu ada masalah menyusukan bayi seperti susu tidak mencukupi, dehydration, atau hypoglycaemia (bacaan gula rendah) selepas bersalin.

6. Ibu boleh tidur dalam apa-apa posisi yang selesa sama ada bersalin normal atau Czer. Jangan risau dengan masalah rahim senget atau sebagainya. Kerana rahim akan tetap mengecut ke saiz asalnya dalam masa 4-6 minggu selepas bersalin.

7. Ibu yang berisiko tinggi venous thromboembolic disease iaitu risiko darah beku di dalam saluran darah, dicadangkan TEDS (thrombo-embolic disease stockings) untuk membantu pengaliran darah jika ibu tidak berjalan-jalan.

8. Dari segi pemakaian, ibu boleh pakai apa sahaja pakaian yang dirasakan selesa tidak kira berseluar atau berkain.

9. Minum ais juga bukan penyebab rahim kembang atau becak. Itu hanya sekadar mitos.

10. Ibu boleh mandi seperti biasa termasuk basuh rambut kerana kebersihan diri itu sangat penting untuk kesihatan fizikal dan emosi.

11. Tidak perlu paksa ibu-ibu makan jamu yang tidak pernah pun terbukti memberi kesihatan yang lebih baik untuk wanita.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah bentan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Nasihat Amalan Kesihatan Terbaik Selepas Bersalin. Facebook Imelda Balchin
  2. Elak ‘Bentan’ Lepas Bersunat. Harian Metro
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!